11. Hancur.

12.9K 426 7
                                    

Nazreen Fawwaz

Beep. Beep. Beep. Beep.

Aku tersedar apabila terdengar bunyi alarm clock dari iPhone Qayra yang berada di meja lampu. Aku melihat wajah isteriku di sebelah yang sedang baring di lenganku dengan wajah yang tenang. Setiap hembusan nafasnya menyatakan bahawa betapa fragilenya dia sebagai isteriku seperti patung yang akan rosak jika disentuh walaupun hanya sedikit. Nightgownnya yang tersingkap sehingga ke atas paha membuatkanku sedikit tergoda kerana kulit putih bersihnya yang cukup mengghairahkan. Aku mengusap pinggulnya perlahan sambil tersenyum mengenangkannya.

Qayra seorang yang hebat dan kuat di luar namun terlalu lemah dan manja apabila berada bersamaku. Aku semakin menyayanginya dari hari ke hari dengan lenggok tubuhnya yang tidak perlu dibuat seksi namun cukup untuk membuatkanku terliur, bau minty lavender dari badannya, sikapnya yang sering mendekatiku dan tidak ingin berjauhan, kelakuannya yang menghormati orang yang lebih tua darinya.

Namun, dalam setiap kelembutannya masih ada terselit kekerasan dalam sikapnya itu. Aku masih memujuknya untuk menunaikan perintah Allah yang wajib seperti menutup aurat, solat 5 waktu. Qayra agak liat dalam bab-bab sedemikian namun dia berjanji padaku bahawa dia akan cuba berubah dan tidak akan menyentuh minuman keras serta keluar masuk club pada masa yang akan datang.

"Abang." Panggil Qayra dengan nada yang menggoda sambil memandangku. Aku tersenyum dengan panggilan yang diberikan dan mencium rambutnya.

"Bangun sayang. Get ready kita pergi kerja. Lagipun esok weekend kan." Qayra mengangguk kecil sebelum bangun menghadapku. Muka Qayra agak pelik lantas dia menekapkan tangannya ke dahiku.

"Abang demam, Qay tak perasan pun." Wajahnya sedikit kemerahan seperti hendak menangis kerana sikapnya yang terleka itu.

"Takda lah sayang, abang okay je." Kataku perlahan cuba meyakinkannya.

"No! Abang demam ni. Kita pergi klinik eh." Dia meraih tanganku sambil menggoyang-goyangkannya.

"Okay abang janji kita pergi klinik but after balik kerja nanti. Abang promise." Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali tanda protes.

"Tak, tak boleh. Panas ni." Aku memegang pipinya dan bangun dari pembaringan.

"Abang okay je sayang. Abang still boleh buat kerja cuma lambat sikit je. Abang janji abang pergi lepas balik office." Pujukku lagi. Qayra menghelakan nafas perlahan sebelum akhirnya mengangguk lemah.

Kami bersiap untuk pergi ke office pada hari ini. Giliran Qayra yang berdegil untuk memandu kerana katanya dia risau akan kesihatanku yang boleh memudaratkan.

Setibanya kami di office, aku meyakinkan Qayra sekali lagi bahawa aku akan baik-baik sahaja dan dia berlalu ke bilik pejabatnya setelah puas aku memujuk. Aku juga menapak ke bilikku dengan langkah yang lemah. Dayana yang melihat wajahku segera masuk ke blikku tanpa sebarang ketukan.

"Abang, abang okay ke? Nampak pucat je." Soal Dayana yang kelihatan serius itu. Aku menjadi rimas dengan sikapnya namun aku tidak dapat menegah.

"Okay." Jawabku sepatah tanpa menghiraukan reaksinya.

Aku kembali memfokuskan pandanganku kepada kerja-kerja di hadapan. Urusanku diserahkan oleh Qayra kerana dia tidak sanggup untuk menjaga office arwah papa seorang diri walaupun syernya di syarikat ini lebih besar dariku. 3 bulan lagi adikku, Nazreena Fayyash akan pulang dari Rusia setelah menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan. Dia yang akan mengambil alih tempat babah di syarikat Immortal Global sebagai seorang general manager.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now