Qayra Haufia
Dua hari lagi Nazreen dan Dayana akan bernikah. Sejak dua menjak ini, Nazreen menjadi sibuk dengan urusan pejabatnya kerana dia akan menyiapkan kerja-kerjanya sebelum berbulan madu bersama Dayana di Australia. Aku sudah semakin redha walaupun hanya Allah sahaja tahu betapa hancurnya hati aku kerana Nazreen tidak pernah menunjukkan usaha untuk memulihkan hubungan kami atau menghentikan perkahwinannya.
Umi dan babah juga sudah pulang ke Kuala Lumpur kerana Nazreena tinggal seorang diri di rumah. Tempoh hari terdapat perompak yang memecah masuk banglo babah jadi mereka perlu pulang untuk menjaga keselamatan Nazreena memandangkan dia tinggal seorang diri tanpa Mak Nah kerana Mak Nah sudah pulang ke kampung.
Hafifi akan datang ke sini pada hari ini kerana aku memintanya untuk menemani aku pada hari perkahwinan Nazreen dan Dayana. Jadi dia mengambil keputusan untuk datang ke sini dua hari lebih awal.
Aku sedang leka menulis senarai barang yang perlu dibeli untuk membuat makan malam yang istimewa pada malam-malam terakhir kami berdua bersama. Aku ingin menyediakan makanan kegemaran Nazreen iaitu masakan Thai. Setelah siap dengan senarai barang, aku mula bersiap untuk diri sendiri pula.
Aku mengenakan seluar palazo dan tudung shawl berwarna violet grape kemudian mengenakan blouse berwarna putih. Muka hanya dibiar kosong namun ditambahkan sedikit dengan lip gloss, kemudian setelah rasa berpuas hati dengan penampilanku dihadapan cermin, aku mengambil beg tangan Gucci di atas katil dan berlalu keluar. Setelah meminta izin daripada Nazreen, aku memulakan pemanduan ke supermarket di Kota Tinggi.
Pada mulanya aku takut juga untuk memandu memandangkan aku pernah mengalami kemalangan. Namun, apabila mendapat tahu bahawa aku tidak boleh mengharapkan sesiapa jadi aku gagahkan jua untuk mencari barang bagi memenuhi perut Nazreen itu sendiri.
Setelah mengambil troli dan berjalan di setiap rak dan barang basah, aku mula membuat bayaran. Pada waktu aku ingin memasukkan barang-barang di bonet kereta, seseorang yang sudah lama aku tidak berbual mula menegurku. "Qayra."
"Adam!" Aku sedikit terjerit apabila terpandangkan dia yang memakai sunglasses dengan segak berpakaian uniform pejabat. "Ya Allah you buat apa kat sini?"
"I yang sepatutnya tanya you. I biasa lah outsation. Nak naik pangkat kan kena lah kerja lebih." Kata Adam bersama sengihan.
"Alhamdulillah syukurlah, congrats Adam! I tinggal dekat sini 3 bulan, ikut husband I. Dia ada cawangan kat sini kan." Adam mengangguk-angguk perlahan lalu menolong aku memasukkan kesemua barang yang dibeli di market ke dalam bonet. "Thanks. Buat susah je. So sweet of you." Aku bergurau dan Adam tersenyum malu-malu.
"Qay dah lama tak sembang, what if kita pergi lepak? I dah lama sangat tak bersembang dengan you." Aku melihat jam sekilas. Waktu telah menginjak ke angka 2 petang. Apa salahnya jika aku berbual dengannya memandangkan waktu Nazreen pulang pun lambat lagi. Bukan takut kerana aku berbual dengan lelaki, namun kerana aku tidak mahu lambat untuk membuat makan malamnya. "Takut suami you marah ke?"
"Eh takda lah. No biggie, let's go." Aku tersenyum tipis ke arahnya dan dia juga menghulurkan aku senyuman yang sama.
Kami bergerak beriringan di restoran yang terdekat dengan market. Setelah membuat pesanan, Adam memandangku lama sehingga membuat aku berasa tidak selesa. Pipi sudah mula berbahang dan aku mengangkat kening menyoalnya dalam diam.
"You makin cantik Qayra." Puji Adam masih memandangku lama. Dari nada suaranya aku tahu bahawa dia ikhlas memujiku. Namun pujian itu adalah sebuah ujian.
ANDA SEDANG MEMBACA
Harapan Tertunda
Fiksi RemajaQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...
