46. Penyakit Qayra.

26.8K 542 19
                                    

Nazreen Fawwaz

"Kau sorrokkan apa dari aku Fin?" Soalku cuba untuk mengumpul kekuatan apabila melihat Qayra yang sudah masuk ke dalam bilik pembedahan.

"Pembedahan tu lama lagi nak habis. Apa kata kita pergi cafeteria and aku akan terangkan semua sekali?" Cadang Afrina dengan air mukanya yang juga masih sedih.

   Afrina bangun dari duduknya tanpa menunggu jawapanku dan terus berlalu. Aku mengikutnya dari belakang kerana aku tahu destinasi kami akan terus ke cafeteria. Kami menaiki lif memandangkan cafeteria berada di aras bawah. Setelah kami berdua membuat pesanan, aku dan Afrina bergerak di salah satu meja yang lebih privacy berbanding pelanggan-pelanngan lain yang kemungkinan besar adalah pewaris pesakit dan ada juga kakitangan hospital di sini.

"So apa sebenarnya yang dah jadi Fin?" Soalku cuba untuk memecahkan kesunyian antara kami berdua. Afrina mengeluh perlahan sebelum bersandar di kerusinya sambil memandang wajahku lama.

"Kau tahu kan dia pernah accident before this?" Aku hanya mengangguk perlahan mengiakan pertanyaannya. "Accident dia tu bagi affect yang teruk kat dia Naz. Kau ada nampak tak apa-apa yang pelik pada dia waktu dia duduk kat Kota dulu?" Wajah Afrina menyoalku lebih kepada untuk meneka sama ada aku alert ataupun tidak mengenai kesihatan Qayra. Kerana pada wajahnya, dia sudah tahu kesemua hal yang berkaitan tentang penyakit sebenar Qayra.

"Aku selalu nampak dia pening. Kerap sangat Fin. Muka dia pucat lesi macam tak berdarah." Afrina mengangguk perlahan.

"Baguslah kalau kau nampak. Itulah sakit dia yang sebenar." Kata Afrina tenang.

"What do you mean?" Aku menyilangkan tangan ke dada dengan wajah yang berkerut. Afrina hanya mendengus kasar.

"Salah kau, kau tak pernah bawak dia pergi jumpa doktor even kau nampak dia macam tu kan?" Nada suara Afrina mula naik seoktaf. Mujurlah kami berdua duduk di tempat yang lebih privacy jika tidak pasti kesemua pengunjung di cafeteria membuat andaian bahawa kami mempunyai masalah rumahtangga.

"Aku tahu aku salah Fin. Sebab tu aku datang sini nak tebus semua kesalahan aku dekat Qay. Aku cintakan dia Fin."

"So kau ingat kalau kau datang sini semua kesalahan kau dah tertebus?" Afrina masih lagi dalam mood untuk mencari pergaduhan.

"Aku tahu Fin semua benda tak boleh nak diperbetulkan. Sebab tu lah aku datang sini. Aku nak dia tahu aku takkan tinggalkan dia dalam senang or susah dia. Aku tahu aku banyak buat dosa dengan dia. Aku tak kisah kalau dia tak cintakan aku lagi tapi aku nak dia maafkan aku." Aku membuang pandang ke arah lain mengelak dari memandang wajah keruh Afrina.

"Dia sakit teruk Naz. Keajaiban je yang kita boleh harapkan supaya Qay selamat daripada pembedahan ni." Suara Afrina mula terketar-ketar menambahkan lagi risauku yang semakin menggila.

"Dia sakit apa Fin?" Soalku berhati-hati supaya Afrina tidak menangis di sini juga.

"Dia ada darah beku dalam otak dia Naz." Aku segera beristighfar apabila mendengar pengakuan Afrina. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku ingin jatuh tersungkur ke bumi mendengar ayat itu. "Dia rahsiakan dari semua orang termasuk lah Fifi pasal penyakit dia. Dia cakap dia dapat tahu time tu doktor yang rawat keguguran kali kedua yang bagitahu. Sebab tu lah kau nampak dia selalu pening.

   Hentakan pada kepala dia time accident dulu buat darah dia jadi berketul. Ketulan darah tu kena buang Naz. Sebab kalau tak, dia akan berkumpul and merebak terus tutup well-function otak dia. Dia akan lumpuh sepenuh badan. Dia takkan mampu bercakap dengan kita lagi. Dan dia takkan mampu sedar macam manusia lain." Panjang Afrina jelaskan. Air matanya juga semakin lebat membasahi pipinya.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now