30. Berita Baik.

13.6K 417 6
                                    

Qayra Haufia

   Sudah hampir sebulan sejak kejadian antara aku dan Nazreen berlalu. Hubungan aku dan Nazreen kekal dingin seperti biasa. Kami akan bercakap apabila perlu dan begitu juga lah dengan rutin harian kami. Setiap pagi, aku akan menguruskannya sebelum pergi kerja. Aku akan berjumpa dengannya apabila malam mula menjelma. Jika tidak, dia akan hanya tidur di rumah maksu sahaja. Tarikh perkahwinannya dengan Dayana juga semakin dekat. Dan aku juga semakin hari semakin redha dan mula menerima bahawa tidak lama lagi Dayana akan menjadi maduku.

   Hafifi juga kerap kali datang ke sini. Umi dan babah juga pernah tidur di sini beberapa kali. Aku juga mendapat tahu bahawa hubungan maksu dan paksu tidak seperti dahulu sebelum mereka menjaga Dayana. Namun aku tidak mengambil pusing semua itu kerana aku hanya menumpukan kepada ingatanku. Hafifi lah yang setia membantuku tanpa merungut. Aku faham dia juga mempunyai kehidupan sendiri jadi aku tidak boleh menyusahkannya setiap masa.

   Aku berdiri di hadapan cermin untuk melihat sendiri penampilanku. Aku dapat melihat sepanjang bulan ini badanku juga semakin berisi. Dengan blouse bercorak bunga ros dipadankan dengan tudung dan seluar palazo berwarna merah. Aku mencapai beg tangan dan berlalu keluar untuk ke klinik bagi menyemak kesihatanku sepanjang bulan memandangkan aku juga pernah terlibat dalam kemalangan jadi aku perlu mengambil langkah berhati-hati serta akan ke pasar membeli barang-barang dapur yang diperlukan. Akhirnya aku tiba di destinasi yang ingin aku tuju.

   Sewaktu aku ingin masuk ke dalam market untuk membeli barang-barang dapur, aku terserempak dengan ustazah Aishah dan seorang wanita dalam lingkungan 70-an. Wanita tua itu memakai tongkat dan berpimpin tangan dengan ustazah Aishah. Aku pernah ternampak dengan wanita tua itu tapi tidak pernah menegur kerana dia kelihatan terlampau uzur untuk mengajaknya berbual jadi aku hanya membiarkannya bersama-sama dengan rakan-rakan yang sama baya dengannya sahaja.

"Ustazah." Aku cium bersalaman dengan ustazah Aishah dan mencium pula tangan wanita tua itu. Wanita tua itu tersenyum tipis.

"Qay! Ya Allah tak sangka ustazah jumpa awak kat sini." Kata ustazah dengan begitu ramah sekali. "Kenalkan ni mak ustazah, Jamilah." Ustazah memperkenalkan aku dengan wanita tua itu yang masih memandang ke hadapan seperti tidak berminat dengan perbualan kami. "Maaf lah mak ustazah ni memang macam ni dah tua-tua kan, dia dah malas nak berbual sangat."

"Takpa ustazah. Saya faham. Biasa lah tu." Balasku sambil masih memandang wajah wanita tua itu.

"Kamu dah kahwin ya?" Soal wanita tua yang bernama Jamilah itu.

"Ya nek." Aku menjawab dengan ringkas tidak berminat dengan ke mana hala tuju perbualan ini akan berlangsung. Aku tidak memakai cincin perkahwinan aku dan Nazreen tetapi bagaimana nenek tersebut tahu bahawa aku sudah berkahwin?

"Kamu ada isi." Kata nenek itu ringkas namun matanya masih setia memandang jalan. Aku mengerutkan kening memandang ustazah Aishah.

"Maksud mak ustazah tu, Qay ada nyawa lain dalam ni." Kata ustazah Aishah sambil mengusap perlahan perutku. Aku tersenyum kecil sambil memandang mereka dengan riak yang masih keliru. "Mak ustazah ni dulu bidan kampung. Jadi dia tahu perempuan yang dah ada isi." Terang ustazah lagi apabila melihat aku yang kaku tidak berganjak mendengar berita baik itu.

"Tapi Qay tak muntah-muntah." Jawabku masih pelik.

"Qay datang bulan tak?" Aku terfikir sejenak dan barulah aku teringat bahawa bulan ini aku masih belum datang bulan. Aku merasakan ia hanya perkara biasa mungkin kerana hormon yang berlaku. "Qay pergi lah check ya sayang. Ustazah mintak diri dulu nak hantar mak ustazah. Nanti datang lah surau semula ya."

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now