( baca bab ni sambil dgr lagu ni . Serius sedih 😭)
" isha .... " lemah saja suara encik aqil memanggil anak dara kesayangannya .
Farisha yang tengah menghamburkan tangisannya di bahu syafiq terus berhenti menangis apabila dia memdengar encik aqil memanggilnya . Dia terus mendapatkan encik aqil . Syafiq hanya mengikut langkah farisha dari belakang .
Farisha memegang tangan sejuk encik aqil .
" ye pa .. Papa nak minum ke ? Isha amikkan ye " baru saja farisha nak bangun ambilkan air . Tangan encik aqil menghalangnya daripada berbuat demikian .
Bibir puncat encik aqil menguntumkan senyuman . Dia mengelengkan kepala . Farisha duduk di kerusi semula .
" isha sihat ? " soal encik aqil
Farisha sudah mula sebak tapi ditahan air matanya agar tak jatuh . Dia mesti kuat dihadapan papanya . ' Walaupun papa sakit , papa tetap tanya khabar aku ' .
Farisha mengukirkan senyuman manis " alhamdulilah isha sihat pa "
Encik aqil senyum . Kemudian matanya memandang syafiq .
" syafiq .... "
Syafiq mengambil tempat di sebelah farisha .
" ye pa "
" bole tak syafiq janji dgn papa ?"
Syafiq mengerutkan dahinya " janji ape pa ? " dia tidak faham .
Encik aqil menahan sakitnya di dada . Dia harus pura pura sihat di hadapan anak dan menantunya .
" janji dgn papa yang syafiq akan jaga farisha dan bahagiakan farisha macam mana papa bahagiakan dia . Kalau bole papa tak nak tengok farisha sedih . Sebab kalau farisha sedih . Tangan tua ni tak dapat nak lapkan air matanya " tukas encik aqil dengan lemah . Dia tersenyum , air matanya mula bergenang di tubir matanya .
Pandangan farisha sudah menjadi kabur bila dengar papanya kata begitu " pa ... Ape maksud papa tangan tua ni tak dapat nak lapkan air mata isha ? Papa takkan tinggalkan isha kan ? Papa janji yg papa akan jaga isha kan ? " tangisan mula berlagu dalam wad ni .
Doktor dan jururawat yg sedari memerhati juga menitiskan air mata .
" sabar sayang " syafiq mengusap belakang farisha .
" isha .. Papa ni daa tak lama lagi kat muka bumi ni . Lagipun sekarang syafiq suami isha . Dia yg akan jaga isha . Isha tak gembira ke ? Papa nanti akan jumpa mama di syurga .... Papa betul betul rindukan mama . Isha jaga diri baik baik ye . Jangan tinggalkan solat . Jaga makan minum suami . Hormat mertua isha sekali . Papa sayang isha ... " belum sempat encik aqil mahu menyambung ayatnya . Dadanya begitu sakit . Seolah olah nyawanya dihujung tanduk . Dia mengerutkan dahi menahan kesakitan yang maha sakit .
Farisha panik " paa ... Paaa ! Mengucap paa " teresak esak farisha dibuatnya . Dia harus redha dengan semua ini . Dia harus redha .
Mulut encik aqil terkumat kamit menyebut lafaz khalimah syahadah . Mata encik aqil tertutup rapat . Mukanya seolah olah tengah tidur .
Doktor itu memeriksa nadi encik aqil . Dia mengelengkan kepala .
" Puan, saya mintak maaf. Kami dah cuba untuk selamatkan Encik Aqil tapi keadaan dia terlalu teruk. Takziah buat puan sekeluarga." Doktor yang tadinya merawat papa Farisha mengucapkan takziah yang cukup untuk menghiris hati Farisha sehingga cukup lumat.
Farisha terjatuh . Syafiq sempat memegang farisha . Dia melihat sekujur tubuh yang telah dilitupi selimut sehingga ke wajah. Farisha bangun sambil dibantu oleh syafiq . Farisha berjalan perlahan sambil tangannya yg mengeletar cuba untuk membuka semula selimut yang menutup wajah tua papanya. Air mata semakin lebat membasahi pipinya. Dia menangis semahu-mahunya.
"Papa, kenapa papa?! Papa janji dengan Isha. Papa janji papa takkan ikut mama. Papa, Isha taknak hidup sorang tanpa mama and papa. Kenapa pa?! Ya Allah, kenapa Kau tak tarik nyawa aku dulu sebelum papa. Allah besar sungguh dugaan-Mu." Raung Farisha kuat. Syafiq di sebelah cuba untuk mententeramkannya namun Farisha seolah-olah tidak terkawal.
" abang tengok laa , papa dah takde . Isha dah jadi anak yatim piatu bang , isha dah takde sape sape dah abang " farisha menangis sehingga matanya bengkak .
Syafiq memeluk farisha " shuhhh .. Isha jangan macam ni sayang . Isha masih ada abang . Bawa mengucap sayang . Jangan menangis , jangan seksa arwah papa . Arwah papa akan terseksa bila tengok air mata sayang ni " lembut bicara syafiq memujuk isterinya .
"I-Ish-Isha ..." Farisha tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila dunianya bertukar menjadi gelap.
Bersambungg .
Kali ni bab sedih . Sedekahkan alfatihah untuk ayah farisha iaitu encik aqil .
So how ? Okay tak bab sedih ? 😳
Kalau aku , aku sedih sbb aku buat bab ni sambil dgr lagu izinkan ku pergi . Sedih bangetttt .
Lagi berapa bab aje . Pastu aku rasa nk tamatkan . Sbb lately asyik busy je .
Pejam celik daa nk bulan 3 . Result spm pun daa nak keluar . Debar je jantung ni . Wish me luck okay?
Jgn lupa vote and komen . Thanks 😘💖🤗
YOU ARE READING
[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE
Teen FictionHubungan Farisha Qaisara dan Fawaz Hakimi terkandas di tengah jalan sewaktu di zaman sekolah menengah kerana Fawaz yang mempermainkan perasaan Farisha. Sejak kejadian itu, dia tidak lagi berusaha untuk mengenali hati budi lelaki memandangkan pada pe...