Epilog.

43.8K 898 98
                                    

Okay guys, ini bab teakhir untuk Harapan Yang Tertunda :') So kali ni, Hidayah akan bagi korang happy-ending macam biasa. Cliche much isn't? So enjoy!

Qayra Haufia

1 tahun kemudian ...

"Hafifi Zainal! Ya Allah, kau buat apa lagi tu? Tok kadi dah sampai lah." Aku memarahi Hafifi yang masih berada di dalam bilik tidurnya yang sudah dihias kemas sebagai bilik pengantin. Wajah Hafifi kelihatan gelabah dan agak pucat seperti tidak berdarah kerana pada hari ini akan terciptanya hari bersejarah Hafifi yang bakal berkahwin dengan seorang lelaki cukup baik dan aku amat kenali.

"Aku nervous lah babe." Kata Hafifi sambil membetulkan tudungnya yang sudah tersedia kemas di atas kepala. Aku hanya menjulingkan mataku ke atas.

"Babe kau keluar pergi duduk belakang bakal laki kau je. Bukannya kau pergi lafaz akad pun. Relax lah. Time aku dulu tak rasa apa pun." Aku menepuk bahunya lembut. Dia bangun dari duduknya dan melihat dirinya di hadapan cermin. Dengan sepersalinan baju serta tudung dan veil yang berwarna putih sutera sudah cukup untuk menambahkan seri pengantinnya.

"Qayra ..." Hafifi memandang mukaku lalu memegang kedua-dua belah pergelangan tanganku lembut. "Thanks untuk selalu ada kat sisi aku."

"Sepatutnya aku cakap benda yang sama kat kau Fi. Sebab aku, kau kena postpone majlis kau. Sebab kau nak tunggu aku sedar kau sanggup buat kerja kahwin last minute. Nasib baik semuanya sempat kalau tak naya aku kena ganti balik semua duit majlis kau." Hafifi tergelak kuat sehingga terdapat air mata yang bertakung di tubir matanya namun dia perlu menjaga supaya air matanya itu tidak menyomotkan eyelinernya.

"Kau kan kaya. Setakat bayar balik ganti rugi tu celah tahi gigi kau je kot." Hafifi menjulingkan biji matanya ke atas. Giliran aku pula yang tertawa.

"Walau apa pun just thanks sebab kau selalu ada untuk aku dari start perjalanan hidup aku waktu zaman sekolah sampai lah aku dah kahwin. Kau tak pernah putus asa dengan persahabatan ni. And kau tak pernah rasa terbeban sebab aku. Thanks sebab kau jadi cermin aku, ada time bila aku susah and senang. Thanks for always being there for me through my thick and thin time. You're really my bestfriend. Kita kawan sampai Jannah, okay?" Aku menghadiahkan Hafifi senyuman yang cukup ikhlas. Dia kelihatan agak tersentuh dengan kata-kataku dan segera menarik nafasnya sedalam yang mungkin.

"Babe kau sahabat aku. Sahabat dunia akhirat. I'm just speechless but you still great and the kindest person I've ever knew walaupun kau ni ego jugak lah." Aku tersengih seperti kerang busuk dan Hafifi sekali lagi menjulingkan matanya ke atas. "And babe aku taknak rosakkan make-up aku or tengok air mata kau lagi. So please jangan lah buat aku leleh sekarang ni."

Belum sempat aku ingin menjawab kata-katanya, bunyi ketukan kuat di pintu kedengaran. "Hafifi!" Aunty Julia menjerit panjang memanggil nama anaknya. "Buat apa lagi tu?! Qayra pun kenapa tak bawak Fifi keluar. Ya Allah budak berdua ni."

"Sorry aunty." Aku menggarukan kepala yang tidak gatal. Aunty Julia mencubit manja lenganku dan Hafifi.

"Cepat lah Fi! Qayra!" Aunty Julia keluar dari bilik dengan dengusan yang kasar. Tahu lah aku bahawa aura ibunya sudah datang jadi dia bersikap agak tegas sedikit.

Harapan TertundaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang