42. Sokongan.

21.8K 476 18
                                    

Nazreen Fawwaz

   Aku tersedar daripada lena apabila melihat keadaan sekeliling. Keluhan panjang terlepas dari bibir apabila aku baru tersedar bahawa sekarang ini aku telah berada di dalam bilik tidurku. Aku meraba-raba di sisiku tempat di mana Qayra pernah baring bersama denganku. Namun, semuanya sekarang telah hilang kerana aku yang tidak pernah mempercayainya. Sehinggakan aku sendiri malu dengan diri sendiri kerana terlalu taksub mempercayai pembohongan orang lain yang dapat membutakan mata hatiku.

   Aku sepatutnya sedar Qayra yang aku kenal adalah seorang wanita yang tidak reti berbohong walaupun pada sudut pandangan mata, sikap Qayra jauh lebih liar daripada Dayana namun aku juga tidak tahu mengapa aku menjadi bodoh dalam menilai Qayra sebegitu rupa.

   Kepala yang terasa sakit sudah semakin hilang. Syukurlah, aku dapat merehatkan minda setelah kejadian pagi tadi berlaku secara drastik. Ingin sahaja sekarang juga aku pulang ke Kuala Lumpur dan mendesak Hafifi supaya memberitahu di mana keberadaan Qayra. Namun, itu bukanlah sesuatu keputusan yang baik kerana aku perlu mengetahui kesemua hal yang sebenar tentang Qayra. Jauh di sudut hati aku pernah terfikir bahawa dia menyimpan pelbagai rahsia namun tidak pernah sekali pun dia bercerita. Jadi, aku perlu dengar dari mulut kawan baiknya sendiri, Hafifi.

"Naz ..." Aku segera melihat umi yang duduk di sofa, bangun merapatiku apabila melihat aku bergerak-gerak.

"Umi. Berapa lama dah Naz tak sedarkan diri?" Aku sedar bahawa aku pengsan apabila aku ingat kali terakhir aku ingin keluar dari rumah namun selepas itu aku tidak tahu apa yang berlaku.

"Dah 5 jam Naz." Aku bangun dari pembaringan lalu meraup wajah berulang kali. Umi duduk di birai katil dan mengusap belakang tubuhku perlahan.

"Naz banyak dosa dengan Qay, umi." Gumamku perlahan sewaktu menyembamkan wajah di tapak tangan.

"Takda orang yang tak boleh perbaiki kesilapan dia Naz. Sedangkan Nabi pun maafkan umat, umi yakin Qay pun boleh maafkan Naz." Pujuk umi juga dalam nada yang perlahan.

"Suami jenis apa lah Naz ni umi." Aku berkeluh kesah memikirkan sepanjang 3 bulan aku dan Qayra bersama, sepanjang itu juga lah aku mendera perasaan Qayra.

"Naz, tadi Fizi cakap dengan umi. Dia nak kena balik sebab ada meeting dengan president NGO with her mom. Hafifi tak handle buat masa ni with their charity event, so Fizi yang kena ambik alih. Dia kirim salam Naz je, suruh umi sampaikan maaf sebab tak dapat tunggu Naz sedar. And one more thing Qayra ada call, Hafifi kata dia masih dalam flight. Dah sampai nanti dia inform. Dia taknak semua orang risau pasal dia sebab tu lah dia bagi tahu keadaan dia dari semasa ke semasa." Aku meneguk air liur kerana berasa lega namun masih terdapat rasa sedih mengenangkan Qayra yang sekarang telah berjauhan denganku.

"Naz nak pergi cari dia umi." Rintihku lalu memandang raut wajah lembut umi. Aku tahu walaupun dia begitu marah dengan keputusan untuk aku berkahwin dengan Dayana. Namun aku tahu, instinct seorang ibu terhadap anaknya terlalu kuat.

"Naz ..." Umi menarik nafas dahulu sebelum menyambung. "Kita bagi space untuk Qay dulu buat masa ni. Umi taknak kehadiran Naz buat dia lagi sakit sebab dia taktau pun yang Naz tak jadi kahwin dengan Yana." Kata umi jujur mampu membuatkan hati aku patah beribu-ribu keping namun aku tahu itu adalah kebenaran yang harus aku telan.

"Dayana mana umi?" Soalku dengan nada yang marah.

"Maksu dah halau dia balik Singapore tadi lepas Naz pengsan. Kami pun taktau dia ke mana sekarang. Dia balik Singapore pun mungkin ada saudara bau-bau bacang kat sana." Ujar umi ikut marah dengan tindakan Dayana. "Umi keluar dulu, Naz rehat lah ya." Aku hanya tersenyum tipis dan kembali menyembamkan wajah di tapak tangan.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now