13. Dugaan Qayra.

13.1K 408 9
                                    

Hafifi

Aku sedang menyiapkan laporan kerja-kerja amal yang mama minta untuk aku lakukan kerana kami akan bertolak ke Istanbul di mana tempat tinggal kakak aku, Afrina yang dah berkahwin bersama pasangannya iaitu abang Shaddar pada minggu hadapan. Walaupun aku sudah mendapat master dalam bidang engineering, namun aku tetap berminat untuk melakukan kerja-kerja amal memandangkan masih terdapat orang susah yang memerlukan di luar sana. Aku masih teringat kata-kata Raisha suatu ketika dahulu bahawa kami termasuk lah Qayra yang sangat bernasib baik kerana dilahirkan di dalam dulang emas. Dan kerana nasib yang baik inilah setiap orang yang mempunyai kelayakan untuk menolong wajib meringankan beban orang lain.

Lamunanku terhenti apabila nada dari aplikasi whatsappku berbunyi tanda mesej baru masuk. Aku segera mencapai smartphoneku dan tersenyum apabila melihat Qayra yang menghantar mesej.

Kalau apa-apa jadi kat aku, promise me you won't tell anyone about anything happen to me yang kau tahu. Janji Fifi. Aku hanya ada kau je. -Qayra

Senyumanku mati apabila membaca mesej yang tertera. Hatiku menjadi tidak tentu arah apabila mengenangkan nasib kawanku itu. Aku cuba menghubunginya, namun hampa apabila dia tidak mengangkat. Aku terus mendail nombor telefonnya dan akhirnya hanya peti suara yang masuk. Nombor telefon Nazreen pula aku dail untuk beberapa kali namun seperti Qayra, dia juga tidak menjawab panggilan telefonku.

Sedang aku asyik memikirkan perihal Qayra dan Nazreen yang mungkin mempunyai masalah, telefonku berdering meminta untuk dijawab. Aunty Anita iaitu umi Nazreen merupakan pemanggil yang tertera. Aku segera menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Fi." Aunty Anita memberi salam dalam keadaan yang termengah-mengah.

"Waalaikumussalam aunty Nita. Ada apa ya?" Soalku sedikit hairan mendengar suaranya.

"Aunty tak boleh explain sekarang. Fi datang hospital sekarang ni jugak ya nak. Qay ..." Jawab aunty Anita seperti hendak menangis.

"Kenapa dengan Qay aunty?" Nada suaraku sedikit tinggi kerana risau akan terjadi apa-apa kepada Qayra.

"Qay dd-di-dia accident." Suara aunty Anita yang tersekat-sekat itu jelas menunjukkan bahawa dia sedang menangis. Aku terkejut mendengar berita yang disampaikan itu dan segera melompat turun dari katil. Air mata mula bergenang lalu turun dengan selajunya membasahi pipi.

"Fi datang sekarang jugak." Aku segera mematikan panggilan tersebut dan berlari turun meminta izin mama untuk ke hospital.

"Fi kenapa ni?" Soal abang sulungku, Syahfizi yang sedang menghadap televisyen. Mama di sebelahnya hanya mengangguk-angguk kecil.

"I can't explain now. Ma, I need to go. Qay accident." Air mataku semakin lebat. Riak wajah abangku dan mama sungguh terkejut lalu mama hanya mengangguk sepantas kilat.

"Abang drive Fifi ke sana." Ucap abangku yang risau apabila melihatku yang tidak berhenti menangis. Aku mengangguk kecil dan kami berlari anak ke kereta Bentley mama yang tersadai di luar rumah.

Sepanjang perjalanan, aku dan abang hanya diam membisu. Aku mengenangkan nasib Qayra dan apa sebenarnya yang telah terjadi sehingga menyebabkan dia kemalangan. Sejak daripada kematian Raisha 12 tahun yang lalu, aku hanya mempunyai seorang sahaja lagi teman yang sentiasa bersamaku walaupun adakalanya Qayra bersikap keras kepala dan hanya melakukan apa yang dirasakan bagus untuknya. Kami bertiga telah berjanji akan sentiasa ada untuk satu sama lain walaupun pada waktu itu roh sudah terpisah daripada jasad.

Walaupun Raisha sudah lama meninggalkan aku dan Qayra, namun kami tahu bahawa dia sentiasa bersama kami. Suka duka tawa nangis Qayra, hanya aku yang berada di sisinya. Aku tidak sanggup lagi untuk kehilangan seorang kawan yang menjadi tulang belakangku walaupun Qayra tidak menunjukkan sikapnya yang menyokongku untuk melakukan atau mengecapi sesuatu perkara yang aku gemari. Qayra hanya menyokong dalam diam kerana dia takut jika dia melebihi limit dia akan menyakitiku seperti silapnya yang sentiasa berfikir bahawa dia menyakiti orang di sekelilingnya.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now