4. Selamat Tinggal.

13.5K 494 1
                                    

Qayra Haufia

Pagi Khamis itu, selepas siap membersihkan diri aku turun ke bawah untuk memberitahu umi bahawa aku hanya akan baik-baik sahaja cuma memerlukan masa. Setelah mengalas perut dengan hanya sekeping kuih yang Nazreen beli, aku meminta diri untuk berehat kerana pagi esok aku dan Hafifi akan berangkat ke Ireland untuk menghabiskan pengajianku selama setahun.

Aku berdiri di balcony bilikku yang menghadap flower garden untuk mengambil angin. Sejak daripada malam bersama Nazreen selepas pengkebumian arwah papa kelmarin, aku hanya mengelak daripada bertembung ataupun bercakap dengannya. Pagi tadi aku terjaga juga, dia tiada disebelah seperti waktu selepas kami diijabkabulkan. Namun aku ingat sebelum aku tidur semalam, dia berada di sisiku. Apabila pagi menjelma, dia tiada di sisiku seperti kebiasaannya. Aku juga tidak dapat tidur dengan lena memandangkan rindu pada arwah papa mencengkam kuat lubuk hati.

Ketukan di pintu aku abaikan. Aku hanya memandang kosong ke depan. Angin yang meniup membuatkan aku mengusap kedua-dua belah lenganku yang terdedah memandangkan aku hanya mengenakan tank top berwarna kelabu berserta legging hitam. Nazreen menghampiriku lalu duduk di salah sebuah bangku yang berada di balcony tersebut.

"Before papa pergi, papa ada bagi surat kat abang. Untuk Qay." Nazreen menghulurkan aku sepucuk surat yang berada di tangannya sambil tersenyum tipis. Aku hanya mengambil surat tersebut tanpa membalas kembali senyumannya. Dengan berhati-hati aku membuka sampul surat tersebut agar tidak koyak isi di dalamnya, aku membaca surat itu dengan hati yang sebak.

Assalamualaikum sayang papa,

Kalau Qay dapat surat ni, bermaksud mata papa dah tertutup buat selamanya. Atau senang kata waktu tu roh papa dah terpisah daripada jasad.

Sebelum apa-apa papa nak mintak maaf sebab papa dah tak dapat nak jaga Qay lagi. Tapi papa tahu masih ada yang boleh jaga Qay, malah lebih baik daripada papa sendiri. Papa mintak maaf jugak kalau papa larang Qay untuk cari mama sebab papa tahu, lambat-laun Qay tetap mintak untuk papa bawak Qay jumpa mama. Maaf Qay sebab papa dah pisahkan kasih Qay dekat mama. Tapi kalau Qay tahu kenapa papa buat macam tu, Qay mungkin akan benci mama untuk selamanya. Papa taknak Qay benci mama sebab mama ibu kandung Qay. Orang yang dah melahirkan Qay. Walau macam mana teruk dia sekalipun, Qay tetap perlu tahu bukan niat dia untuk tinggalkan Qay. Dia sayang Qay cuma dia perlu buat keputusan tu untuk kebahagiaan Qay.

Qay ada tanya papa haritu kan? Kenapa Nazreen yang jadi pilihan papa. Mudah Qay jawapan papa. Sebab Nazreen sorang je yang tahu kisah keluarga kita. Semuanya papa dah cerita dengan dia waktu papa hantar Qay jauh pergi Ireland. Tinggal setahun lagi Qay. Lepas Qay balik dari Ireland nanti, Qay tanya lah dengan Nazreen kenapa papa rahsiakan kisah mama dekat Qay.

Qay, papa harap Qay dapat jaga diri dengan baik and dengar cakap Nazreen. Nazreen suami yang baik. Papa tahu for the first time I lay my eyes on him papa tahu dia boleh guide anak papa. Penceraian papa and mama bukan hanya sebab mama nak lepaskan diri dari papa. Tapi sebab papa tak dapat jadi suami yang baik jugak. Tak dapat bimbing mama jalan yang betul. Dan mungkin jugak sebab papa tak dapat nak bahagiakan mama. Sebab papa hanya seorang manusia biasa Qay. Tak sempurna pada mata mama.

Rahsia Qay ada dalam poket papa. Papa tak dapat cerita sakit Qay dekat Naz. Yang tu Qay kene bagitau sendiri sebab papa takda hak. Dan Qay perlu berlaku jujur dengan Nazreen. Papa yakin Nazreen tetap sayangkan Qay walaupun dia tahu perkara sebenar tentang seorang Qayra Haufia yang sebetulnya.

Qay janji dengan papa untuk jaga diri elok-elok. Kurangkan pil yang Qay selalu ambik. Papa taknak Qay jatuh sakit. Ubah diri Qay. Qay anak yang baik. So papa nak Qay jadi isteri yang baik pulak. Hormat Naz macam hormat papa. Papa tak selalunya ada untuk Qay. Jadi Qay kena kuat. Hadapi hari-hari mendatang dengan lebih tabah and sabar. Jangan bergantung dengan pil untuk lupakan setiap duka Qay atau sakit yang Qay rasa. Teruskan hidup macam gadis lain. Giliran papa pulak untuk tengok anak papa hidup bahagia lepas everything yang Qay dah korbankan untuk tengok papa sentiasa tersenyum. Bangun Qay teruskan hidup dengan lebih sempurna. Jadikan setiap pengalaman sebagai pengajaran baru dalam hidup yang membolehkan Qay lebih matang dari hari ke hari.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now