35. Jatuh.

15.1K 406 8
                                    

Qayra Haufia

   Aku pulang dari restoran dengan hati yang berdebar-debar. Sewaktu naik ke rumah, Dayana dan maksu di hadapan televisyen sedang menonton drama bersiri. Kelibat Nazreen tidak kelihatan di ruang tamu itu. Aku hanya mengangguk kepada mereka berdua tanda hormat lalu berjalan masuk ke dalam bilik setelah mengajak Johan untuk masuk ke dalam rumah memberinya peluang untuk lepak beberapa jam sebelum dia bergerak pulang semula ke rumah pusaka.

   Sesampai di bilik, aku melihat Nazreen juga tiada di sana. Namun bunyi air dari dalam bilik air yang mencurah-curah menandakan dia sedang membersihkan diri. Waktu juga menginjak ke Asar, mungkin dia juga sedang bersiap untuk menunaikan solat fardhu wajib yang dituntut. Aku melangkah ke arah luggage dan mengambil kesemua pakaian di dalam almari untuk dibawa ke bilik tetamu yang lain. Aku tahu jika duduk satu bilik dengan Nazreen sudah pastinya dia tidak selesa, jadi aku membuat keputusan untuk berpindah bilik memberinya ruang.

"Awak buat apa tu?" Soal Nazreen yang hanya bertuala di pinggang. Aku masih setia mengemas tanpa mempedulikannya yang semakin dekat di sisi. Nazreen duduk di atas katil bersebelahan dengan luggageku. Namun aku hanya membuat tidak tahu dengan kehadirannya.

   Sejak-sejak aku mengandungkan anaknya ini, aku sentiasa berasa ingin bermanja dengannya. Duduk dekat dengannya dan bau dari badannya yang boleh mendebarkan jiwa namun kerana apa yang sudah terjadi sebentar tadi, membuatkan aku rasa hilang kepercayaan terhadapnya kerana sikap dia yang lebih mementingkan orang lain berbanding isterinya sendiri.

"Qay kemas baju. Nak pindah bilik." Kataku ringkas masih tidak mempedulikan wajah Nazreen yang berkerut kehairanan. Wajahnya tidak menunjukkan seperti kami bergaduh sahaja dan hatiku menjadi lebih mendidih.

"Qay ..." Nazreen memegang pergelangan tanganku menghentikan aku yang masih sedang ligat mengemas. "Awak tak payah pindah bilik. Tidur sini je. Saya tidur atas sofa kalau awak tak selesa." Kata Nazreen perlahan lalu melepaskan pergelangan tanganku. Panggilannya padaku juga masih tidak berubah. Aku menahan hati daripada menangis namun aku mahu menjadi kuat di hadapannya.

"It's okay. Qay taknak abang rasa tak selesa duduk kat dalam bilik sendiri." Nazreen bangun lalu bercekak pinggang. Dia memegang bahuku kasar supaya aku dapat menghadapnya.

"Awak tak faham ke atau buat-buat tak faham? Awak jangan bagi saya serabut boleh tak?" Aku mengecilkan mata menyuruhnya untuk menyambung semula kerana aku benar-benar tidak faham perangainya yang sentiasa berubah mengikut angin. "Saya nak jaga baby dalam kandungan tu. Tu anak saya. Tanggungjawab saya. Kalau awak taknak saya kisah pasal awak then fine! Tapi saya nak jaga anak saya." Aku meneguk air liur yang terasa kesat mendengar suara Nazreen yang naik seoktaf.

"Suka hati abang lah. Qay malas nak gaduh." Aku segera bangun lalu berjalan ke bilik air.

   Aku bersandar di pintu bilik air dan menangis semahu-mahunya kerana memikirkan sikap Nazreen pada hari ini dia baik dan esoknya dia menjadi Nazreen yang aku kenal semula. Tidak pernah sehari pun kami tidak bergaduh melainkan apabila dia mendapat tahu aku mengandungkan anaknya.

   Itu sahajalah saat-saat bahagiaku apabila dia melayanku tidak ubah seperti seorang puteri. Namun sekarang dia berubah menjadi Nazreen lama walaupun dia tidak mendengar dulu penjelasanku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan mengambil wudhu bagi menenangkan hati yang sedang sakit dengan kemarahan yang disimpan namun tidak dapat dilepaskan.

🌸🌸🌸

   Belakang badanku terasa sakit-sakit seiringan dengan kepala yang semakin memberat. Namun aku gagahkan diri untuk melayan Johan yang ajak berbual di ruang tamu. Pandangan mata Nazreen, maksu dan Dayana kami tidak hiraukan kerana mereka juga sibuk berbual mengenai perkahwinan Nazreen dan Dayana yang semakin hampir.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now