Qayra Haufia
Aku dan Nazreen tidak bertegur sapa sedari pagi tadi setelah kami bergaduh kelmarin. Dia cuba untuk memujukku namun aku mengelak darinya dan menegah dia untuk terus bercakap. Aku hanya berkurung di bilik tidur papa dan keluar dari biliknya apabila aku merasakan perlu.
Bunyi loceng kedengaran di seluruh rumah. Nazreen baru sahaja keluar dari rumah untuk membeli barang dapur yang dipesan oleh Mak Ruby. Aku bingkas bangun dari dudukku yang sedang difokuskan ke arah kerja-kerja pejabat kerana Mak Ruby masih belum membuka pintu untuk tetamu di hadapan kerana loceng masih membingitkan telingaku. Dengan malas aku menuruni anak tangga dan berjalan menuju ke pintu utama. Aku membuka pintu utama dengan riak yang terkejut kerana aku tidak mengenali tetamu ini.
Tetamu ini seorang wanita berusia yang cantik. Tubuhnya sedikit gempal namun kulitnya yang putih menunjukkan bahawa dia mempunyai darah campuran Barat dan Chinese. Rambutnya yang keperangan paras bahu itu menyerlahkan lagi kulit putihnya. Dia yang sedar aku di hadapannya lantas memeluk erat tubuhku.
"Qayra, I miss you baby." Ucapnya dalam slang British di bahuku. Aku menolak perlahan tubuhnya dengan riak wajah yang pelik.
"Excuse me. Who are you?" Soalku dalam bahasa asing sambil merenung anak mata hazelnya kerana memikirkan bahawa dia tidak reti berbahasa melayu.
"Sayang, ini mama." Lafaznya fasih dalam bahasa ibunda walaupun masih terdapat slang British dengan air mata yang mula bergenang di tubir matanya. Aku terkejut lantas menggeleng-geleng perlahan kepala tanda tidak mempercayainya. Nazreen yang baru pulang kelihatan mendekati kami berdua sebelum menghempaskan kesemua barang dapur yang dibelinya di atas lantai.
"Mama ..." Ucap Nazreen sepatah membuatkan dunia aku berpusing sebentar.
"Mama?" Aku menyoal Nazreen yang berada di sebelah. Dia hanya mengangguk kecil. Aku tersenyum sinis sambil menahan air mata daripada tumpah.
"What are you doing here by the way? Baru sekarang tahu jalan balik rumah ke? Apa lepas papa dah takda baru rasa ada chance nak ambik harta papa?" Soalku bertalu-talu terhadap wanita di hadapan yang menggelarkan dirinya sebagai mama.
"Ya Allah, Qayra. Kita bagi mama masuk dulu and explain everything boleh?" Soal Nazreen sedikit tegas. Aku hanya menjelingnya lalu mengorak langkah menuju ke ruang tamu sambil diikuti Nazreen dan wanita itu.
"Explain apa?" Soalku setelah melihat kedua-duanya duduk di atas sofa kulit sambil menyelesakan diri. Aku hanya berdiri menghadap mereka berdua.
"Qay, dah tiba masa untuk Qay tahu semuanya." Jawab wanita tersebut.
"Tahu apa ni? Ha Nazreen, apa yang dia cakap? Korang boleh tak jangan nak main-main. Cut the crap and straight to the point, boleh tak?" Nadaku sedikit tinggi sehingga membuatkan Nazreen bangun dan bercekak pinggang.
"Watch your mouth Qayra. Look with whom you deal with. Kalau Qay lawan abang, abang boleh terima. Tapi jangan lawan orang yang dah lahirkan Qay. Dia pernah jadi syurga Qay dulu." Nada Nazreen juga sama tinggi sepertiku.
Aku mengangguk kecil sebelum kembali bersuara. "Okay fine! Explain now." Aku tersenyum sinis melihat wajah wanita itu yang terkulat-kulat.
"Tentang apa sebenarnya yang dah terjadi Qay." Sampuk Nazreen perlahan sambil kembali duduk dan meraup wajahnya kasar. Aku mengerutkan kening tanda tidak faham.
"Qay sebenarnya selama 24 tahun umur Qay, Qay hanya hidup dalam sebuah lakonan and penipuan untuk tutup jahat mama." Kata wanita itu perlahan. Aku terkesima dengan kata-katanya namun mengangkat kening sedikit ke arahnya tanda menyuruhnya menyambung.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...