Qayra Haufia
Aku bergegas menuju ke hospital swasta yang berada di Ampang dari pusat membeli belah bersama Hafifi untuk membeli barang keperluan yang tidak cukup untukku bawa ke Ireland setelah mendapat tahu bahawa papa sedang mengalami masalah jantung yang kronik daripada Nazreen pada petang Rabu. Kali terakhir papa mendapat sakit ini sewaktu mama bertindak meminta fasakh ketika aku masih kecil. Air mata gugur dengan lebat membasahi pipi ketika dalam perjalanan ke sana. Hafifi yang sedang memandu menjelingku sekilas sebelum menghulurkan kotak tisu yang berada di dashboardnya.
"Uncle Abdullah will be fine. Percaya lah. Uncle kuat orangnya." Hafifi bersuara setelah lama kami berdiam diri di dalam kereta hitam Audi A4 metallic pemberian mamanya kerana dia dapat melanjutkan pengajian bersamaku di Dublin Institute of Technology di Ireland.
Aku hanya diam berdoa mengiakan kata-kata Hafifi sambil membuang pandang ke luar tingkap. Kami sampai ke destinasi setelah setengah jam perjalanan. Hafifi memarkirkan keretanya manakala aku bergegas menuju ke counter nurse yang berada di aras 4. Nurse menunjukkan jalan ke arah ward papa yang terletak di Gold Room 15 iaitu ward VIP. Aku melangkah masuk ke dalam ward tersebut dengan air mata yang berlinangan apabila melihat papa yang sedang lena di atas katil hospital dengan heart beat monitor menjadi alunan di dalam bilik yang sunyi itu.
Nazreen yang berada di sofa memandang ke arahku sambil menunjukkan isyarat supaya aku tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang boleh mengganggu tidur papa. Aku hanya mengangguk mengiakan. Aku mendekati papa yang sedang tidur dalam keadaan yang tenang itu. Papa yang memerlukan gas untuk membolehkan dia bernafas dengan stabil menambahkan lagi pilu di dadaku. Aku duduk di atas bangku yang disediakan khas untuk pewaris atau pelawat di sebelah papa. Aku memegang tangan tua itu lalu aku bawa tangan tersebut ke pipiku untuk merasai haba yang mengalir dari tubuh papa.
Tangisanku semakin lebat lalu aku menekup wajahku ke atas tilam papa. Aku tidak menyedari bahawa tangisanku berlagu lantas mengejutkan papa yang sedang terlena itu. Papa segera membuka matanya dan menyapaku dengan senyuman di mukanya yang pucat itu. Dia mengusap kepalaku seperti memujuk anak kecil. Nazreen yang berada di belakangku cuba menghentikan air mataku dengan memegang erat bahuku.
"Jangan menangis sayang. Papa tak apa-apa lah." Ucap papa perlahan cuba untuk menghentikan esakanku.
"Papa janji dengan Qay papa takkan tinggalkan Qay. Qay dah takda sesiapa pa." Aku menangis semahu-mahunya. Papa hanya tersenyum lemah.
"Takdir papa, Allah yang tentukan Qay. Lagipun Nazreen kan ada. Sebab tu papa mintak dia jaga Qay. Kahwin dengan Qay jadi papa boleh pergi dengan tenang." Aku memusing memandang Nazreen yang berada di belakang. Dia hanya menghadiahkanku senyuman tipis lalu aku memusingkan semula wajah menghadap papa.
"Papa jangan lah cakap macam tu." Aku mengongoi di tapak tangannya. Nazreen segera mengangkat bahuku supaya aku bangun dari duduk lantas dia memeluk erat tubuhku sambil mengusap belakang badanku. Aku membenamkan wajah ke dadanya untuk menghamburkan segala tangisan yang beraja.
"Naz bawak Qayra keluar dulu pa. Nanti kalau Qayra dah reda, kami masuk balik." Papa hanya mengangguk. Matanya membawa kami sehingga ke luar pintu.
Nazreen mendudukkan aku di bangku yang berada di luar ward. Hafifi yang berada di luar menunggu segera masuk ke dalam ward untuk melihat keadaan papa dan memberi ruang untuk kami berdua. Nazreen masih memeluk erat bahuku untuk meredakan tangisanku yang tidak terkawal itu.
"Qay, kita doakan yang baik-baik untuk papa. Abang kan ada." Dia mengangkat wajahku lalu mengesat air mata yang mengalir dengan deras di pipiku.
"Qay takut." Hanya itu ungkapan yang dapat aku gambarkan kepadanya tentang apa yang menular dalam diriku. Ya, aku sungguh takut kehilangan papa. Dia jua lah yang menjaga dan membesarkanku tanpa sebarang rungutan. Tidak pernah terlintas untuk aku memikirkan hidupku tanpa dirinya di sisi walaupun keadaan sekarang telah berubah. Aku telah menjadi isteri orang namun aku masih tetap sama. Memerlukan kasih seorang ayah tidak pernah puas untuk aku walaupun usia aku yang akan mencecah 24 tahun.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...