43. Kebaikan Qayra I.

20.5K 465 4
                                    

Nazreen Fawwaz

   Aku pulang semula ke Kuala Lumpur setelah menyelesaikan beberapa perkara di kampung selepas perkahwinan aku dan Dayana yang tidak jadi berlangsung itu kerana rahsia Dayana yang telah terbongkar. Syukurlah, Allah telah tunjukkan kebenaran pada semua perkara sebelum aku sempat menjadi suaminya. Umi, babah, Nazreena, maksu serta keluarganya juga turut sama-sama pulang ke Kuala Lumpur mengikutku. Hubungan paksu dan maksu juga menjadi semakin bertambah baik dan aku tidak dapat lagi meminta banyak melainkan hanya ingin hidup bahagia bersama Qayra selamanya.

   Perjalanan aku terus tertumpu ke teratak aku dan Qayra yang terletak di atas bukit setelah lama aku tidak pulang ke sana kerana rumah itu hadiah dari aku khas buat Qayra namun kerana sejak dia kemalangan, macam-macam perkara yang berlaku jadi aku tidak sempat untuk memberitahunya. Dalam perjalanan aku ke sana, telefon bimbitku menjerit meminta untuk dijawab. Aku melihat panggilan telefon yang tertera dengan jelas nama Hafifi sebagai pemanggil.

'Eh apasal dia call aku ni? Ada berita pasal Qayra ke?'

"Hello Naz. Where are you?" Soal Hafifi perlahan. Nada suaranya kebimbangan dan aku mula risau apa-apa yang akan berlaku kepada Qayra.

"Is this about Qayra?"

"No. No I mean yes. Tapi bukan pasal keberadaan dia cuma pasal ada someone nak jumpa dengan awak." Panggilan 'awak' yang keluar dai mulut Hafifi menambahkan lagi kerunsingan namun aku cuba mengawal dengan sebaik mungkin.

"Okay tapi siapa?" Soalku pelik.

"Apa kata awak datang je sini dulu and tengok siapa yang want to have a talk with you. Dekat Starbuck yang awak and Qayra usually hang out together. Sekarang!" Kata Hafifi lagi sebelum mematikan panggilan tanpa menunggu jawapan aku. Aku menghela nafas perlahan dan membuat pusingan supaya dapat menuju ke Starbuck di mana tempat aku dan Qayra selalu lepak bersama.

   Sewaktu sampai sahaja di sana, aku dapat lihat belakang tubuh Hafifi yang sedang tunduk barangkali kerana sedang bermain dengan smartphonenya. Angin petang itu membuatkan rambutnya bebas menggerbang namun masih tetap lurus seperti sediakala.

"Assalamualaikum." Aku menegur Hafifi yang sedang asyik bermain dengan telefonnya. Hafifi yang baru tersedar kedatangan aku, terus bangun dan mengangguk hormat.

"Waalaikumussalam." Hafifi menunjukkan tempat yang bertentangan dengannya mengarahkan aku supaya duduk.

"Ada apa Fifi nak jumpa saya ni? I mean orang yang awak maksudkan tu?" Soalku lembut. Hafifi menggigit bibir tanda gemuruh.

"Actually sa-saya ..." Belum sempat Hafifi ingin menyatakan ayatnya, seorang perempuan yang cantik dengan rambut potongan bob blonde aslinya yang lurus itu menegur kami berdua.

"Assalamualaikum." Perempuan yang nampak seperti mempunyai darah campuran itu memberi salam kepada aku dan Hafifi. "Aku tak lambat kan Fi?"

"Waalaikumussalam." Jawab aku dan Hafifi serentak sambil merenung wajah perempuan itu lama cuba mengingati di mana wajah familiar perempuan ini.

"No babe. Actually kitorang pun baru sampai." Perempuan itu mengangguk lega sebelum menyelesakan duduk. Wajahnya tidak begitu peramah namun tidak juga begitu menakutkan. "Nazreen kenalkan this is Dorra, kawan Qayra." Dia berhenti seketika lalu memandang perempuan yang bernama Dorra itu. "And Dorra this is Nazreen, husband Qayra."

"It's pleasure to meet you encik Nazreen." Kata Dorra dengan nada yang agak kurang friendly. Aku meneguk air liur sedikit untuk menghentikan rasa debar di dada.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now