Qayra Haufia
Akhirnya hujung minggu menjelang tiba. Hafifi yang mengenakan baju kurung cotton lembut berbunga kecil menggenggam lembut tanganku di sebelah yang cuba untuk menyelesakan diri ketika duduk di atas bantal khas buat pengantin di ruang tamu yang luas di banglo mewah papa.
"Aku terima nikahnya Qayra Haufia binti Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak RM100,000 tunai." Akhirnya, Nazreen Fawwaz telah sah menjadi suamiku.
"Sah."
"Sah."
"Alhamdulillah."
Setelah membaca doa bagi lafaz syukur untuk kami berdua. Nazreen menoleh ke belakang memandang aku yang di dalam sepersalinan kain sutera berwarna putih kekuningan berserta selendang yang mempunyai batu-batu mutiara di sekelilingnya. Dia menghampiriku bersama sekotak cincin yang berbentuk hati yang diperbuat daripada marquise diamond yang berpuluhan ribu di atas kotak baldu berwarna navy blue untuk pembatalan air sembahyang kami berdua.
Aku menghulurkan tangan supaya memudahkan urusannya untuk menyarungkan cincin tersebut seraya menyalami kedua-dua belah tangannya tanda hormat akan dirinya. Aku merasakan tangannya yang sedikit menggeletar dan sejuk. Namun aku abaikan rasa itu apabila dia tunduk mencium dahiku lama. Satu perasaan yang aku tidak dapat gambarkan apabila dia tidak mengalihkan ciumannya sehingga lah mak long iaitu mak mentuaku menegur perlakuannya.
"Nazreen sambung cium nanti. Sekarang ni sesi bergambar kita satu family. Jom Qay." Aku merasakan pipiku sedikit berbahang dengan tegurannya. Nazreen berdehem beberapa kali untuk mengusir perasaan malu yang bertapa. Mak long yang sekarang aku gelar sebagai umi menarik lenganku dengan lembut lalu menuju ke mini pelamin yang diletakkan di ruang tamu untuk sesi photography bagi menyemat kenangan pernikahan ini.
Papa yang sudah berada di hadapan mini pelamin itu sedang berbual dengan beberapa orang tetamu yang turut dipanggil bagi memeriahkan majlis perkahwinan aku dan Nazreen. Kelihatan wajah tuanya yang penuh dengan senyuman namun jelas tergambar kesedihannya.
Aku menyatakan persetujuan kepadanya beberapa hari lepas untuk menerima keputusan perkahwinan ini. Namun, aku menetapkan pendirian bahawa tiada persandingan yang akan dilakukan kerana perkahwinan ini bukannya datang daripada orang yang aku cintai. Papa hanya mengangguk bersetuju mengiakan permintaanku tanpa berkata apa-apa.
Lamunanku terhenti apabila Nazreen menyulamkan jari-jemarinya lalu menarikku ke mini pelamin tersebut. Aku duduk di atas kerusi pelamin yang diletakkan bantal di atasnya untuk menyelesakan pengantin. Aku hanya menghadiahkan senyuman tipis untuk setiap foto yang diambil. Hafifi yang berada di hadapanku hanya tersenyum kecil kerana dia mengetahui bahawa perkahwinan ini bukan lah sesuatu yang aku impikan namun dia tetap berdiri di sisi untuk memberikan kekuatan kepadaku.
Setelah penat seharian kami melayan tetamu yang sudah beransur pulang, aku meminta diri untuk naik ke atas bagi membersihkan diri dan berehat. Ibu bapa Nazreen dan papa membenarkan aku untuk naik ke bilik tidurku kerana faham akan keadaanku yang letih. Nazreen yang sedang melayan tetamu tidak aku endahkan lalu aku mengatur langkah menuju ke bilik tanpa menyapanya.
Sesampai aku di bilik tidur, aku membuka selendang dan pakaian lalu dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotorku. Aku menuju ke bilik air dan berendam di dalam tub mandian yang berisi wangian minty lavender iaitu bau kegemaranku untuk membersihkan segala kotoran yang ada serta menyegarkan tubuhku. Aku mengambil masa yang lama untuk mencuci rambutku kerana spray yang digunakan untuk menyanggul rambutku telah lama dibiarkan. Aku menyarung fluffy bathrobe berwarna merah jambu menuju ke bilik tidur tanpa menyedari kehadiran makhluk lain yang turut berada di dalam bilik tersebut.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...