29. Serba Salah.

13.4K 415 4
                                        

Nazreen Fawwaz

'Thank you so much.'

   Itulah ayat Qayra yang terakhir sebelum dia berlalu masuk ke bilik dengan air mata yang berlinangan di pipi mulusnya. Aku mengawal diri untuk bangun dan memeluknya erat supaya dia tahu bahawa aku tidak memaksudkan setiap kata-kata yang keluar dari mulutku.

   Aku duduk di hadapan pintu bilik Qayra, teragak-agak sama ada untuk memujuknya atau tidak. Namun aku tahu dia juga mahukan masa untuk bersendiri selepas apa yang aku ungkapkan mampu meremukkan hati sucinya yang berniat hanya untuk berbaik denganku. Dengan nama Allah, aku tidak menganggapnya sebagai perempuan simpanan cuma ucapan cinta yang keluar daripada mulutnya mengejutkanku dan membuatkan aku merasa bersalah kerana tidak dapat membalas semula kata-kata cintanya mungkin kerana ego lebih menguasai diri.

   Perlahan-lahan aku bergerak menuju ke bilik dan bersandar di kepala katil sambil termenung panjang. Setiap hari aku jatuh sakit, Qayra lah jua yang menjagaku. Sama seperti malam apabila perutku menolak makanan, dia juga lah yang mencuci muntahku dengan sabar sehingga tidur terduduk di tepi katil. Aku meraup wajah dengan kasar. Terasa terlalu bodoh kerana asyik menolaknya. Aku juga hanya lah manusia biasa yang juga pernah melakukan kesilapan sama sepertinya, jadi aku tidak sewajarnya menghukum dia sehingga begitu sekali.

   Wajahnya yang serba salah apabila memagut bibirku sebentar tadi masih lagi terbayang di ruang mata. Mukanya begitu manis dengan sikapnya yang tidak tentu arah. Aku tersenyum kecil mengingati wajahnya. Kelembutannya setiap kali kami bersama masih segar dalam ingatan. Mungkin Qayra telah hilang segala memorinya, namun karakternya masih sama seperti dahulu. Pegangan dan ciuman lembutnya betul-betul melapangkan dada dan menyejukkan jiwa.

   Belum dicampurkan lagi dengan sikapnya yang sentiasa bersabar dan bertolak ansur dengan maksu serta Dayana. Hanya aku sahaja yang butakan mata untuk melihat semua itu kerana aku bina ego yang terlalu tinggi untuk menerima baik buruk Qayra. Hanya kerana ayat dia yang sebelum kemalangan itu, aku menghukum dia dengan kejam.

   Jika arwah papa Qayra ada, mesti dia terlampau kecewa dengan sikap aku yang hanya menuding salah Qayra dan tidak membetulkan anaknya itu. Padahal aku telah berjanji dengan papa supaya menjaga Qayra seperti menjaga nyawa aku sendiri. Kerana papa pernah berkata Qayra merupakan anak istimewa yang dilahirkan dalam hidupnya walaupun Qayra bukan lah anak kandungnya. Namun, tanggungjawab yang hadir dalam dirinya itu membuahkan rasa sayang yang tidak berbelah bahagi kepada Qayra.

   Sama juga dengan Hafifi yang sentiasa menyokong aku dan Qayra bersama-sama. Namun sekarang dia lebih menjauhkan diri dari aku seolah-olah terlalu jijik untuk bergaul seperti sediakala. Dia sentiasa memerli aku dan mengatakan aku bukanlah seorang lelaki yang baik dan bagus untuk Qayra. Namun Qayra tetap dengan pendiriannya untuk bersama denganku kerana katanya mungkin dengan cara ini dia dapat mengingati semula setiap cebisan memorinya yang hilang.

   Tidak dilupakan umi dan babah yang semakin lama semakin menjauhkan diri dari aku. Aku ibarat seperti orang luar sahaja dalam hidup mereka. Jika mereka datang ke sini, umi dan babah lebih mementingkan Qayra berbanding aku. Aku juga tidak meyalahkan sikap mereka cuma terkilan kerana mereka tidak cuba untuk memahami masalah anak sendiri. Sama seperti Nazreena, yang selalu mengungkit dan mengatakan betapa dia terlalu membenci Dayana yang bakal menjadi kakak iparnya sehingga mengugut yang dia takkan bercakap dengan aku lagi selepas ini jika Dayana sudah sah menjadi isteri kedua aku.

   Akhirnya, aku terlena dalam keadaan yang serba salah kerana melayan Qayra sebegitu selepas dia membuktikan cintanya setelah waktu telah hampir mencecah ke angka 3 pagi. Aku akan cuba untuk memujuk Qayra pada esok hari jika dia ingin mendengar penjelasanku.

Harapan TertundaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang