Nazreen Fawwaz
Pada pagi ini, aku akan bernikah dengan Dayana dalam hanya 3 bulan sahaja perancangan perkahwinan yang diatur oleh maksu. Aku melihat diri dalam sepersalinan baju melayu kuning emas namun wajahku seperti orang yang ingin menggantung diri sahaja lagaknya. Tiada senyuman dan wajahku serabut dengan ditumbuhi janggut-janggut halus dan misai tipis. Kebiasaannya Qayra lah yang akan memastikan mukaku nampak kemas dan bersih namun masih ada kematangan di situ.
Qayra? Sejak dua hari yang lalu dia meninggalkan aku sehingga lah sekarang aku masih tidak mendengar khabarnya. Aku juga tidak makan masakannya kerana terlalu sedih dan aku pasti aku akan menangis semahu-mahunya jika menjamah air tangan Qayra. Dia yang sudah sedia maklum tahu tentang makanan kegemaranku sentiasa belajar untuk memastikan aku terisi dengan masakannya.
Wajah manisnya dua hari yang lalu aku tukarkan dengan wajah kecewa apabila aku menuduh Qayra tanpa usul periksa. Aku mendapat tahu gambar-gambar tersebut daripada Dayana sewaktu dia balik daripada membeli-belah untuk majlis pernikahan kami setelah meminta izin dari aku untuk keluar pada waktu pejabat. Dayana yang menyerahkan beberapa keping gambar Qayra yang sedang berpelukan dengan Adam itu sungguh mencurigakan. Suami mana yang ingin melihat isterinya itu dipegang oleh lelaki lain dan lelaki itu pula mencintai isterinya dari zaman sekolah lagi?
Air mata Qayra yang lebat membasahi pipinya pada malam itu benar-benar membuatkan aku hendak menangis. Aku ingin memeluk dia erat ke tubuhku supaya dia tahu aku masih mencintainya. Aku juga tidak percaya setiap kata-kata yang keluar dari mulutku apabila aku mengatakan bahawa dia perempuan yang tidak guna walau satu sen pun. Setiap kata-kataku jelas terpancar riak kecewa dari raut wajahnya. Sehingga sekarang, aku masih tidak tahu penjelasan yang ingin keluar dari mulut Qayra kerana perkataan yang menghancurkannya itu.
Apabila dia keluar dari bilik dengan bagasi pakaiannya berserta surat fasakh yang telah ditandatangani dan dicop dengan ibu jarinya, aku seperti ingin meraung di situ juga kerana begitu sedih Qayra sudah mula berputus asa dengan hubungan kami walaupun sebenarnya ia salah aku membuatnya begitu. Aku ingin memeluknya erat dan menghalang dia pergi, namun aku menjadi keras dan terimbau segala kata-kata yang telah aku ungkapkan kepadanya.
"Bro dah siap? Tok kadi kat luar tu." Kata Syahfizi yang terjengul kepalanya di muka pintu. Dia masuk dan menapak ke arah katil lalu duduk di birai katil memandang wajahku lama. Dia tergelak kecil dan aku mengerutkan kening melihatnya pelik. "Kau nak pergi bernikah ke kau nak pergi gantung diri ni?"
"Jangan buat aku stress Fizi." Syahfizi masih tergelak. "Fifi tak datang ke?"
"Soalan apa tu bro? Dah tentu-tentu kau hancurkan hati bestfriend dia, kau ingat dia nak datang tengok kau riang ria lafaz akad nikah kejap lagi?" Perli Syahfizi kasar. Aku meneguk air liur yang terasa kesat.
"Fizi, aku bukan ..." Syahfizi mengangkat tangannya tanda menegah untuk aku bercakap.
"Aku taknak ambik port bro pasal life kau. Cuma rasanya apa yang boleh aku tolong, aku tolong untuk kuatkan kau." Aku mengangguk kecil dan menghulurkannya senyuman tipis.
"Fizi, Qay tak call kau ke?" Syahfizi menjulingkan matanya ke atas lalu menyilangkan tangannya ke dada.
"Takda and aku dah cakap tadi yang aku taknak masuk campur urusan kau langsung." Syahfizi menghela nafas perlahan lalu tunduk menekur lantai. "Bro, aku kenal Qay tu luar and dalam. Dia membesar depan mata aku and Afrina sama-sama dengan Fifi. Bila kau buat dia macam tu aku rasa tempias sakit yang dia hadap. Senang cerita dia dah macam adik aku dah. Tapi Naz, kau tetap kawan aku. Kalau aku tak support kau, siapa lagi nak buat macam tu?" Kini Syahfizi menggumam perlahan sehingga tidak kedengaran suaranya jika bukan suasana di dalam bilik itu sunyi sepi.
YOU ARE READING
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...