7. Cemburu.

14.2K 440 5
                                        

Qayra Haufia

"Auch!" Aku memegang kepala yang terasa berat sambil memandang ke sekeliling. Aku berada di dalam bilikku di banglo milik arwah papa. Pakaian ditubuh aku pandang sekilas kerana gusar jika ada sesuatu berlaku padaku kerana aku tidak sedar setelah mabuk. Kali terakhir yang aku ingat adalah ketika Nazreen mengheretku keluar dari Chick Bro dengan mencengkam kuat lenganku sambil menahan amarahnya. Namun selepas itu, aku tidak sedar apa-apa lagi walaupun setiap kata-kataku mahupun perbuatan.

Nazreen masuk ke dalam bilikku dengan dulang makanan yang berada di tangan. Aroma sup merebak ke dalam bilik. Nazreen menghampiriku lalu duduk di atas katil bersebelahan denganku. Dulang diletakkan di atas meja lampu bersebelahan katil. Nazreen tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Abang ada buatkan sup sayur untuk hilangkan pening tu. And tu ada jus oren. Kalau nak pain killer pun boleh nak hilangkan pening Qay." Nazreen mula bersuara setelah lama kami memandang antara satu sama lain. Panggilan abang kembali menyejukkan semula hatiku yang kurang senang dengan wajahnya.

"Thanks." Balasku pendek sambil memegang kepalaku. Nazreen meletakkan bantal di belakang badanku untuk bersandar di kepala katil. Nazreen mencapai sup yang masih berasap sambil menyua aku sesudu sebelum meniup untuk menyejukkan sup panas tersebut.

Aku hanya membuka mulut tanpa membantah. Badanku terasa sedikit sakit kerana kesan scotch yang aku teguk semalam. Badanku tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

"Qay nak pergi office harini." Aku membuka mulut sambil merenung wajahnya.

"No!" Nada Nazreen sedikit tegas daripada kebiasaan mengundang sedikit kemarahan pada diriku.

"Awak ingat awak siapa nak larang saya?" Aku membentak sambil menolak sudu yang disuakan ke mulutku.

"Qay lupa ke abang ni suami Qay?" Nazreen meletakkan semula sup tersebut di atas dulang makanan sambil bangun meletakkan kedua-dua belah tangannya ke pinggul.

"Suami?" Aku tergelak besar setelah mengulang semula perkataan suami itu. Setelah tawaku semakin reda aku kembali menyambung.

"Suami apa? Sihat, makan saya pun awak tak pernah tanya waktu saya kat Ireland dulu." Aku menolak comforter yang menutup badanku sambil cuba untuk bangun menghadapnya.

"Sepatutnya abang tahu before abang bukak mulut. Qay memang takkan dengar cakap abang. Abang taknak discuss pasal ni lagi." Nazreen keluar dari bilikku lalu menutup pintu bilik dengan kasar. Aku hanya mendengus sambil mengambil tuala dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Aku bertekad untuk memulakan kerja di syarikat papa memandangkan semua orang juga sudah mengetahui kepulanganku sewaktu aku dan Nazreen berbual sebelum pergaduhan tercetus sebentar tadi.

Aku mengenakan blouse sehingga paras lutut berwarna putih bercorak bunga-bunga kecil yellow bell. Rambut ikalku dibiar lepas. Aku hanya menambahkan natural make-up di wajah. Setelah merasa lengkap dan siap sepenuhnya, aku mencapai beg tangan Gucci yang berada di atas sofa kulit lalu keluar dari bilik.

"Mak Ruby, Nazreen mana?" Aku melihat sekeliling. Nazreen tiada di rumah kerana kereta Porschenya tiada di halaman rumah.

"Tuan Nazreen dah pergi office Puan Qayra." Jawab Mak Ruby.

"Oh takpa lah. Terima kasih. Dan lagi satu, tolong jangan panggil saya puan. Panggil saya Qay cukup. Macam panggilan biasa yang selalu Mak Ruby panggil." Aku memberikan senyuman tipis kepada Mak Ruby sebelum berlalu pergi.

Aku membawa kereta Range Rover dan berlalu meninggalkan banglo 3 tingkat tersebut menuju ke office untuk memulakan hari pertamaku sebagai engineer di syarikat papa.

Harapan TertundaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang