"intan , kau kena ingat . Kalau kau anak tan sri sekalipun . Kau bukan orang yang berkuasa dalam dunia ni . Kau kena ingat yang Allah swt paling berkuasa dalam dunia ni . Jadi jangan bongkak . Takut segala kemewahan yang intan ada ditarik serta merta . Alhamdulilah walaupun aku ni miskin harta tapi sekurang kurangnya ayah dan mak aku sudah beri segala didikan agama yang sempurna . Kalau macam tu aku pergi dulu . Jaga diri intan . Assalamualaikum "
Sampai ke rumah dia masih ingat ayat itu . Dia dipangut rasa bersalah .
' jap pehal aku nak rasa bersalah pulak ? ' bisik hati intan . Dia yang duduk atas katil tadi mula meniarap .
' hish tapikan aku punya bahasa tadi boleh tahan biadap juga kan ? ' intan mula bangun lalu jalan mundar mandir .
Dia mengambil iphonenya .
' nak minta maaf ke tidak eh ? ' mulutnya bergerak ke kanan dan ke kiri .
Kemudian jarinya menari di keypad , mahu menghantar whatsapp kepada rykal .
' ahh buat apa aku nak mintak maaf dengan mamat mata sepet tu . Memang patut pun dia kena hina dengan aku . Aku dah lah tengah bengang pasal syafiq pastu boleh dia tanya soalan bodoh . Dah tentu lah aku naik kereta ' bisik hati jahat intan . Intan membaling iphone nya diatas katil .
Intan kembali baring di atas katil .
Dia tersenyum
" tak sabarnya nak jumpa buah hati " dia menarik selimut lalu memejamkan mata . Dia mahu mimpi indah .
*****
" Isha kenapa aku tengok kau makin bambam ? Pipi tu makin bulat je aku tengok " soal ain . Umar mengangguk mengiyakan ." kann weh , aku ingat kan aku seorang je yang perasan . Rupanya korang pun perasan " mia memetik jarinya . " entah entah kau ni mengandung tak isha " mia buat muka terkejut .
Umar dengan ain saling berpandangan . Reaksi diorang pun terkejut jugak .
" kau ni merepek lah mia , aku makan banyak tu yang makin bambam . Takde rezeki lagi yang aku ni mengandung" balas farisha . Kalau dia mengandung alhamdulilah . Tapi memang dia tak mengandung pun , kalau dia mengandung kenapa dia tak muntah ? Ehh kau ni isha , asal mengandung je mesti muntah kan .
" mana lah tahu kan , baik kau check weh . Silap hari bulan tetiba perut kau membesar . Haa naya kau " mia masih berpendapat bahawa dia mengandung .
" aku setuju dengan cadangan mia . Baik kau pergi cek " ain mengangguk .
Umar mengangkat tangan " aku pun setuju "
Farisha menjeling " ceit , kalau ain setuju , kau pun setuju lah ek umar . Kalau ain makan batu kau pun ikut makan batu kan ? " farisha mencebik . Saja bergurau
" yup . Demi ain aku sanggup makan batu " umar mendabik dada . Ain tersenyum lalu memukul lengan umar dengan perlahan .
" alaa so sweet , kalah sajat dengan coach yin " ujar mia .
Ayat mia mengundang ketawa kami berempat .
*****
" woi ! " syafiq menepuk bahu rykal yang sedang mengelamun .
Tercengang cengang rykal dibuatnya .
" kenapa kau tetiba mengelamun ni ? " tanya syafiq . Pelik , selalunya rykal ni seorang yang ceria tapi kenapa hari ni macam tak ceria je mamat mix cina ni .
" ermm . Takde pape lah . Haa kenapa ? " dia nak cerita hal pasal intan tapi ... Takpelah biar dia pendam sendiri .
" kalau kau ada masalah kau cerita aje dengan aku . Aku kan kawan kau . Bukan setakat kawan tapi dah macam adik beradik tau . Aku pergi kat meja kau ni , aku nak ajak kau lunch . Jom " tukas syafiq .
Rykal senyum " jom tapi kau belanja boleh bos ? Hehehe " sengih rykal . Dia mahu bergurau sebenarnya .
" untuk kau boleh je , jom"
*****
"cerita lah masalah kau" syafiq menyedut air sirapnya .
Rykal menghabiskan kunyahan dia sebelum bercerita tentang hal semalam .
" kau kalau dengan intan kan bro , kau kena mental kuat . Mulut dia tu memang biadap gila " jawab syafiq . Dia menyuap nasi hingga habis . Pehal sedap pulak masakan kak nab hari ni .
Rykal mengacau ngacau nasi di pinggan .
Dia mengeluh " kalau aku ni kaya kan , mesti intan suka aku kan "
" haish kau ni , ada pulak macam gitu . Intan tu aku berkawan dengan dia dari kecil lagi . Dulu dia memang okay gila , baik . Tak gedik and mengada macam sekarang . Sekarang je bila besar perangai dia memang bongkak gila pastu gedik . Tak tahu lah dari mana perangai tu datang "
" aku rasa intan memang betul betul suka kau " rykal menjongketkan kening
" tapi aku tak suka dia , dalam hati aku cuma ada farisha qaisara " syafiq senyum sendirian bila menyebut nama panjang farisha .
Rykal sengih " haa tengah pikirkan bini lah tu "
Syafiq senyum " of course ler . Apa apa pun , jangan giveup dengan intan . Aku yakin kau boleh bimbing dia ke arah kebaikan . Dah makan habiskan cepat . Nanti nak meeting lagi "
Rykal menguntum senyuman . Dia menghabiskan makanannya yang tinggal separuh .
Syafiq ralit memerhatikan rykal . Bukan kunyit ehh .
' aku cuma doakan kau bahagia kawan ku ' bisik hati kecil syafiq .*****
" sayang , abang pening kepala lah " syafiq memejamkan mata lalu mengurut dahinya dengan perlahan . Entah kenapa dia tetiba sahaja pening kepala .
Farisha meletakkan tapak tangannya di dahi syafiq . Tak panas pun .
" macam mana boleh pening ni ? Abang tak makan ke tengah hari tadi ? " tangannya mula mainkan peranan mengurut kepala suaminya .
" entah lah , abang dah makan tadi dengan rykal dekat restoran kak nab " dia masih memejamkan mata lagi . Tadi elok je dia kat office . Tak pernah dia pening kepala macam gini .
" abang nak pergi klinik tak ? " soal farisha .
Syafiq mengelengkan kepala .
" jap ye , isha pergi amikkan panadol . "
Tak sampai satu minit ubat panadol dan air kosong di tangan farisha .
" abang makan panadol dulu , lepas makan panadol abang tidur ya "
Dia menghulurkan panadol dan air kepada syafiq .
Dengan cepat syafiq menelan panadol itu .
" meh isha papah abang naik ke bilik " farisha mengambil remote tv lalu mematikan tv .
Farisha memapah syafiq dengan berhati hati ketika menaiki tangga .
Sampai sahaja di bilik , farisha membaringkan syafiq di atas katil . Baru je farisha nak selimutkan syafiq , syafiq bangun menuju ke tandas .
" uwelkkkk " segala makanan yang dia makan keluar habis .
Farisha mengetuk pintu tandas . " abang okay tak ?"
" abang okay . Uwelkkk "
Farisha mengerutkan dahi . Dah kenapa suami aku ? Macam orang mengandung je muntahnya .
Bersambungg
Jangan lupa vote n komen . Thankss
YOU ARE READING
[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE
Teen FictionHubungan Farisha Qaisara dan Fawaz Hakimi terkandas di tengah jalan sewaktu di zaman sekolah menengah kerana Fawaz yang mempermainkan perasaan Farisha. Sejak kejadian itu, dia tidak lagi berusaha untuk mengenali hati budi lelaki memandangkan pada pe...