16. Langkah Permulaan.

11.9K 376 0
                                    

Qayra Haufia

   Sudah seminggu berlalu semenjak aku sedar. Doktor memberitahuku bahawa aku mengalami kemalangan jalan raya dan tidak sedarkan diri selama 2 bulan. Dan seminggu juga berlalu sejak aku dikhabarkan bahawa aku telah menghidap retrograde amnesia iaitu kehilangan hampir keseluruhan memori dalam kotak ingatanku. Setiap hari aku semakin selesa untuk bergaul dengan Hafifi, umi, babah serta aunty Julia kerana mereka tidak terlalu mendesak untuk aku mengingati segalanya namun sentiasa sabar untuk membantuku mengingati perlahan-lahan. Kadangkala abang Hafifi juga datang ke hospital untuk melawatku. Langkah permulaan adalah dengan mengenali mereka dan cuba untuk mengorek hal peribadiku pada Hafifi memandangkan dia pernah memberitahuku bahawa dia mengenaliku sejak kami masih kecil lagi.

   Namun setiap usaha untuk aku ingat akan berakhir dengan kepalaku yang sentiasa berdenyut-denyut sepeti hendak pecah. Tipu lah jika aku kata bahawa aku tidak rasa sakit hati, kecewa serta sedih kerana cuba untuk mengingati semula tetapi Hafifi setia sabar denganku.

"Hai Qayra. How are you today?" Dr. Yin iaitu doktor yang merawatku sepanjang aku berada di sini melangkah masuk menegur aku dengan senyumannya. Aku memandang Hafifi di bangku sebelah katilku dan dia juga turut tersenyum tipis.

"I'm fine doc. Thanks to Hafifi, dia banyak tolong saya." Hafifi dan Dr. Yin bertukar pandangan sebelum Hafifi mula berdehem kecil.

"Bila saya boleh discharge doc? Saya bosan sangat dah duduk sini." Kata-kataku disambut dengan tawa kecil yang terlepas dari bibir Dr. Yin.

"Saya datang sini untuk bagitahu pasal tu lah." Kata Dr. Yin sambil datang dan berdiri di sebelah kananku.

"Maksud Dr. Yin, Qayra dah boleh discharge harini?" Sampuk Hafifi riang.

   Dr. Yin mengangguk sebelum memandang aku dan Hafifi silih berganti. "Ya, Qayra boleh discharge harini. After that, boleh pergi pharmacy and ambik ubat dekat sana. And please Qayra, makan ubat ikut masa. Jangan skip kalau boleh." Pesan Dr. Yin.

   Aku menghadiahkannya senyuman sambil mengangguk kecil. Dr. Yin meminta diri untuk keluar selepas memberikan penarangan kepadaku dan Hafifi mengenai ubat dan luka di kepalaku atas sebab aku sudah menjalani pembedahan. Balutan di kepala juga sudah ditanggalkan.

"Aku sediakan baju and kau pergi mandi dulu." Arah Hafifi sambil mengemas pakaianku.

"Kita nak pergi mana?" Soalku keliru.

"Aku hantar kau balik rumah papa kau and aku akan tinggal kat sana sementara tunggu kau ingat everything. Atau kalau kau dah betul-betul sihat walaupun kau masih tak boleh ingat baru aku balik. Itupun kalau aku yakin kau ni capable buat semua benda." Hafifi masih tidak memandang wajahku.

"Aunty Julia macam mana?" Soalku perlahan.

"Mama aku, kau tak payah risau lah. Abang Fizi ada jaga dia. Lagi pun mama takda ni. Dia pergi Istanbul tengok kakak aku." Kata Hafifi dengan sabar.

"Kenapa kakak kau? Belajar eh?" Tanyaku lagi. Hafifi ketawa kecil melihat aku.

"Tak lah babe. Dia tinggal sana after papa aku tinggalkan mama aku. Lepastu dia kahwin dengan orang sana sebab currently she's working as a doctor kan. Dia taknak dah duduk sini lagi, banyak sangat kenangan. Dia just tak sanggup sebab dia kata dia penat sangat. Duduk sini hari-hari terserempak dengan papa aku and family baru dia." Ujar Hafifi tunduk menekur lantai. Aku dapat lihat wajahnya muram selepas menyentuh isu papanya.

"Aku tak sabar nak dapat balik ingatan aku." Kataku perlahan sambil menghela nafas berat.

"Kenapa?" Hafifi datang dan duduk di sebelahku.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now