8. Kata Hinaan.

14.2K 435 1
                                    

Qayra Haufia

Hujung minggu sudah tiba. Jadi ini bermaksud aku dapat merehatkan badan setelah seminggu berhempas-pulas berperang di pejabat untuk mendapatkan project dari Aurora Entertainment. Aku hanya baring di atas katil walaupun waktu telah menginjak ke 11 tengahari. Aku masih tidak berniat untuk bangun kerana tubuhku yang sedikit letih walaupun hakikat sebenar aku bukanlah seorang wanita yang pemalas dan bangun lambat.

"Sayang." Aku terkejut apabila Nazreen menegur aku yang sudah pun duduk di birai katil sambil memandang tubuhku yang hanya mengenakan gown satin yang nipis. Aku menarik comforter untuk menutup tubuhku yang terdedah sebelum berdehem menyedarkan Nazreen yang masih leka memandangku.

"Bila awak masuk? Saya tak perasan pun." Nazreen tersenyum nipis memandangku. Benar. Sudah sebulan berlalu aku di Malaysia. Sebulan juga hubungan aku dan Nazreen semakin hari semakin baik. Namun aku masih juga berhati-hati kerana gusar perasaan lamaku kembali terluka kerana kisah lama.

"Abang dah ketuk, Qay tak jawab. So abang masuk jelah." Jawab Nazeeen ringkas.

"Sorry. Penat sikit." Nazreen hanya mengangguk kecil sebelum kembali bersuara.

"It's okay sayang. Abang ingat nak pergi rumah umi. Jom sayang." Ajak Nazreen. Aku hanya memandangnya lama sebelum mengangguk mengiakan permintaannya.

"Saya bersiap dulu. Awak tunggu saya kat bawah." Nazreen tersenyum lalu bangun dari duduknya dan keluar daripada bilikku.

Aku bangun untuk membersihkan diri dan bersiap kerana berhajat untuk mengikut Nazreen ke rumah umi. Aku hanya mengenakan skinny jeans berwarna kelabu dan dress tanpa lengan berwarna perang yang mempunyai corak bunga ros yang kecil-kecil berwarna kelabu berserta cardigan. Rambut ikalku diikat menjadi ponytail. Aku melihat sekali lagi penampilanku di hadapan cermin panjang di bilikku sebelum mencapai beg tangan menuju ke bawah.

Nazreen yang sedang duduk sambil menghadap smartphonenya nampak segak dengan sepersalinan baju-T putih polonya dan seluar khakinya yang berwarna sea green. Dia yang perasan akan kehadiranku bangun sambil memandangku dengan senyuman yang lembut di wajahnya. Aku hanya membalas semula senyumannya sebelum memandang ke tempat lain untuk menghilangkan rasa debar di hati apabila terpandang akan wajahnya yang semakin hari semakin kacak.

"Jom sayang." Nazreen menarik pergelangan tanganku menuju ke kereta Porschenya.

Perjalanan kami hanya ditemani alunan muzik terkini di channel hitz fm. Aku hanya membuang pandang keluar tingkap. Nazreen pula hanya memfokuskan pemanduannya ke jalan raya sambil sesekali mengerling wajahku. Nazreen masuk ke halaman rumah umi dan meletakkan kenderaan di sebelah kereta yang amat aku kenali iaitu maksu. Hatiku menjadi tidak sedap apabila dia turut bersama di rumah umi. Kami keluar sambil Nazreen memimpin tanganku tanda memberi kekuatan kerana dia tahu bahawa maksu tidak menyukaiku semenjak dariku kecil lagi.

"Assalamualaikum." Aku dan Nazreen memberi salam dengan serentak kepada orang yang berada di rumah. Kelihatan umi, babah, maksu, paksu dan yang paling mengejutkan Dayana. Aku diperkenalkan oleh Nazreen bahawa Dayana merupakan anak saudara kepada paksu. Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sewaktu dia berusia 12 tahun. Jadi paksu dan maksu yang bertanggungjawab untuk menjaga Dayana memandangkan paksu hanya mempunyai 2 beradik dan Dayana adalah anak tunggal.

"Waalaikumussalam." Aku menuju ke arah semua untuk menyalami mereka. Namun kehadiranku seperti diduga tidak menyenangkan hati maksu yang sememangnya membenciku. Aku juga tidak mengetahui apa punca sebenarnya tetapi aku hanya pendam tanpa banyak bunyi.

"Kau buat apa kat sini?" Soal maksu sedikit kasar. Dayana yang berada di sebelah hanya memandang sinis.

"Dia wife Naz. Mestilah dia dengan Naz." Jawab Nazreen kurang senang dengan pertanyaan maksu.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now