Sinopsis.

43K 807 2
                                    

Qayra Haufia seorang wanita yang kuat bersosial telah dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya, Nazreen Fawwaz oleh papanya demi menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Namun, Qayra mempunyai seribu satu rahsia yang membuatnya tidak mempercayai orang sekeliling kecuali papa serta sahabatnya, Hafifi.

Setelah kematian papa Qayra, Nazreen yang menggalas tanggungjawabnya menjaga Qayra dan pada setiap nafasnya, dia hanya mengenali erti cinta sebenar apabila bersama dengan Qayra. Namun, kerana rahsia dan amanah yang dipegangnya, dia telah kehilangan Qayra yang terlibat dalam satu kemalangan selepas pergaduhannya bersama si isteri.

Kesan daripada kemalangan itu telah mengundang kecederaan kepada Qayra dan dia telah kehilangan memorinya. Namun, usaha Hafifi memulihkan ingatannya menyebabkan Qayra bertukar karakter menjadi seorang wanita yang lembut dan menunaikan tuntutan agama terhadap Allah S.W.T.

Malangnya, Nazreen telah tawar hati kerana sikap dan kata-kata Qayra sewaktu kejadian sebelum kemalangan. Dia tidak menolong Hafifi untuk memulihkan ingatan Qayra malah dia semakin menjauhi Qayra dan menyakitinya dengan melamar Dayana. Qayra redha akhirnya dan dia membawa sekeping hati yang luka jauh dari semua untuk merawat dan memutuskan hanya masa yang dapat menentukan harapan untuk kebahagiaannya yang tertunda itu.

Dapatkah Qayra memaafkan Nazreen atas segala yang telah terjadi? Mampukah Qayra dan Nazreen mengecapi bahagia itu? Berjayakah akhirnya Qayra mendapat kebahagiaannya yang sebenar?

•••

Please share, comment and vote. Thanks reader!
❣️

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now