Nazreen Fawwaz
Sudah 2 bulan berlalu sejak pergaduhan antara aku dan Qayra. Jadi bermaksud telah 2 bulan juga lah berlalu sejak Qayra kemalangan. Hatiku terasa sakit dan pedih. Duniaku ibarat berpusing setelah mendapat tahu bahawa hanya seorang cinta hatiku telah kemalangan jalan raya dan masih dalam keadaan coma. Namun umi sentiasa melaporkan mengenai Qayra yang telah dipindahkan dan sedang dirawat di wad VIP. Dia masih belum sedarkan diri lagi.
Mindaku memaksa aku untuk melawat Qayra, meminta maaf kepadanya atas apa yang telah terjadi. Namun, hatiku melarang keras untukku pergi berjumpa dengannya. 2 bulan juga berlalu, umi dan babah tidak semesra dulu. Mereka menjadi dingin denganku dan menyalahkan aku tentang apa yang telah berlaku kepada Qayra. Adikku yang berada di Rusia yang akan pulang juga telah mendapat tahu mengenai Qayra. Hafifi? Sejak dia datang selepas kemalangan Qayra itu, dia masih lagi membuat musuh denganku. Sejujurnya aku juga menyalahkan diriku kerana jika aku tidak berahsia kepadanya semua perkara ini takkan terjadi. Namun bukan itu yang boleh mengizinkan Qayra untuk berlaku biadab terhadapku. Kata-katanya 2 bulan lepas masih segar dalam ingatanku dan cukup untuk menghiris hatiku sehingga kini.
Mama Qayra juga sudah tahu mengenai hal ini. Dia banyak melawat Qayra di hospital. Katanya jika Qayra sedar semula, dia pasti akan menghalaunya jadi dia dengan rela hati untuk melawat dan menjaganya sekarang sebelum dia berangkat ke UK semula.
Aku banyak menyibukkan diri di pejabat. Dayana dan maksu lah yang sentiasa memujukku. Aku tahu niat di hati maksu dan Dayana untuk mengurangkan kesedihanku atas apa yang telah terjadi. Namun ada kalanya aku sedikit rimas tetapi aku gagahkan juga hatiku untuk melayan sikap manja Dayana itu. Laporan tahunan yang perlu aku siapkan aku pandang sekilas sebelum mendengar bunyi ketukan di pintu bilik pejabatku. Wajah Dayana terpacul memandangku sambil tersenyum.
"Ada apa Yana?" Soalku sambil membalas renungannya. Dia sedang menapak ke arah mejaku.
"Dah waktu lunch ni. Ingatkan nak ajak abang lunch sama-sama." Aku melihat jam yang berada di pergelangan tangan sebelum mengangguk-angguk kecil.
"Boleh, jom." Dia terseyum keriangan mendengar pelawaannya yang tidak ditolak itu.
Kami menuju ke Vincent Restaurant di mana tempat Qayra selalu mengajakku makan bersamanya kerana dia terlalu menggemari makanan dari negara Itali ini. Aku memesan makanan dan minuman kegemaran Qayra iaitu tortellini, pasta berbentuk cincin yang diisi dengan campuran daging panggang dan keju berserta apple juice. Dayana pula memesan chicken parmigiana iaitu beberapa ketul dada ayam yang diselaputi dengan serbuk roti berserta sos campuran tomato dan keju termasuk air minumannya iaitu orange juice. Sewaktu aku sedang menyuap makanan, seseorang menegur kami berdua dari belakangku.
"Well well well Adam! You look at that. Tengok siapa dekat sini dengan perempuan lain time wife sendiri terlantar coma dekat hospital sana." Aku menoleh ke belakang yang kelihatan kelibat Hafifi sambil mengukir senyuman sinis dengan memandang wajahku dan Dayana silih berganti.
"Taktau pulak husband Qayra ni setia sangat." Perli lelaki yang berada di sebelah Hafifi itu yang aku kenali sebagai Adam kerana dia sudah lama menaruh perasaan pada isteriku.
"Kitorang just lunch sama-sama je cik Hafifi." Balas Dayana perlahan.
"Kau diam lah betina!" Jawab Hafifi kasar. Pelanggan-pelanggan di restoran itu memandang kami berempat.
"Tak payah buat scene dekat sini Hafifi." Jawabku tenang mengundang gelak dari Hafifi.
"Scene? Ke kau malu kalau orang tahu kau sedap-sedap dengan betina lain time bini kau tunggu kau untuk dia sedar kat hospital sana." Nada suara Hafifi agak kuat seolah-olah niatnya memang untuk memberitahu semua orang mengenai hal itu.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...