5. Kembali Pulang.

12.1K 421 0
                                    

Qayra Haufia

1 tahun kemudian ...

Aku dan Hafifi bergerak ke parking lot yang menempatkan teksi, grab dan uber sambil mengheret bagasi pakaian. Kami mengambil keputusan untuk tidak memberitahu sesiapa dahulu bahawa kami berdua sudah pulang ke Malaysia selepas bertahun-tahun kami berhempas-pulas untuk mendapatkan ijazah dalam bidang Civil Engineering di negara orang kerana berniat untuk menikmati beberapa malam tanpa gangguan.

"Party tonight babe?" Kami menyelesakan diri kami di tempat duduk belakang.

"Of course babe. Siapa on?" Hafifi memandang ke smartphonenya sebelum kembali bersuara.

"Adam, Dorra, Heidi, Suzanne and a few more lah, tak ingat. But tonight going to be fun! Sebab buddies kita semua ada woah-huh." Jerit Hafifi kecil. Aku hanya tergelak perlahan melihat kelakuannya yang seperti keanak-anakan itu sambil menjulingkan mata ke atas.

"Aunty Jul know?" Hafifi segera memberi jelingan maut kepadaku kerana aku tahu bahawa mamanya sedikit tegas dalam menjaga hal urusan anak daranya ini. Kerana aunty Julia lah jua yang bertanggungjawab menjaganya serta pasangan kembar yang 5 tahun lebih tua berbanding Hafifi iaitu kak Afrina dan abang Syahfizi setelah menjadi seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami. Lain pula dengan arwah papa yang membiarkan aku menikmati usia mudaku kerana katanya hanya itu sahaja cara untuk aku melupakan mama namun sebagai seorang ayah, papa tidak pernah berhenti menasihatiku untuk menjadi seorang perempuan muslimah yang dituntut oleh Allah S.W.T..

Pernah aku terfikir mengapa arwah papa dan aunty Julia tidak berkahwin sahaja kerana mereka berkongsi nasib yang sama. Dan untuk jawapan pada setiap soalan yang aku utarakan kepada arwah papa, jawapannya mudah sahaja. Dia tidak mahukan sebuah komitmen lagi memandangkan hatinya cukup hanya untuk mama seorang. Lain pula dengan jawapan aunty Julia yang serik untuk bersuami lagi memandangkan dia lebih rela hidup sebagai seorang ibu tunggal.

"Kau bagitahu kau mati!" Aku hanya menjeling sekilas ke arahnya. Aku tahu bahawa Hafifi hanya bergurau dengan kata-katanya itu.

"Babe, abang Nazreen macam mana?" Lamunanku terhenti apabila Hafifi menyoalku soalan yang sedemikian.

Nazreen ...

Selepas kami berangkat ke Ireland, dia jarang call atau text. Jika dia berbuat begitu hanyalah kerana semata-mata untuk memberitahu perkara yang penting sahaja. Aku faham bahawa dia tidak dapat menerima aku sebagai seorang isteri sepenuh hatinya. Aku juga tidak mahu mendesaknya, jadi setiap keputusan yang dilakukannya, aku hanya akan memberikan persetujuan tanpa banyak membantah atau mempersoalkannya.

"Woi Qayra!" Hafifi memukul lenganku dengan kuat tanda protes kerana aku tidak menjawab soalannya. Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak mahu untuk mengambil tahu sama ada Nazreen tahu ataupun tidak mengenai kepulanganku.

"And kau nak pergi party malam ni? Aku just nak remind kan kau, kau tu dah ada suami. So kalau dia tahu, aku rasa dia takkan happy dengan apa yang kau buat ni." Hafifi mengingatkan perkara yang aku tidak mahu untuk kisah.

"Kalau dia care sangat, dari dulu lagi dah dia care. So aku rasa tak payah lah baru sekarang ni dia nak ambik tahu pulak pasal aku bila semua benda aku buat sendiri. Graduation day aku, ada dia datang? Kalau bukan aunty Jul jadi wakil, taktau lah aku." Aku menahan air mata daripada cuba jatuh supaya tidak merisaukan Hafifi lalu aku hanya membuang pandang ke luar tingkap.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now