Qayra Haufia
Aku memandang banglo mewah yang sepi ini seperti tiada orang di dalamnya. Namun, aku tahu Mak Ruby masih setia menjadi pembantu rumahku walaupun papa telah meninggal dunia. Aku memarkirkan kereta di halaman rumah bersebelahan dengan kereta Hafifi. Kami keluar dari kereta setelah empat jam perjalanan tanpa henti. Waktu juga telah menginjak ke angka 1 pagi.
"Apa dah jadi ni Qay?" Soal Hafifi sambil menuju ke arahku. Aku mula menyibukkan diri dengan mengambil bagasi di dalam bonet kereta tanpa mempedulikan soalan Hafifi. "Qay, aku cakap dengan kau ni!" Bentak Hafifi kasar lalu memusingkan tubuhku supaya dapat menghadapnya.
"Fi, tolong bagi aku rehat. Aku pening dari tadi. Nanti aku cerita semuanya kat kau. Aku janji." Aku menghulurkan Hafifi senyuman yang cukup manis. Kami sama-sama masuk ke dalam rumah tanpa berbual lagi. Aku terus menuju ke dalam bilik tidur asalku dengan perlahan-lahan apabila teringat Mak Ruby tidur di ruangan bawah.
Bilik tidurku masih tidak berubah. Namun ada campuran bau lavender dan Issey Miyake iaitu minyak wangi milik Nazreen mengingatkan aku pada kenangan lalu.
'Tapi abang pun ada syarat.'
'Sayang panggil abang dengan panggilan abang boleh?'
'Tadi time kita ehem ehem tu tak malu pun.'
Aku teringat lagi wajah bahagia Nazreen apabila mendengar untuk kali pertama panggilan 'abang' yang keluar dari bibirku. Saat aku memanggilnya dengan panggilan itulah Nazreen memagut semula bibirku dengan lembut dan bumi menyaksikan hubungan cinta yang terjalin antara kami berdua. Bilik inilah yang menjadi bukti cinta kami, menjadi bukti tersematnya hubungan aku dan Nazreen. Air mata mula bergenang membasahai pipi.
Aku berjalan ke closet baju apabila ternampak pakaian tidur Nazreen lalu aku bawa ke hidung dan mencium bau minyak wanginya yang sungguh menusuk jiwa. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku terlalu sedih mengenangkan nasib yang telah tersurat. Bukan tidak mahu untuk memikat semula hatinya namun aku tahu dia sudah terlalu tawar hati dengan aku.
Aku menapak ke arah katil dengan langkah yang longlai sambil memeluk erat baju tidur Nazreen di dada. "Abang kenapa buat Qay macam ni? Abang kenapa taknak terima Qay? Apa dosa Qay sampai abang hukum Qay macam ni sekali? Ya Allah ..." Air mata lebat membasahi pipi. Ruangan bilik hanya dipenuhi dengan alunan tangisanku yang bergema.
"Qayra? Ya Allah ..." Hafifi berlari anak ke arahku dan memeluk tubuhku rapat ke badannya. Aku menangis semahu-mahunya di bahu Hafifi sehingga terasa basah lencun bajunya itu. "Qay, kau kena kuat Qay. Jangan macam ni. Istighfar babe, ingat Allah."
"Aku cintakan Naz, Fi. Aku sayangkan dia seikhlas hati aku, Fi. Kenapa dia tak nampak semua tu?" Aku masih menangis teresak-esak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu saat itu aku benar-benar tidak mampu untuk kuat.
"Dia bodoh Qay. Dia bodoh sebab terlalu jauh untuk nilai cinta kau pada dia." Hafifi semakin memelukku erat sambil mengusap belakang tubuhku.
"Aku nak rehat Fi." Aku mula melepaskan diri daripada pelukan Hafifi. Pada mulanya, wajah dia terlalu risau melihatku namun setelah lama berada di bilik untuk memastikan aku akan baik-baik sahaja, akhirnya dia akur dan keluar dari bilik itu meninggalkan aku seorang diri.
Aku mengerekot sambil masih memeluk erat baju tidur Nazreen dan membawanya ke hidung untuk meresap segala bauan Nazreen yang mampu mengurangkan rasa rindu aku yang menebal terhadapnya. Akhirnya, aku terlena bersama air mata yang membelengas di wajah.
🌸🌸🌸
"Kenapa pandang aku macam tu?" Soalku pelik melihat wajah Hafifi yang memandangku seperti hendak menelan hidup-hidup.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...