Qayra Haufia
"Assalamualaikum Nazreen. Oh Nazreen!" Aku sempat menjeling jam sekilas. Angka telah menunjukkan 8 pagi. Suara maksu kedengaran di luar rumah memanggil nama Nazreen yang sedang membersihkan diri selepas aku memberitahunya bahawa aku telah membuat sarapan untuk kami makan bersama.
"Waalaikumussalam." Aku menjawab salam maksu lalu membuka pintu rumah perlahan-lahan. "Maksu. Eh Dayana pun ada sekali." Mataku terus tertumpu pada seorang lelaki yang berkulit sawo matang. Rambutnya berwarna hitam asli namun anak matanya hazel seperti kami.
"Hai Qayra!" Ucap lelaki tersebut riang. Maksu di sebelah hanya menjeling sahaja lelaki tersebut.
"Hai! Maaf lah saya tak ingat. Awak ni siapa?" Lelaki itu tertawa kecil.
"Saya Johan lah. Anak maksu awak. Kita kan sepupu." Maksu di sebelahnya segera memukul lengan lelaki itu yang dikenali sebagai Johan. "Apa ni mak?!" Dengus Johan sambil mengusap-usap lengannya.
"Dia bukan anak saudara aku. Dia bukan anak pak ngah. Dia anak haram." Jelas maksu merobek hatiku sedikit demi sedikit. Aku hanya menahan air mata daripada jatuh apabila melihat Dayana yang tersenyum sinis itu.
"Mak tak baik lah cakap macam tu! Dia ni cousin Jo lah tak kira lah mak suka ke tak." Ujar Johan bengang.
"Qayra taknak suruh kitorang masuk ke?" Tanya Dayana dengan sopan-santunnya lalu maksu mencuit bahunya perlahan sambil membisikkan sesuatu di telinganya.
"Anak haram memang lah tak beradab. Dari dulu lagi pun." Bisikannya itu dianggap tidak kedengaran namun aku mendengar kata-kata maksu itu jelas dan nyata.
"Jemput lah masuk. Qay pun dah buat breakfast. Nazreen tengah mandi." Ujarku perlahan sebelum mengetepikan diri untuk memberi mereka laluan masuk. Aku menutup pintu rumah dan membuka kesemua tingkap untuk memberi laluan kepada angin dan supaya dapat melihat pemandangan yang cantik di luar yang penuh kehijauan tidak seperti di bandar.
"Awak masak apa Qay?" Soal Johan lembut.
"Qay buat spaghetti goreng je. Qay masih belajar buat masakan melayu." Balasku malu-malu kerana kurang pengetahuan tentang hal masakan.
Ketika itu Nazreen memunculkan diri lalu dia menjeling tajam ke arah Johan yang berdiri di sebelahku. "Awak dah hidang makanan belum Qay?" Soal Nazreen tegang.
"Ah em kejap." Aku segera berlalu ke dapur untuk menghidangkan spaghetti goreng ringkas yang aku buat selepas bangun tidur sebentar tadi lalu dibawa ke ruang makan.
Nazreen sedang duduk di paling penjuru manakala maksu di sebelah kanannya dan Dayana di sebelah kirinya. Johan di sebelah kiri maksu. Aku meneguk air liur yang terasa kesat kerana terasa seakan-akan deja vu berlaku sewaktu kami berada di rumah umi. Kerana tiada pilihan lain aku duduk di sebelah kanan Dayana dengan payahnya.
"Rezeki Naz lah kalau dapat kahwin dengan Yana. Hari-hari dia boleh masakkan untuk Naz. Takda lah makan masakan barat je 24 jam." Ujar maksu sinis sambil memandangku sekilas.
"Dayana masak abang nasi goreng harini." Sambut Dayana ceria sambil mencedokkan nasi goreng ke atas pinggan Nazreen.
"Takpa Qay. Saya pun dah lama tak makan ala-ala Western gitu. Saya ambik yang ni je." Johan yang berhadapan denganku menyampuk lalu dia mencedokkan spaghetti itu ke dalam pinggannya.
"Jo ni kenapa?!" Bentak maksu.
"Jo baik awak ambik makanan yang Dayana dah buat tu. Penat dia. Takpa, spaghetti ni kejap lagi pun saya boleh panaskan. Makan sampai petang pun takpa kan. Yalah saya still belum beli barang dapur. It's okay awak makan Dayana punya masakan tu. Kesian dia, buat penat je dia masak." Ujarku kepada Johan cuba untuk menarik pinggannya namun dia merampas pinggannya semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...