BAB 58

1.8K 52 7
                                    

Farisha mencium sekilas surah yassin yang berada dalam genggamannya. "Papa, Isha mintak maaf sebab dah lama sangat tak melawat papa." Farisha memegang batu nisan arwah Encik Aqil sambil tersenyum tipis mengenangkan arwah papanya.

"Papa nak tahu tak? Tak lama lagi papa akan jadi datuk. Kalau papa masih ada, mesti papa happy kan?" Farisha masih tersenyum namun air mata sudah mula bergenang di tubir matanya.

"Tapi pa ... Isha tak kuat bila tengok Syafiq terlantar kat hospital, Isha takut kehilangan Syafiq macam Isha kehilangan papa." Bunyi esakannya bergema di sekitar kubur. Farisha mengesat air matanya dengan segera. Dia tidak mahu sedih kerana dia tahu bahawa dia harus kuat demi anak yang bakal dilahirkannya.

Farisha menarik nafas dan kembali tersenyum "Walau macam mana pun dugaan yang Isha dapat. Isha kena redha kan pa? Papa ... Isha kena pergi hospital dulu. Syafiq tengah tunggu Isha tu . Assalamualaikum papa. Isha sayang papa dengan mama." Farisha mengusap batu nisan Encik Aqil buat kali terakhir sebelum dia beredar dari situ untuk ke hospital bagi melawat Syafiq.

Masuk sahaja di dalam perut keretanya, Farisha segera melihat notification di telefonnya. Dia gusar jika ada yang menelefonnya sewaktu dia menziarahi kubur arwah papanya. Terdapat tiga panggilan yang tidak berjawab.

Panggilan dari Rykal.
Panggilan dari mak mertua ku 💖
Panggilan dari ayah mertua ku 💖

Farisha mengerutkan dahi. 'Kenapa banyak panggilan dari diorang ni?' Farisha segera menelefon Rykal.

"Assalamualaikum Rykal, kenapa ni? Kenapa semua orang call aku?" Cemas sahaja suara Farisha kedengaran.

"Calm down Isha. Aku call kau ni sebab nak cakap yang Syafiq dah sedar semula daripada koma. Kau datang lah sini cepat." ujar Rykal di hujung talian.

Farisha menitiskan air mata kegembiraannya.

"Ya Allah, alhamdulilah ya Allah. Kau makbulkan doa aku. Kejap lagi aku sampai. Aku letak telefon dulu, bye." Farisha segera mematikan panggilan telefonnya itu. Dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasih hatinya merangkap suami kesayangannya.

**************
"Abang!" Panggil Farisha. Dia berlari anak menuju ke katil Syafiq yang sedang berbual dengan Intan. Syafiq kelihatan begitu mesra sekali bersama bekas kekasihnya. Farisha menjadi cemburu namun cepat-cepat dia menghilangkan rasa cemburu itu kerana apa yang lebih penting adalah Syafiq sudah sedar daripada komanya.

"Haa, datang pun menantu mama. Isha pergi mana sayang?" Soal mama dengan mesra.

Farisha hanya tersengih menayangkan barisan giginya yang putih. Dia menyalam tangan Puan Sri Indah dengan penuh hormat.

"Sorry mama, abah. Isha pergi melawat kubur arwah papa tadi. Maaf sebab tak angkat panggilan mama dengan abah jugak." Sengih Farisha lagi.

"Hish kamu ni! Abah tak kisahlah. Hal kecik je tu." Tukas Tan Sri Khalid.

Farisha menghulurkan pasangan mentuanya dengan senyuman lalu dia memandang Syafiq yang kelihatan terpinga-pinga. Farisha melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan lalu mencium tangan Syafiq.

"Abang. Isha dah datang ni." Senyum Farisha dengan manis sekali. Intan hanya memeluk tubuh. Dia menjeling Farisha tanda menyampah.

"Kau siapa?" Soal Syafiq sambil mengerutkan keningnya. Mati terus senyuman yang terukir di bibir mungil Farisha. Yang lain hanya menunjukkan reaksi terkejut.

"Syafiq, Syafiq tak kenal Farisha ke? Farisha ni kan isteri Syafiq yang sah sayang." Ujar Puan Sri Indah lembut.

Syafiq menggeleng perlahan lalu dia melepaskan tawa sehingga bergema di ruang bilik itu.

[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE Where stories live. Discover now