31. Terbongkar.

15.8K 451 0
                                    

Qayra Haufia

   Aku duduk di ruang tamu sambil membuat kerja-kerja pejabat yang abang Syahfizi serahkan sewaktu dia datang seminggu yang lalu dengan begitu khusyuk sekali. Nazreen hanya berpakaian seluar pendek tidurnya yang baru lepas menunaikan solat Isyak juga duduk di ruang tamu bertentangan denganku sambil membawa fail-fail pejabatnya untuk meminta aku menyemak. Begitulah rutin harian kami, dia akan kerap meminta tolongku kerana kerja-kerjanya itu lebih kepada bidang jurutera yang telah aku pelajari di Ireland mengikut kata Hafifi.

   Nazreen pernah berkata bahawa dia tidak dapat mempercayai jurutera yang bekerja dengannya buat masa ini kerana banyak projek-projek mereka yang tergendala atas sebab-sebab yang tidak munasabah dan alasan yang susah untuk Nazreen terima dek kerana tidak berlandaskan logik akal langsung. Jadi, aku mengambil ikhtiar untuk menolong Nazreen mendapatkan projek-projek besar mereka semula atas faktor jurutera yang tidak bertanggungjawab melunaskan tugas dengan betul.

"Ni projek abang kat Damansara, Qay dah check. Abang tak perlu invest lagi sebab pihak belah sana yang tak jalankan tugas dengan betul." Kataku sambil mata masih menumpukan kepada fail keras berwarna hitam yang berada di antara aku dan Nazreen.

"Projek dari syarikat mana ni?" Soal Nazreen mendatar. Aku melihat wajahnya sekilas yang tidak berperasaan itu.

"Ni projek dari Fynn Berhad." Jawabku juga seperti orang yang tidak berperasaan sambil menunjukkan ke arah nama syarikat yang tertera di fail tersebut.

"How about projek saya yang kat Sabah tu?" Soal Nazreen lalu membelek-belek setiap rangka kerja yang telah aku selesaikan sambil terangguk-angguk kecil seolah-olah berpuas hati dengan hasil kerjaku.

"Yang dekat Sabah tu abang kena pergi sendiri jumpa manager dia dekat Kota Kinabalu. Tapi kalau abang nak rangka dia, Qay dah siapkan. Abang nanti kalau nak, ambik sendiri lah dekat bilik Qay ya." Nazreen hanya mengangguk kecil lalu memfokuskan semula perhatiannya pada pekerjaan.

   Tidak sampai 10 minit berlalu, Nazreen masuk ke dalam bilikku. Mungkin kerana dia mahu mengambil fail yang telah aku siapkan mengenai projeknya di Sabah itu. Setengah jam berlalu dan dia masih belum keluar dari bilikku. Jadi, aku mengambil keputusan untuk bangun dari duduk dan berlalu ke bilik. Memikirkan kemungkinan bahawa dia tidak dapat mencari fail tersebut, jadi aku berhasrat untuk menolongnya.

   Sewaktu aku masuk ke dalam bilik, aku melihat Nazreen sedang duduk di atas katil sambil memegang telefon bimbit di tangan kanannya dan di tangan kirinya terdapat vitamin-vitamin untuk kandunganku. Terkejutku bukan kepalang apabila dia terperasankan kehadiranku dengan menunjukkan riak wajahnya yang agak tegang. Aku mendekatinya sambil tunduk menekur lantai.

"Apa ni?!" Soal Nazreen dengan nada suaranya naik seoktaf.

🌸🌸🌸

Nazreen Fawwaz

   Aku duduk melakukan kerja sambil memandang wajah seri Qayra. Beginilah rutin harian kami berdua. Berbual hanya apabila benar-benar perlu. Dia akan menolongku untuk melunaskan kesemua tugas-tugas yang terlibat dalam bidangnya.

   Betapa aku rindu wajah Qayra yang semakin hari semakin berseri. Suaranya yang lunak sentiasa melembutkan hati dan dia tidak pernah melenting jika aku mendesak atau apa jua perkara yang aku akan kata padanya. Aku memandang wajahnya berkali-kali ketika dia terlalu fokus melakukan kerja. Setiap kali itulah aku dapat melihat wajah manisnya tanpa kami bergaduh walaupun hanya sesaat.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now