Qayra Haufia
Aku terjaga daripada lena yang panjang. Kepalaku masih berpinar-pinar namun aku gagahkan diri untuk bangun dan melihat keadaan sekeliling. Lampu ceiling menerangi cahaya bilik. Suasana di dalam bilik itu seolah-olah di hospital. Aku segera mengangkat tangan kiri yang dicucuk IV drip bagi menambah air di dalam badan.
Kejadian semalam kembali terimbas dalam kotak ingatan aku apabila Dayana menolak bahu aku dengan begitu kasar sekali sehingga menyebabkan aku jatuh dari bangsal dan kepalaku terhantuk kuat di batu yang berada tepat di hadapan. Darah juga mengalir dari celah kelengkangku. 'Baby?' Aku tersedar bahawa terdapat nyawa lain di dalam badanku. Aku segera memegang perut lalu menjerit kuat kerana sakit di bahagian rahim serta kepala serentak menyerbu.
Kerana jeritan kuatku, seorang doktor dan dua orang jururawat yang lengkap dengan uniform masing-masing menerjah masuk ke dalam bilikku. Aku setia menjerit kerana risau akan terjadi apa-apa pada anak yang berada di dalam kandungan.
"Doktor! Doktor! Anak saya. Anak saya okay kan doc?" Aku menempelak doktor perempuan yang bertudung tersebut sekuat hati. Dia memegang lenganku sambil cuba untuk membaringkanku namun aku masih menjerit seperti orang yang terkena histeria.
"Puan Qayra bawak bersabar puan. Ya Allah puan, bawak mengucap. Ingat Allah yang lebih berkuasa tu puan." Kata doktor itu sambil masih memegang lenganku erat. Aku pula sudah mula penat dan akhirnya mengalah. Aku mengongoi di bahu doktor tersebut dan dia mengusap belakang tubuhku perlahan. "Puan Qayra, awak keguguran. Saya harap awak boleh bersabar dengan apa yang Allah dah takdirkan untuk kita." Tangisanku semakin kuat kedengaran di ruang bilik itu.
Dua orang jururawat tadi keluar namun doktor itu masih setia memujukku. Pada waktu itulah kelibat Nazreen masuk ke dalam bilik dengan muka yang begitu hampa sekali. Di sebelahnya pula, Hafifi dan umi yang sedang mengelap air mata silih berganti. Kepalaku menjadi lebih sakit apabila aku terkenangkan kejadian sebelum aku kemalangan.
'... Qay berbintikan Abdullah sebab Qay bukan anak sah taraf.'
'Qay anak daripada hasil hubungan terlarang mama dengan abang tiri mama, Edward.'
'Aku tak perlukan kau sebagai suami. Dan kau pun tak perlukan aku sebagai isteri.'
'And for you Naz, thanks sebab jaga I walaupun kejap. I tak sangka dalam masa yang singkat I boleh jatuh cinta dengan you.'
Aku memegang kepala yang semakin berdenyut seperti hendak meletup. Wajah bimbang doktor serta mereka bertiga yang turut berada dalam bilikku jelas terpancar. Suara-suara mereka tenggelam dengan memori-memori lama yang berlegar-legar di ruang kepala. 'Aku dah ingat semula ke?' Berkali-kali aku mengasak soalan itu sehingga suara Nazreen, Hafifi, umi serta doktor tidak kedengaran.
Tangisan dan suara bercampur-baur sehingga menyebabkan aku menggeleng-gelengkan kepala ke kiri dan ke kanan kerana terlalu tertekan. "Keluar! Keluar! Keluar!" Jeritku berkali-kali ke arah Nazreen, Hafifi dan umi. "Aku taknak tengok muka korang. Keluar! Keluar! Arghhhhh ..." Doktor yang masih di sisi meminta untuk mereka bertiga keluar dari bilik. Doktor memberiku suntikan syringe di lengan kiri dan aku kembali penat dengan jeritan dan tangisan sedari tadi yang tidak berhenti-henti. Akhirnya aku terlena semula dalam masa yang singkat.
🌸🌸🌸
Aku bangun dan melihat sekeliling sekali lagi. Kepala juga sudah semakin berkurangan sakit yang menghentam dari awal pagi. Aku menoleh sekilas ke arah jam dinding yang telah menginjak ke angka 9.30 malam. Aku tidak sedar berapa lama aku terlena tapi syukurlah kerana aku berasa lebih segar daripada sebelum ini.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Ficțiune adolescențiQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...