Qayra Haufia
Aku memandang jam antik dinding di bilik tetamu itu. Angka telah menunjukkan 7.30 pagi. Pergerakanku membuatkan Nazreena di sebelah turut terjaga. Dia tersenyum tipis di sebelahku sambil menggosok-gosok biji matanya yang masih terpejam itu.
"Kak Qay dah okay ke?" Suara Nazreena agak serak akibat dari lenanya yang terganggu itu.
"Okay dah dari malam tadi. Sorry kalau akak buat Reen terjaga." Aku menepuk bahunya lembut.
"Nonsense lah! Dah 7.30 pun. Kang umi bising pulak tengok Reen bangun lambat. Akak pergi lah mandi. Nanti Reen bagi pinjam baju. Reen naik bilik Reen dulu tau." Nazreena bangun dari pembaringannya dan menapak keluar daripada bilik tetamu dengan langkah yang longlai.
Tidak sampai 10 minit Nazreena masuk semula ke dalam bilik dengan membawa tuala serta skirt labuh berwarna hitam arang dan t-shirt plain lengan panjang berwarna kelabu asap. Setelah mengucapkan terima kasih kepadanya, dia bergerak keluar semula. Aku pula menapak menuju ke bilik air tetamu untuk membersihkan diri.
Aku mengenakan pakaian tersebut di tubuhku dan merapikan rambut ikalku yang telah aku potong kelmarin sewaktu sebelum datang ke rumah umi melepasi bahu kerana kepalaku masih terasa sakit untuk menyimpan rambut panjang. Setelah melihat penampilanku di cermin panjang di dinding bilik tersebut aku bergerak keluar menuju ke dapur.
Kelihatan umi yang sedang bertungkus-lumus membuat sesuatu. Mak Nah sedang giat memotong sayur-sayuran di bar kaca di dapur itu. Aku mendekati umi lalu berdiri di sebelahnya.
"Umi buat apa tu?" Soalku lembut. Umi tersenyum lantas mencium pipiku sekilas sebelum kembali memfokuskan pada kerja memasaknya.
"Umi buat makanan favourite Qay. Besides tortellini, umi buat spaghetti carbonara harini as our breakfast. Lepastu umi buat French toast dengan omelette." Umi mencampakkan perencah seperti sosej, ayam dan daging yang dipotong dadu ke dalam kuah putih yang sedang digaul oleh umi itu.
"Ni makanan favourite Qay?" Soalku teruja.
"Iya sayang. Kenapa Qay?" Umi memandangku sekilas sambil menggaul lagi kuah carbonara itu.
"Terima kasih umi. Sepanjang Qay sedar ni, Fifi suap Qay dengan makanan luar je." Umi tertawa kecil lalu dia mengambil sudu dan cuba untuk menyuakan aku kuah carbonara yang sedang mendidih itu. Sewaktu aku sedang membuka mulut, Dayana yang datang secara tiba-tiba itu menolak tubuhku menjauhi umi lantas dia menjamah sudu yang disua oleh umi itu. Aku berdehem lalu menuju ke arah Mak Nah. Pandangan tajam maksu dan mata Nazreen yang sedikit bersinar yang turut berada di dapur itu aku tidak ambil pusing.
"Yana ni takda adab ke?" Soal umi kedengaran agak marah di telingaku. Aku lantas menghampiri umi semula lalu mengusap bahunya.
"Takpa umi. Kejap lagi pun Qay rasa jugak kan." Aku mengecilkan mataku membuat muka comel di hadapan umi lalu tersenyum ke arahnya cuba untuk memujuk umi. Umi mengeluh perlahan. Dayana di sebelah mencapai tangan umi namun dia pantas mengelak.
"Takpa lah long. Itu pun nak dibesarkan. Yana ni lagi tahu masak daripada si Qay tu ha. Jadi lagi elok kalau Yana yang rasa." Hatiku tersentap mendengar ujaran maksu yang sinis itu.
"Tapi dia tolak badan Qay. Perlu ke sampai macam tu sekali?" Bentak umi di hadapan wajah maksu.
"Qay cedera ke umi?" Sampuk Nazreen yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
"Jadi kalau dia tak cedera, takpa lah?" Merah muka umi menahan amarahnya.
"Bukan macam tu umi. Cuma umi macam sensitif sangat. Padahal Qay tak cakap apa pun." Hatiku menjadi sebak mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Nazreen. Dia suamiku. Sepatutnya dia membelaku bukan menambahkan lagi sakit yang aku rasa.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
JugendliteraturQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...