Qayra Haufia
Sewaktu aku keluar daripada bilik untuk melihat Nazreen pergi kerja, keretanya sudah tiada di halaman rumah. Aku berasa pelik kerana tidak mendengar keretanya dan melihat keadaan di luar yang masih gelap walaupun sudah pukul 7 pagi. Aku mengeluh perlahan memikirkan sikap Nazreen yang kemungkinan masih marahkanku atas sebab Johan menemaniku bersiar-siar bersama dengan umi dan babah semalam.
Aku berlalu ke bilik air bagi membersihkan diri. Setelah siap aku duduk di ruang tamu kerana tidak dapat menyambung tidur semula memandangkan aku juga masih di dalam keuzuran. Kebiasaannya aku akan merehatkan badan kerana terlampau sakit akibat daripada senggugut yang menyerang tidak kira walaupun sudah 2 atau 3 hari berlalu sejak aku keuzuran. Tetapi kali ini aku tidak dapat melelapkan mata memandangkan masih terfikir sikap Nazreen yang seperti perempuan itu.
🌸🌸🌸
Hari ini adalah hari pertama untuk aku mencuba keluar daripada rumah dengan memakai tudung. Aku mengenakan kemeja perempuan yang labuh berwarna biru tua sehingga paras lutut berserta skinny jeans putih dan juga dipadankan dengan shawl putih mengikut di youtube cara pemakaian shawl yang masih menutup dada. Setelah melihat persiapan diri sekali imbas di cermin, aku mengangguk kecil sambil tersenyum kerana terlalu berpuas hati. Aku hanya mengenakan solekan yang nipis untuk menutup wajah pucatku.
Senarai barang yang perlu aku beli, aku ambil di atas meja selepas menyemak beberapa kali untuk melihat barang apa lagi yang belum ditulis untuk dibeli. Aku menapak keluar dari bilik dan menutup segala suis yang terpasang di rumah untuk membeli barang di bandar yang mungkin mengambil kira-kira setengah jam untuk ke sana.
Aku masuk ke dalam Lamborghini setelah lama tidak diusik sejak kali pertama sampai ke sini lagi. Walaupun kereta ini ditutup, namun harus dijaga dengan rapi memandangkan Hafifi mengatakan bahawa kereta ini adalah milik arwah papa. Manakala kereta kepunyaanku sudah berkecai akibat kemalangan tempoh hari.
Sebelum aku memulakan perjalanan, aku sempat menulis whatsapp kepada Nazreen mengatakan bahawa aku akan ke bandar untuk membeli barang dapur. Namun apabila 10 minit aku menunggu, masih tiada balasan. Aku berasa hampa. Niatku untuk ke bandar mula terbatal jika Nazreen tidak mengizinkan untukku keluar rumah. Saat aku buka pintu kereta untuk keluar, nada mesej masuk dari aplikasi whatsapp berbunyi. Aku segera melihat gerangan orang yang menghantar mesej. Aku tersenyum apabila melihat mesej tersebut yang datangnya dari Nazreen.
Okay. -Nazreen
Walaupun hanya satu perkataan sahaja namun mampu untuk memberikan aku bermacam jenis perasaan terutama sekali kesyukuran kerana dia mempercayai aku untuk ke bandar. Aku menutup aplikasi whatsapp dan menekan pula aplikasi waze supaya dapat memberiku tunjuk ajar untuk ke bandar.
Aku mengikut waze itu dan tiba di sebuah pasar yang cukup besar. Aku memarkirkan kereta jauh daripada pasar kerana tidak mahu orang mengatakan bahawa aku berlagak. Setibanya di sana, aku segera memilih beberapa jenis ikan serta seafood, membeli ayam dan daging untuk beberapa kilo serta sayur-sayuran yang segar seperti dibaja dengan baik untuk menghasilkan sayuran yang kelihatan menghijau dengan cantik.
Setelah itu, aku mula bergerak ke bandar untuk mencari supermarket bagi membeli beberapa barang untuk dibuat masak ala Western dan ala Thai. Memandangkan sepanjang aku cuba mengenali Nazreen ini, setiap kali dia menjamu selera dia lebih tertumpu kepada makanan pedas. Jadi aku berniat untuk membuatnya makanan ala Thai yang pedas-pedas.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Novela JuvenilQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...