" Haa ! Termenung apa tu ? " mia mencuit pinggang farisha .
" Oh Mak kau tak ada gigi " farisha melatah sambil terdiri dibuatnya. Kacau lah minah ni . Aku tengah syok termenung kut .
Mia menutup mulut menahan gelak .
" apa ke jahatnya mulut kau tu pergi cakap mak aku tak ada gigi . Ni kalau mak aku tahu , habis lah kau kena cincang " mia ketawa terbahak bahak .
Farisha mengigit bibir menahan geram dengan tingkah laku tak senonoh kawannya . Mia ni tak sedar ke yang sekarang dia kat cafe ? Ramai mata yang memandang . Aku pulak yang malu . Gumam farisha di dalam hati .
" woi kau boleh tak gelak sopan sikit ? Kau sedar tak kita ni sekarang kat cafe ? Ramai mata memerhati kau ni . Aku malu tahu tak . Rasa macam aku ni kawan dengan pesakit hospital tanjung rambutan " tukas farisha .
Mia berhenti gelak , dia mengesat air matanya yang tumpah kerana gelak banyak sangat .
" amboi sedap kutuk aku . Sorry best friend " ucap mia . Dia mengambil coffee farisha lalu menyisipnya perlahan .
Terbuntang mata farisha dibuatnya . Dia kembali merampas balik coffee miliknya .
" sedap kau je ekh ambil coffee aku . Pergi order sendiri lah " marah farisha . Marah manja . Bukan marah betul ye anak anak .
Mia menjelirkan lidah . " kedekut tahi hidung manis . Nanti nanti lah aku order , hmm so syafiq apa khabar ?" soal mia .
Farisha tersenyum hambar .
" dah sebulan mia . Tapi dia masih tak ingat apa apa pun pasal kenangan kami berdua . Yang dia ingat , dia bercinta dengan intan . Sekarang rapat benar dia dengan intan . Hmm aku tak tahu lah nak ikhtiar macam mana . Rasa macam nak give up pun ada . Penat tahan perasaan macam gini " luah farisha . Dia berasa lega kerana dapat luahkan apa yang dia pedam selama ini . Air mata mula bergenang di tubir mata .
Mia mengosok bahu farisha .
" isha kau kena sabar . Kau kena kuat beb ! Kau tak boleh mengalah . Syafiq tu cinta kau . Cinta sejati kau . Kalau kau mengalah , anak dalam kandungan ni macam mana ? Kau kena fikir jugak pasal anak . Takkan kau nak tengok anak kau membesar tanpa ayah . Lagipun doktor kan dah cakap , ingatan syafiq lambat laun , dia akan ingat kembali . So kau bersabar lah . Sabar itu separuh dari iman . Aku kenal farisha qaisara . Dia seorang wanita yang kuat . Kau kuat ya . Be strong beb ! Kalau kau perlukan teman untuk luahkan . Aku ada disisi kau " panjang lebar mia beri nasihat . Dia mengenggam tangan farisha .
Farisha tersenyum sambil mengangguk . Dia mengesat air matanya .
" in shaa Allah aku akan cuba mia " farisha mengusap perutnya .
********
" baju kahwin kita nak tempah kat mana ? " soal airin sambil memandang ke arah fawaz di sebelahnya . Satu mall ni diorang tawaf bagi membeli barang hantaran . Tak lama lagi diorang akan berkahwin . Kalau orang lain akan bertunang dulu . Tapi bagi mereka tidak . Mereka kahwin terus .
" baju kahwin takyah tempah . Sebab faiz yang akan sponsor kan . Maklumlah dia kan fashion designer" jawab fawaz sambil senyum . Airin mengerutkan kening .
" tak menyusahkan dia ke ? " airin takut kalau hanya menyusahkan faiz saja mahu fikir design baju pengantin mereka .
Fawaz gelak . " takde lah . Faiz yang nak sangat sponsor . Dia kata kawan kan . Tak menyusahkan dia lah . Sama jugak kalau kita tempah baju kahwin kat tempat lain , kita pun akan menyusahkan orang tu juga . Tak ke begitu sayang ? "
Airin mencebik " hish awak ni . Tapi kan betul ke yang faiz tu dah awek ekh ? Macam tak percaya lah " gelak airin . Dia tak percaya . Faiz yang lembut tu pun ada makwe .
" awak ingat orang lembut tak laku ke ? Ingat orang sado je laku ? Hish awak ni " fawaz mengelengkan kepala .
Airin berhenti gelak . " umph sorry " dia mencebikkan bibir .
Fawaz tergelak " hish comel je . Dah lah jom makan aiskrim kat baskin robbin . Penat dah ni . Asyik jalan je . Tapi awak belanja , asyik saya je belanja awak "
Airin sengih
" untuk awak , semua boleh " dia mengenyitkan mata .
" takyah kenyit mata sangat . Jalan cepat sikit " ujar fawaz , menyembunyikan rasa debaran . Kakinya laju saja melangkah ke hadapan . Dia membiarkan kekasih hatinya berjalan di hadapan .
" hish tunggu lah " laung airin .
" pakwe jenis apa ni tinggalkan kekasih . Pot pet pot pet " airin membebel sendirian .
BUK !!
" adoi tiang elektrik mana sesat kat mall ni " airin mengosok kepalanya . Sakit weh . Keras betul objek di hadapan ni .
Airin mengangkat kepala .
" ehh , kenapa awak berhenti ni ? " soal airin . Airin berdiri di sebelahan fawaz .
Bulat matanya bila terpandangkan adegan yang boleh sakitkan mata .
Intan suapkan syafiq aiskrim ?
" si intan ni dah melampau tau " airin mahu menyerang namun segera dihalang fawaz .
" kenapa awak halang saya ? Awak tahu tak intan tu dah melampau ! Dia dah tahu yang syafiq tu hilang ingatan , kenapa dia pergi mengedik dengan syafiq ? Bukan nak bantu syafiq ingat balik . Eeee macam takde lelaki lain dalam dunia ni . Rykal nak kat dia , tapi dia taknak . Suami orang juga dia nak . Kesian farisha tau " marah airin . Matanya masih memandang pasangan tu .
" sabar airin . Jangan bertindak melulu . Kita jangan masuk campur urusan rumah tangga diorang . Pandai pandai lah farisha selesaikan . Lagipun saya tahu , farisha bijak menangani masalah ni . Dah lah kita makan aiskrim kat tempat lain . Saya pun sakit hati jugak dengan ulat beluncas tu "
" what ? Awak panggil dia ulat beluncas ? Jahat jugak awak ni " ujar airin . Fawaz hanya tergelak .
Mereka berlalu pergi dari situ.
' Ya Allah lindungilah rumah tangga sahabatku ya Allah ' doa airin di dalam hati .Bersambung ....
YOU ARE READING
[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE
Teen FictionHubungan Farisha Qaisara dan Fawaz Hakimi terkandas di tengah jalan sewaktu di zaman sekolah menengah kerana Fawaz yang mempermainkan perasaan Farisha. Sejak kejadian itu, dia tidak lagi berusaha untuk mengenali hati budi lelaki memandangkan pada pe...