37. Nasihat Babah.

15K 452 7
                                    

Nazreen Fawwaz

   Aku memandu membelah kegelapan malam selepas melihat keadaan Qayra di hospital. Jelas terpancar wajah kekecewaannya apabila dia mendapat tahu bahawa dia telah keguguran. Begitu jugalah dengan apa yang aku rasakan. Aku terlalu sedih, ingin sahaja aku memeluknya erat supaya dapat menyerap semua kesedihan yang Qayra alami apabila dia mendapat tahu anaknya telah gugur.

   Hanya Allah sahaja yang tahu betap hancur luluhnya hati aku apabila doktor mengatakan bahawa kami kehilangan anak hasil daripada cinta kami yang tidak berbelah bahagi. Aku sewajarnya bersama-sama dengan Qayra pada saat-saat ini kerana dia perlu berpantang supaya tidak bentan akibat daipada tekanan-tekanan yang sentiasa mengasaknya termasuk aku sendiri yang sentiasa memberinya tekanan. Namun, aku juga tidak dapat mengawal rasa hati kerana dia tidak pernah menyuarakan tentang rasa sakit melihat aku dan Dayana. Dia lebih memilh untuk menyerang Dayana di belakang aku. Qayra tidak pernah berbincang apa-apa jua perkara mengenai perkahwinan ini bersama.

   Aku sentiasa memikirkan bahawa Qayra cukup redha dan baik untuk menerima sahaja Dayana sebagai madunya. Namun kerana sikapnya itu telah membuatkan kami kehilangan cahaya mata kami berdua atas tindakannya yang melulu ke atas Dayana.

   Suara Qayra yang begitu kecewa sebentar tadi jelas di halwa telingaku. Masih terngiang-ngiang setiap bait bicaranya yang meremukkan jiwa. Wajahnya sebentar tadi apabila melihat aku masuk ke dalam bilik tidak dapat digambarkan namun ada kebencian dalam anak matanya. Aku takut jika dia mula membenciku kerana aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan untuk meraih semula kepercayaan Qayra.

   Aku memberhentikan kereta di bahu jalan kerana terasa kepala semakin memberat. Aku merehatkan kepala di atas tapak tangan yang ditongkatkan di atas pintu kereta sambil melarikan jari-jariku di rambut. Air mata akhirnya tumpah apabila mengenangkan Qayra. Wajahnya begitu sayu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku rasa serba salah buat masa ini.

'Qayra penat. Terlampau penat.'

   Itulah ayat Qayra yang benar-benar membuatkan aku seperti hampir hilang nyawa kerana merasakan yang dia sudah berputus asa denganku. Qayra yang aku kenal seorang perempuan yang lemah. Aku takut jika dia merasakan aku akan meninggalkannya seperti Raisha dan Farid iaitu kawan-kawannya itu.

   Kejadian pagi tadi terimbas di kotak ingatan. Sewaktu aku mendapat tahu bahawa pergaduhan antara Qayra dan Dayana tercetus di bangsal yang membuatkan aku hilang seorang insan yang bergelar cahaya mata.

   Aku memandu pulang dari kerja kerana tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada urusan di pejabat memandangkan sepanjang pagi ini aku merasa berdebar-debar tidak tentu arah. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak menunggu sehingga ke tengahari baru pulang ke rumah. Kerana Qayra seorang diri sekarang bersama maksu dan Dayana. Aku tidak mahu berlaku apa-apa kepada Qayra.

   Sepanjang perjalanan, aku hanya berdoa bahawa Qayra tidak keluar dari bilik memandangkan aku sudah membuat pesanan untuk menghantar sarapan serta makan tengahari kepada Qayra. Namun, sesampai sahaja di rumah aku melihat Qayra yang sedang berada dalam sepersalinan blouse hitam dan seluar palazo peach dipadankan pula bersama tudung shawl yang turut sama warna dengan seluarnya sedang tertiarap di batu-batuan bangsal.

   Aku segera keluar dari kereta melihat Dayana yang menangis-nangis di bangsal sambil memegang pipinya. Qayra pula dalam keadaan yang menakutkan apabila aku melihat kepala serta celah-celah pahanya terdapat darah yang membuak-buak mengalir. Hatiku semakin risau kerana memikirkan kemungkinan bahawa Qayra akan keguguran.

   Wajah Dayana pucat lesi diselang-seli dengan tangisannya yang kuat itu. Aku melihat wajah Qayra yang masih sedarkan diri namun matanya berkelip berkali-kali seolah-olah memaksa diri untuk terus terjaga. Wajah Qayra juga pucat ibarat tiada darah jika ditoreh. Aku memegang bahunya sambil memandang tajam ke arah Dayana.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now