Nazreen Fawwaz
Sudah 8 bulan berlalu sejak Qayra masih lagi menggunakan mesin bantuan pernafasan. Dia juga masih belum melepasi tahap kritikal dengan komanya itu namun dia sudah ditempatkan di ward VIP yang besar dan luas bagi keselesaannya dan juga pelawat-pelawat yang hadir. Kesemua ahli keluarga sudah melawat Qayra termasuk lah mama kandungnya yang kerap berulang alik dari UK ke Istanbul. Tidak dilupakan juga maksu sekeluarga yang rajin datang ke sini untuk melihat sendiri perkembangan Qayra namun Qayra masih tetap sedemikian rupa.
Kata maksu, Dayana sudah memulakan kehidupannya sebagai seorang model di pentas peragaan dari agensi terkenal dan telah membuka tudungnya sehingga menjadi popular hingga ke peringkat antarabangsa dan akan berkahwin dengan seorang anak datuk. Syukurlah kerana dia sudah tiada di dalam cerita hidup aku dan Qayra. Namun begitu masih ada lagi terasa sikap Dayana yang tidak ubah seperti manusia hipokrit sahaja. Dia juga tidak menunjukkan keinsafan walaupun sedikit.
Aku juga kerap berulang alik dari Malaysia ke Istanbul pada hujung minggu setiap bulan untuk melihat peningkatan syarikat babah dan Qayra yang ditunjukkan. Syukurlah ada Nazreena dan Syahfizi yang masing-masing menguruskan syarikat yang sudah dipertanggungjawabkan. Aku tetap membuat kerja-kerja pejabat tidak kira di mana jua sama ada di apartment yang terletak berdekatan dengan apartment Afrina ataupun di hospital.
Ya, aku menyewa di sebuah apartment kerana tidak mahu menyusahkan Afrina yang sudah mempunyai keluarga dan sekarang ini telah disahkan mengandung. Usia kandungannya juga sudah mencecah 5 bulan. Aku pernah menanyakan kepadanya mengapa baru sekarang ini dia merancang untuk mempunyai anak dan katanya kerana apabila dia melihat Qayra, Qayra terlalu kuat sehingga pernah membawa kandungan sebanyak dua kali. Qayra jua lah yang memberi inspirasi kepada orang ramai.
Setiap hari apabila aku menjaga Qayra, dia akan banyak bergerak dengan jari-jarinya. Doktor mengatakan itu adalah perkara normal bagi setiap pesakit koma. Ada juga doktor menyarankan pada aku 7 bulan yang lepas agar memberi makan kepada Qayra melalui tiub makanan yang disambungkan ke dalam anak tekaknya. Kebiasaannya aku akan memberi susu ataupun nestum yang benar-benar dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar. Badannya juga sudah menjadi kurus dan wajah manisnya masih kekal pucat serta semakin cengkung dari hari ke hari.
Kadang-kadang jujur aku katakan aku sudah mula berputus asa untuk melihat dia kembali sedar semula namun setiap orang yang berada di sekelilingku tidak jemu-jemu memberi kata semangat. Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang positif ketika aku menjadi seorang yang berfikiran negatif.
Doktor pernah memberi aku keputusan agar menghentikan mesin bantuan pernafasan ataupun tidak namun jawapan aku tetap teguh. Aku masih mahu memberi peluang kepada Qayra mencuba dengan sedaya-upayanya untuk membuka mata walaupun kita semua tahu pengakhiran hidup kita di tangan Allah. Walaupun ada juga hari-hari yang aku merasakan sudah berputus asa namun aku tahu masih ada sinar harapan untuk aku memulakan kehidupan yang baru bersama Qayra selepas ini.
"Nazreen." Umi menepuk perlahan bahuku. Dia sudah datang ke sini seminggu yang lalu bersama babah dan Nazreena untuk bersilih ganti menjaga Qayra kerana mereka risau dengan perkembangan hidupku di sini. Umi dan Nazreena kerap kali menjaga Qayra ketika di malam hari kerana kata mereka aku memerlukan rehat yang cukup walaupun aku sebenarnya tidak kisah untuk bersama dengan Qayra 24 jam.
"Umi tak tidur lagi?" Soalku kepada umi yang menghulurkan aku segelas hot chocolate di balkoni luar. Jelas tersergam pemandangan Istanbul yang masih terang-benderang walaupun sudah tidak ramai orang memandangkan waktu telah menginjak ke angka 1 pagi. Hari ini giliran Nazreena yang menjaga Qayra jadi aku sedikit risau kerana tidak dapat melihat sendiri bagaimana keadaan Qayra.
![](https://img.wattpad.com/cover/145365995-288-k87559.jpg)
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...