Qayra Haufia
Aku membuka mata perlahan-lahan kerana terlampau sakit melihat cahaya lampu yang menerangi ceiling dan kepalaku terasa berat yang amat. Aku melihat sekeliling sambil memegang kepalaku yang terasa berpinar. Kelihatan ramai manusia yang mengerumuniku dan aku melihat kelibat seseorang yang berpakaian kot doktor menghampiriku.
Doktor tersebut menolongku membuka mata dengan sedikit luas lantas menghalakan torch lightnya yang mengeluarkan lampu biru. Aku mengerdipkan mata beberapa kali kerana perit lampu tersebut menusuk tajam ke kornea mataku. Manusia yang berada di sekelilingku ada yang mengucapkan syukur dan ada yang menangis sambil berpelukan antara satu sama lain. Aku keliru dengan apa yang aku lihat namun tidak terkeluar suara untuk bertanya.
"Patient takda apa-apa. Awak semua boleh berbual dengan dia. Dah sampai masa nanti tolong beri patient rehat ya. Terima kasih." Ucap doktor tersebut kepada mereka yang berada di sekelilingku.
Aku melihat wajah seorang demi seorang dengan riak wajah yang keliru. 'Siapa diorang ni?' Detik perlahan hatiku bertanya.
"Qayra, ya Allah. Sedar pun. Syukur alhamdulillah." Ucap seorang perempuan muda yang mempunyai raut wajah yang putih dan bersih itu.
"Awak siapa?" Soalku dalam nada yang hampir tidak terkeluar kerana aku merasakan bahawa tekakku kering tanpa sebarang air kecuali IV drip yang masuk ke dalam tubuhku melalui suntikan di tangan.
"Qayra! Apa ni? Tak lawak tau." Tengking perempuan itu mengejutkanku.
"Saya tak faham. Saya cuma tanya awak siapa. Awak buat apa kat sini? Saya kat mana ni?" Soalku lagi bertalu-talu.
"Qayra, aku Hafifi. Itu umi kau. Babah. My mom, aunty Julia. Takkan kau tak ingat?" Soal perempuan muda itu kepadaku bengang dengan air mata yang tidak berhenti membasahi pipinya. "Aku dah tunggu lama untuk kau sedar and kau lupa aku ke?" Perempuan itu berdecit sambil memegang pinggangnya.
"Hafifi? Umi and babah? Aunty Julia? Apa semua ni?!" Nada suaraku naik seoktaf melihat mereka yang tidak familiar pada pandangan mataku.
"Ya Allah, apa dah jadi ni?" Soal wanita cantik yang bertudung di tepi katilku yang digelar sebagai umi.
"Keluar. Saya tak ingat. Keluar!" Arahku dengan nada yang tinggi. Kepalaku terasa sakit dek kerana aku gagal untuk cuba mengingati wajah mereka.
"Qayra. Kenapa ni sayang?" Soal wanita tadi semula melihat kelakuanku. Dia cuba meraih tanganku namun dengan pantas aku merentap tanganku dan menjerit meminta mereka keluar. Tidak cukup dengan itu, barang-barang yang berada di locker sebelah katilku, aku capai lalu membaling di pintu dan ke arah mereka kerana mereka tidak berganjak.
Setelah hampir makin lama, doktor yang merawatku sebentar tadi datang semula ke arahku dan cuba meraih tanganku.
"Doktor suruh diorang keluar! Saya taknak tengok diorang! Kepala saya!" Serentak dengan itu kepalaku kembali berdenyut-denyut seperti hendak meletup dan doktor tersebut membaringkan aku di katil dengan lembut.
"Tolong keluar semua. Saya nak check patient saya. Terima kasih." Arah doktor itu perlahan sebelum mereka semua keluar seorang demi seorang dengan tangisan yang berlagu.
🌸🌸🌸
Hafifi
Sudah 2 bulan berlalu dan Qayra masih tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar, dia pula menjadi orang yang aku tidak kenali lagi. Dia keliru melihat wajah kami semua dan soalannya mengundang sebak pada dadaku.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...