Nazreen Fawwaz
Sejujurnya aku memang marah dengan tindakan Qayra yang lancang apabila bercakap. Dia tidak hormat akan suaminya sendiri. Namun aku faham, perkahwinan kami hanya lah kerana untuk menjaganya supaya dia tidak tersasar dan bertindak mengikut kata hati. Setelah pemergian arwah papa, hubungan aku dan dia menjadi lebih dingin. Setahun dia berada di Ireland, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindu aku padanya tidak pernah berhenti walau sesaat.
Ya, aku mengaku bahawa aku mencintainya semenjak kali pertama aku melihatnya. Anak matanya yang bundar dan berwarna hazel terang. Hidung mancungnya ditambahkan lagi dengan bibir mungil yang kecil pada wajah putih kemerahannya. Setiap lelaki yang melihat pasti akan cuba untuk mendekatinya ditambahkan pula dengan rambut keperangannya yang ikal sehingga paras pinggang yang sentiasa beralun apabila dia bergerak. Mana-mana lelaki pasti akan jatuh hati setiap kali memandang wajahnya.
Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata memandangkan Hafifi memberitahuku bahawa dia dan Qayra akan pulang ke Malaysia. Hanya Hafifi sahaja yang tahu isi hatiku. Dia juga pernah menasihatiku supaya memberitahu Qayra, namun aku tidak pernah berniat untuk melakukan sebegitu memandangkan aku takut akan kehilangan Qayra jika dia mengetahui perasaan sebenarku.
Aku hanya terus menumpukan sepenuh perhatianku pada kerja-kerja di pejabat dengan cuba untuk mengusir wajah Qayra yang bermain di fikiran apabila smartphoneku berbunyi tanda mesej baru masuk. Aku membuka inbox untuk melihat pengirim yang tertera.
We back. Fi and Qayra on party tonight. Tak rasa abang Nazreen suka. Datang dekat 'Chick Bro' malam ni kat Damansara. - Hafifi
Keluhan terlepas dari bibirku. Qayra tidak memberitahuku bahawa dia akan pulang ke Malaysia. Dan sekarang dia juga akan menganjurkan party untuk menyambut kepulangannya di club tanpa memikirkan batas pergaulannya sebagai seorang isteri. Aku tersinggung dengan sikap ego dan keras kepalanya.
Aku melihat jam yang berada di tangan menunjukkan angka 4.30 petang. Waktu pejabat habis pada pukul 6 petang, namun aku bersiap-siap untuk berjumpa dengan Qayra. Aku bingkas bangun mengemas fail-fail yang berada di atas meja dan mencapai beg bimbitku lalu aku mengorak langkah keluar dari pejabatku.
"Abang nak pergi mana?" Soal Dayana iaitu setiausahaku merangkap anak saudara paksu suami kepada ibu saudara sebelah umi. Panggilan abang yang tertera dari bibirnya kurang menyenangkan namun aku tidak dapat membantah memandangkan aku hormat akan dirinya.
"Abang Naz nak balik. Qayra dah sampai Malaysia. Abang Naz tak masuk office balik okay." Aku hanya mengangguk sedikit kepadanya tanpa menghiraukan riak wajahnya yang berubah apabila mendengar nama Qayra. Aku tahu bahawa dia dan maksu merancang sesuatu kerana mereka tidak menyukai Qayra dan sikap Dayana yang juga cuba dan berusaha keras untuk menawan hatiku.
Tapi hanya Qayra yang bertempat di hatiku. Tipu lah kalau aku katakan bahawa Dayana tidak mempunyai ciri-ciri seorang perempuan yang boleh dijadikan sebagai isteri kerana perwatakannya yang lemah-lembut. Namun tiada sesiapa yang dapat menggantikan Qayra yang tidak hipokrit dan sentiasa berlaku jujur dengan sikapnya.
Pemanduanku terus ke rumah umi. Aku hanya menetap di rumahnya selama setahun ini kerana rumah arwah papa yang meninggalkan 1001 kenangan bersama Qayra walaupun hanya untuk heberapa hari cukup meninggalkan kesan yang mendalam dalam hatiku. Deruan angin pada petang ini tidak cukup mendamaikan hati kerana fikiranku yang asyik tertumpu kepada Qayra seorang.
Dalam tidak sedar, aku sudah memarkirkan kereta di halaman rumah umi. Aku menghela nafas panjang sebelum mengatur langkah menuju ke dalan rumah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Harapan Tertunda
Novela JuvenilQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...
