BAB 62

2.5K 54 1
                                    

Farisha memarkirkan kereta miliknya di bawah garaj. Dia keluar dari perut keretanya lalu menuju ke pintu utama rumahnya.

"Assalamualaikum." Farisha memberi salam sebelum masuk ke rumah banglo mewah itu. Namun sepi, tidak ada sesiapa yang menjawab salam seolah-olah rumah itu tidak berpenghuni langsung.

'Pelik, mana Syafiq ni? Kereta ada kat luar. Mungkin dia dalam bilik kut.' Farisha sudah berkira-kira mahu menaiki anak tangga. Tetapi langkahnya terhenti apabila dia terperasankan seseorang yang sedang ralit bermain dengan telefon bimbit di ruang tamu. Kakinya melangkah menuju ke arah 'orang' tersebut.

"Abang?" Panggil Farisha mahu meminta kepastian. 'Mana lah tahu kalau tu setan ke kan?' Detik kecil hatinya.

"Hmm ..." Gumam Syafiq, jarinya laju menari-nari di papan kekunci di telefon bimbitnya. Syafiq sedang berwhatsapp dengan buah hatinya. Siapa lagi kalau bukan Intan?

Farisha mengintai sedikit kerana dia mahu melihat suaminya berchatting dengan siapa. 'Intan? Patutlah senyum sampai ke telinga.' Farisha mencebikkan bibir tanda bahawa dia sedang menahan perasaan cemburunya.

"Patutlah Isha beri salam,  abang tak jawab. Chatting dengan Intan rupanya." Farisha melabuhkan punggungnya disebelah Syafiq. Dia sengaja melentokkan kepalanya ke bahu Syafiq. Farisha menjeling skrin telefon bimbit Syafiq. Dia mahu melihat topik hangat yang mereka sedang bualkan sehingga lelaki di sebelahnya itu tersenyum-senyum sedari tadi. 'Tak penat ke senyum? Cuba senyum kat aku. Dapat jugak pahalanya. Ni senyum kat telefon bimbit tu. Dapat apa? Dapat cop orang mereng adalah.'

Syafiq hanya membiarkan sahaja kepala Farisha berlabuh di bahunya. Dia tahu jika dimarahnya nanti, Farisha tetap akan berusaha gigih untuk menang. Jarinya masih ligat menari-nari di atas keyboard.

"Haish tak sangka yang Isha ni tengah cakap dengan tunggul. Nasib kau lah Isha." Farisha memerli suaminya itu sambil dia sengaja menepuk-nepuk paha suaminya.

Syafiq mengalihkan pandangannya. Dia menjeling tajam tangan Farisha yang masih menepuk pahanya itu.

"Sakitlah gila." Syafiq memegang tangan kecil Farisha. 'Lembutnya.' Bisiknya perlahan.

Farisha mengangkat kepala. Dia cuba untuk melepaskan tangannya dari pegangan Syafiq. Namun hampa kerana kudrat wanitanya lebih lemah jika dibandingkan dengan lelaki ini.

"Sakit lah abang!" Marah Farisha. 'Serius tak tipu, memang sakit. Pegangan dia kuat gila kut.' Syafiq yang baru tersedar daripada lamunan panjangnya segera melepaskan pegangan itu.

"Kenapa tangan kau lembut sangat ha?" 'Haish kenapa soalan bodoh ni yang keluar?' Syafiq menjadi tidak tentu arah dibuatnya.

Farisha mengelipkan matanya beberapa kali seperti tidak menyangka solan itu yang terlepas dari bibir Syafiq. Syafiq menelan air liurnya yang terasa kesat.

"Tak payah kelipkan mata tu boleh tak? Buruk kau tahu?" Bohong Syafiq. Sebenarnya wajah isterinya begitu comel di ruang matanya namun dia perlu menipu untuk menutup perasaan yang hadir dalam hatinya secara tiba-tiba.

Farisha hanya membuat tidak peduli dengan kata-kata suaminya. Dia mendekatkan mukanya dengan muka Syafiq.

"Ap-Apa ni?" Syafiq menjauhkan dirinya daripda Farisha. 'Berdebar-debar siot jantung aku ni. Minah ni memang brutal. Dia saja nak buat aku jatuh cinta kat dia ke apa. Tapi kan dia wife aku. Kalau aku tak cintakan dia, kenapa dia boleh jadi wife aku? Kenapa aku tak ingat langsung pasal minah ni eh?'

Farisha tersenyum manis lalu dia memuncungkan mulut kecilnya itu tanda bahawa dia mahu mencium Syafiq.

"Jangan berani nak cium aku!" Syafiq memberi amaran kepada Farisha. Dia mahu saja untuk menyambung ayat seperti ini.

[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE Where stories live. Discover now