Qayra Haufia
Pagi itu aku tidak dapat bangun seperti biasa untuk melihat Nazreen kerana sakit bulanku datang pada kali ini dengan teruk sekali. Pinggang serta bawah perutku ibarat dicucuk-cucuk. Ditambah pula dengan keseluruhan badanku juga turut sakit yang amat sangat seperti sengal-sengal di sendi. Aku duduk di atas lantai kerana lebih mudah untuk mengerekot memegang perut. Aku menyesal kerana memakai nightgown satinku yang nipis atas sebab aku perlu menghadap kesejukan di atas lantai pula. Namun aku sendiri tidak larat untuk bangun daripada pembaringan.
Ketukan bertalu-talu di pintu aku abaikan apabila hanya terasa sakit sahaja yang aku rasa buat masa ini. Aku tahu Nazreen ingin mengkhabarkan kepadaku bahawa dia akan ke pejabat namun aku tidak boleh berbuat apa-apa.
"Ya Allah Qay ..."Jerit Nazreen kecil apabila melihat aku mengerekot membelakangi pintu jadi aku tidak dapat melihat wajahnya. Dia datang menarik bahuku perlahan agar aku dapat melihat wajahnya. Bauan Issey Miyake menusuk hidungku menggodaku sedikit dengan pakaian pejabatnya. "Awak kenapa ni?" Nazreen menggendongku ke atas katil sambil keningnya berkerut. Syukurlah, kerana aku juga sudah tidak mampu menahan sejuk di lantai serta aircond yang bergabung.
"Takda apa-apa. Abang jangan lah risau." Aku baring mengerekot semula membelakangkan Nazreen pula kali ini. Tidak mampu rasanya untuk melihat wajahnya itu kerana hatiku berdegup kencang setiap kali dia memegangku.
"Mana boleh takda apa-apa kalau dah sampai mengerekot atas lantai macam tu sekali?" Nada suara Nazreen sedikit tegas menyoalku.
"Qay okay je. Lepasni baik lah. Qay sakit bulan je." Jawabku acuh tak acuh malas mahu berbual dengannya lama-lama.
"Sakit bulan?" Aku memandang wajah Nazreen yang berkerut-kerut itu seperti baru pertama kali mendengar. Aku tertawa kecil melihatnya sambil masih memegang perut. "Kenapa awak gelak pulak?" Soalnya keliru.
"Abang ni comel tau." Kataku perlahan sambil melarikan jari-jemariku ke arah pipinya namun pantas menarik dalam keadaan yang teragak-agak apabila tersedar kata-katanya semalam mencincang lumat hatiku. Aku berdehem beberapa kali. "Qay kena period pain lah." Jawabku dengan pipi yang berbahang.
Nazreen yang juga turut duduk di sebelahku agak kemerahan pipinya. Nazreen meleraikan beberapa kali ikatan tali lehernya dan melepaskan butang-butang bajunya yang teratas.
"Abang tak pergi office ke?" Soalku lembut.
"Awak jadi macam ni, takkan saya nak pergi office. Karang kalau awak jatuh, siapa susah?" Hatiku tersentap mendengar kata-katanya. Aku tahu sakitku ini juga akan menyusahkannya. Aku mengeluh perlahan mendengar ayatnya itu.
"Abang pergi je. Qay sakit kejap je ni. Telan painkiller tu terus baik lah." Aku baring membelakanginya semula dan cuba untuk melelapkan mata namun tangan Nazreen menarik bahuku sekali lagi agar aku dapat memandang wajahnya.
"Awak terasa ke?" Soal Nazreen secara tiba-tiba. Aku hanya menghulurkannya senyuman dan menggeleng perlahan.
"Abang pergi lah office. Nanti lambat. Lagipun abang nak ambik Dayana before pergi office kan." Aku kembali cuba untuk melelapkan mata. 'Keluar lah cepat-cepat. Aku malas nak cakap banyak ni.' Detik hatiku perlahan.
Aku fikir bahawa Nazreen telah pergi ke pejabat setelah aku mengucapkan ayat tersebut kerana katilku terasa ringan daripada beratnya namun sangkaanku meleset apabila beberapa minit berlalu katilku kembali berat dengan tubuhnya yang sedang duduk di atas katil. Nazreen menarik semula bahuku supaya aku menghadapnya.
"Saya dah call Dayana harini saya tak masuk office. Jo yang hantar dia masuk office sebab dia still kena attend appointment untuk syarikat-syarikat kecil and urus schedule saya." Kata Nazreen sambil mengelus pipiku. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku sangat memerlukan kasih sayangnya setelah terlalu lama kami asyik bertengkar. "Saya urut perut awak eh." Ujar Nazreen lalu bangun untuk mencari minyak panas.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...