Qayra Haufia
3 bulan kemudian ...
Sejak akhir-akhir ini, selera makanku semakin bertambah. Umi juga kerap menegur bahawa aku semakin berisi namun aku abaikan. Mungkin kerana aku sudah terlalu lama tidak ke gym untuk membuat workout bagi maintainkan kesihatan dan tubuhku. Namun bukan itu sahaja, aku terlalu lemah untuk melakukan kerja-kerja berat. Aku juga tidak mampu untuk membuat banyak kerja dalam satu masa yang sama. Kerja-kerja officeku kebiasaannya, Nareen yang menghabiskan dengan sabar.
Perkara yang paling memalukan apabila aku terlalu berkepit dengan Nazreen tidak kira di mana jua kami berada. Nazreen tidak pernah membantah kerana rimas malah dia akan memelukku erat seolah-olah tiada hari esok. Aku tersenyum nipis mengenangkan hal itu.
"Sayang dah 6.30 dah. Taknak balik ke?" Soal Nazreen yang sudah berada di muka pintu. Aku tersenyum nipis memandang wajahnya. Aku mengambil fail-fail yang perlu disemak lagi sekali dan yang mana perlu ditandatangani serta beg tanganku di atas meja. Setelah melihat keadaan bilik yang teratur, aku berjalan beriringan bersama Nazreen keluar dari office.
"Abang, Qay rasa nak makan cake favourite Qay lah. Jom pergi secret recipe bang. Kita take out, makan kat rumah." Nazreen hanya mengangguk kecil sambil tersenyum lantas membuat pusingan untuk ke secret recipe yang berdekatan.
Aku hanya menunggu dengan sabar di kereta semasa Nazreen memesan dan membuat pembayaran.
"Abang belikan sayang red velvet dengan tiramisu, okay kan?" Aku tersenyum comel ke arahnya dan mengucapkan terima kasih. Kami segera pulang memandangkan waktu Maghrib sampai ke penghujung.
Setelah tiba di rumah, aku dan Nazreen membersihkan diri. Aku mengenakan gown satin merah hati di tubuh dan seterusnya Nazreen menunaikan fardhu Maghrib manakala aku turun ke dapur untuk menghidangkan kek yang dibelinya sebelum meletakkan di meja kopi supaya kami dapat makan sambil menonton drama bersama-sama.
Aku terlalu leka menonton Over Drive sehingga tidak perasan Nazreen yang tidak berbaju namun berseluar pendek telah duduk di sebelahku. Aku meneguk air liurku yang terasa kesat melihat rambutnya yang masih basah itu dan tubuhnya yang tegap. Dia tersenyum tipis sambil mencuit hidungku lantas memeluk bahuku kemas.
"This is yours, chocolate cake and mine tiramisu." Aku menghulurkan piring keknya dan meletakkan piring tersebut di atas ribanya.
Ketika aku menyentuh kek kegemaranku iaitu tiramisu, aku segera berlalu ke dapur dan memuntahkan segala isi perutku di sinki kerana aku berasa loya dengan perisa tiramisu yang agak pelik itu. Nazreen di belakang setia mengusap belakang tubuhku.
"Sayang kenapa ni?" Nazreen memandangku dengan riak wajah risau.
"That cake, rasa dia pelik lah." Aku mengesat air mata yang bergenang di tubir mata akibat kesan daripada muntah sebentar tadi. Kami berjalan beriringan ke ruang tamu semula. Nazreen menjamah kek tiramisuku dan membuat riak wajah pelik.
"Sedap je. Nak jamah kek abang?" Soal Nazreen lalu aku mengangguk kecil. Aku membuka kecil mulutku untuk menyuruh dia menyuap. Dia tergelak kecil dengan tindakanku lantas menyua sudu yang berisi kek chocolate cakenya ke dalam mulutku.
"Emmm ... Nice. Qay ambik yang ni lah. Abang makan yang tu." Aku mengambil piring di tangannya lalu berniat untuk menghabiskan kek coklatnya itu.
"Sayang bukan tak suka coklat ke?" Soal Nazreen pelik.
"Entah tapi yang ni much better dari tiramisu." Aku mengenyitkan mata ke arahnya. Nazreen hanya mengangguk-angguk tanda faham.

ANDA SEDANG MEMBACA
Harapan Tertunda
Fiksi RemajaQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...