Qayra Haufia
Setelah menyiapkan beberapa kerja, aku membuat keputusan untuk berhenti setakat ini sahaja. Azan Isyak mula berkumandang di surau yang berhampiran. Aku bingkas bangun apabila melihat jam telah menunjukkan ke angka 8.15 malam. Isyak di sini awal, tidak seperti di Kuala Lumpur yang agak lambat. Aku mengambil tuala dan kain basahan untuk membersihkan diri.
Sedari siang tadi pertengkaran kecil antara aku dan Nazreen, dia hanya diam sahaja. Kami masing-masing mengelak antara satu sama lain untuk bercakap. Aku hanya duduk di bilikku manakala dia pula hanya duduk di biliknya sahaja. Nazreen telah membeli lauk pada petang tadi untuk kami makan bersama sehingga makan malam. Namun aku membuat keputusan untuk tidak makan bersamanya.
Siap membersihkan diri, aku mengenakan pyjama bercorak bear di tubuh dan melangkah ke ruang tamu untuk menonton televisyen bagi merehatkan urat yang terasa tegang di badan. Nazreen yang hanya mengenakan seluar pendek dan tidak berbaju itu juga turut menyertaiku di ruang tamu namun dia hanya duduk berjauhan denganku. Aku tidak mengendahkannya dan hanya melihat drama yang disiarkan di kaca televisyen sahaja.
"Saya tak suka awak cakap dengan Johan!" Bidas Nazreen secara tiba-tiba.
"Qay ingat abang tak kisah Qay nak cakap dengan siapa pun." Balasku tanpa memandang wajahnya.
"Saya ni suami awak. Siapa ke apa yang saya tak suka saya ada hak untuk cakap." Perli Nazreen.
"Tapi bukan ke apa yang Qay buat semua tak kena? Qay tak bercakap kata Qay bisu. Qay tak jawab kata Qay pekak. Qay cakap dengan lelaki salah. Qay buat breakfast salah. Qay buat baik pun tetap salah pada mata abang." Aku memulangkan paku buah keras kepadanya. Dia terpaku mendengar kata-kataku.
"Kalau saya cakap saya tak suka. Tak suka lah!" Tempelak Nazreen kasar. Aku mengeluh perlahan tidak mahu memanjangkan pergaduhan.
"Yalah abang. Kalau abang tak suka, Qay tak buat dah lepas ni. Masa yang Qay ada ni Qay hanya nak abang suka dengan apa yang Qay buat je. Qay taknak nanti bila Qay pergi, Qay bawak kemarahan abang sekali." Jawabku sebak namun hanya terus-terusan menumpukan pada televisyen dan mengelak pandangan Nazreen.
"Kalau saya dah kahwin dengan Dayana nanti, awak macam mana?" Soal Nazreen mendatar seolah-olah orang yang tidak berperasaan.
"Abang jangan lah risau. Qay dah ada everything. Thanks to papa. Walaupun Qay bukan anak dia tapi semua harta dia Qay yang dapat. Jadi dengan semua harta tu mungkin Qay akan bina hidup baru. Siapa tahu?" Aku jawab acuh tak acuh.
"Waktu awak nak ikut saya datang sini, awak cakap awak tak kisah bermadu?" Soalan Nazreen itu lebih kepada kenyataan.
"Qay memang tak kisah tapi Qay nampak kalau abang dah kahwin dengan Dayana abang akan hanya cintakan dia je. Jadi buat apa simpan Qay? Kalau sekarang pun abang dah buktikan abang tak dapat terima Qay." Jawabku sinis. Aku memandang raut wajah Nazreen yang sukar digambarkan. Dia hanya termenung melihat dinding seperti boleh menembus ke mana hala tuju perhubungan kami berdua selepas ini.
"Jadi untuk apa 3 bulan ni?" Aku meratap wajahnya lama sebelum bangun dan duduk di sebelahnya.
"3 bulan ni masa untuk Qay cari bahagia dengan abang. Untuk Qay ingat balik segala memori kita yang hilang. Untuk Qay hargai apa yang hilang sebelum kemalangan tu berlaku. And untuk belajar kenal abang lebih lagi." Aku meraih tangannya lalu aku genggam dengan erat.
"Lepas apa yang awak cakap saya tak yakin kita boleh jadi macam dulu Qay. Awak cakap awak tak perlukan saya sebagai suami and awak cakap awak jadi serabut kalau saya ni suami awak." Aku mengeluh perlahan mendengar ayat yang keluar daripada mulutnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...