17. Rancangan Maksu.

11.8K 417 11
                                    

Nazreen Fawwaz

   Aku dikhabarkan oleh umi bahawa Qayra sudah pulang ke rumahnya dan dia masih tidak mengenali suaminya sendiri. Sejujurnya berita itu bukan keluar daripada mulut umi sendiri jika aku tidak bertanya. Aku gagahkan juga diri ini untuk mendengar leterannya setiap masa kerana katanya sikapku yang mementingkan diri dan langsung tidak menjengah Qayra ketika dia sakit walhal sewaktu aku demam sebelum dia kemalangan, umi pernah berkata bahawa dia menjadi orang sasau kerana melihat aku sakit dan dia gagahkan jua untuk pulang ke rumah walaupun pertengkaran antara kami tercetus kerana Dayana sewaktu di office.

"Nazreen!" Sergah maksu kerana bengang aku tidak memfokuskan tentang apa yang cuba dia sampaikan.

   Maksu dan Dayana datang ke rumah umi untuk melihat apa yang boleh mereka bantu kerana umi akan membuat kenduri doa selamat untuk Qayra. Dia ada mengajak Qayra, namun aku tidak mengharap dia akan datang kerana aku kenal benar perangai Hafifi yang akan memburukkanku di hadapan Qayra. Qayra juga berhak untuk tahu mengenai hal peribadinya.

"Maksu cakap apa tadi?" Soalku perlahan kepada maksu.

"Hish Nazreen ni! Maksu tanya Naz, bila nak balik Kota Tinggi?" Nada maksu sedikit tinggi mengharapkan aku mendengar soalannya.

"Lusa kot. Lagipun Reen dah balik biar dia lah handle syarikat babah." Jawabku acuh tak acuh.

"Syarikat Qayra macam mana?" Soal maksu lagi.

"Syarikat dia biar dia lah yang handle maksu. Naz taknak ambik tahu. Lagipun dia pemegang syer terbesar dalam Advark Global." Tuturku seperti tidak berminat untuk menerangkan tentang syarikat arwah papa yang berada di bawah nanungan Qayra.

"Naz nak tinggal terus kat Kota Tinggi?" Aku sudah lama berfikir untuk tinggal di Kota Tinggi memandangkan Immortal Global iaitu syarikat babah mempunyai cawangan yang kecil di sana sementara Kota Tinggi adalah merupakan tempat tinggal arwah nenek dan atokku.

"Buat sementara waktu." Balasku ringkas menjawab pertanyaan maksu yang tak sudah.

"Maksu nak ikut Naz boleh?" Matanya terpancar sinar harapan sewaktu mengutarakan hajatnya itu.

"Tapi maksu tahu kan, Naz nak privacy." Maksu mengangguk-angguk kecil namun matanya muram kerana aku menolak untuk dia ikut bersama.

"Kesian Dayana. Dia risau sangat tengok Naz. Dia tak boleh lah nak ikut Naz je sebab Naz dengan dia belum ada apa-apa hubungan. Tapi kalau ada maksu senang sikit. Maksu ingat nak ajak dia sekali. Alah, Naz tinggal lah kat rumah yang babah Naz beli kat sana. Maksu dengan Dayana boleh tinggal dekat rumah pusaka." Maksu masih memujukku dengan cadangannya.

"Ikut maksu lah. Habis tu kerja-kerja Yana?" Maksu tersenyum riang sambil menepuk-nepuk kedua-dua belah tangannya.

"Yana kan PA Naz, so mana Naz pergi mesti lah dia ada sama." Jawab maksu membalas pertanyaanku. Aku hanya mengangguk kecil sebelum bangun meminta izin daripada maksu untuk ke luar rumah melihat kolam ikan emas.

   Adikku, Nazreena Fayyash junior kepada Qayra sewaktu di sekolah dulu merangkap adik ipar kepadanya sedang duduk bersantai sambil memberi makanan kepada ikan-ikan emas di dasar kolam. Dia memandang sekilas apabila terlihat kelibatku dan kedatanganku disambut dengan jelingan tajamnya. Aku sudah sedia maklum bahawa dia tidak menyukai cara aku melayan kakak iparnya itu sama seperti umi dan babah namun aku hanya buat tidak endah sahaja dengan kelakuannya kerana aku merasakan bahawa dia masih belum matang untuk memahami masalah sebenarku.

"Reen dah ready nak handle syarikat babah?" Aku memandangnya lama. Namun hampa tiada balasan darinya. "Reen dengar tak apa yang abang cakap ni?" Soalku semula.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now