19. Kota Tinggi.

11.9K 415 10
                                        

Qayra Haufia

   Aku melihat sekali imbas penampilan serta wajahku di cermin. Aku memakai solekan nipis untuk menutup wajah pucatku dari semua orang termasuk lah Hafifi kerana aku tidak mahu membuat dirinya risau. Dia sudah cukup gusar dengan keputusanku untuk mengikut Nazreen ke Kota Tinggi. Ditambah pula, maksu dan Dayana yang akan ikut bersama kami. Aku mengenakan dress sehingga ke bawah lutut dan memakai tali pinggang kulit coklat yang kecil untuk menghiasi dress plain berwarna biru tua itu serta merapikan rambut ikalku kepada tocang. Fringe di hadapan aku betulkan sekali lagi. Setelah puas melihat penampilanku, aku segera mencapai beg tangan Chanel di atas katil dan berlalu keluar menapak turun ke bawah.

   Hafifi yang sedang bermain dengan smartphonenya segera mengangkat wajah dan melihatku dari atas ke bawah sambil tersenyum riang. Aku berjalan lalu duduk di sebelahnya sambil menyandarkan badanku untuk menunggu kedatangan Nazreen bagi mengambilku. Aku menegahnya untuk datang dan memintanya untuk memberi alamat sahaja. Namun dia menegah keras dan aku hanya membiarkan sahaja untuk tidak memulakan pergaduhan.

"Kau dah fikir masak-masak ke?" Soal Hafifi memecahkan kesunyian.

"Dah Fi. Maybe dalam masa 3 bulan ni aku ambik hati dia, dia akan jadi lembut dengan aku." Jawabku acuh tak acuh. Hafifi di sebelah berkeluh mendengar jawapanku.

"Biar aku ikut kau lah. Aku boleh sewa bilik ke hotel selama 3 bulan kat sana." Hafifi memegang tanganku erat. Aku mencari anak matanya sebelum kembali bersuara.

"Tak boleh Fi. Apa aku buat dulu aku kena tanggung walaupun aku masih belum ingat." Aku membalas pegangannya erat. Aku tahu bahawa dia risau akan keadaanku, namun aku tidak boleh membiarkan dia menjagaku 24 jam. Aku perlu berdiri di atas kaki sendiri dan menjadi lebih cekal serta tabah. Aku tidak boleh bergantung sepenuh harapan kepada semua orang kerana aku sendiri tidak pasti bahawa mereka suatu hari nanti akan ada bersamaku lagi atau tidak.

Pin! Pin!

   Bunyi hon kereta kedengaran di luar rumah. Aku dan Hafifi segera bergerak menuju ke luar untuk melihat gerangan yang membunyikan hon. Kelihatan kereta Nazreen tersadai di luar rumah. Dia tidak turun daripada keretanya. Aku masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil beg pakaianku dan bergerak menuju ke kereta Lamborghini milik arwah papa.

   Sewaktu aku sedang meletakkan luggage di bonet kereta, seseorang menarik bahuku untuk menghadapnya. Nazreen berdiri di belakangku sambil bercekak pinggang.

"Awak buat apa ni?" Soal Nazreen marah. Muka Hafifi yang melihat kami agak merah menahan amarahnya.

"Tak yang kau ni kenapa? Takda angin takda ribut, tiba-tiba nak marah. Datang bulan ke?" Soal Hafifi yang turut marah melihat sikap Nazreen.

"Saya tak cakap dengan awak Fifi. Saya cakap dengan isteri saya." Balas Nazreen tegang sambil mengurut batang lehernya.

"Huh isteri konon." Jawab Hafifi sinis. Aku yang melihat ketegangan antara mereka berdua berniat untuk memutuskan dengan segera.

"Abang tunggu Qay kejap boleh? Qay nak masukkan luggage ni dalam kereta." Aku memberitahu Nazreen yang berdiri memandangku tajam.

"Naik kereta saya je." Jawabnya pendek seakan-akan tidak mahu bercakap denganku. "Tunggu apa lagi? Maksu dengan Dayana dalam kereta dah tu. Panas diorang menunggu awak. Awak kena ingat awak bukan anak raja." Sambung Nazreen semula setelah melihat aku tidak berganjak.

"Abang drive lah dulu. Bagi address dekat Qay je nanti. Qay kena drive sendiri. Qay perlukan kereta, taknak susahkan abang kalau Qay nak pergi mana-mana nanti senang." Jawabku takut-takut untuk melihat mukanya.

Harapan TertundaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang