9. Rahsia Gelap Qayra

14.7K 472 1
                                    

Qayra Haufia

Aku dan Nazreen tiba di rumah sewaktu senja menjelang tiba. Nazreen berlari naik ke atas untuk mengambil tuala bagi mengelap badanku yang basah. Aku hanya duduk di salah satu bangku di luar mengenang nasibku yang kurang baik apabila berada di sekeliling orang. Inilah antara sebab utama aku tidak memberikan sepenuh hatiku kepada Nazreen kerana aku tahu bahawa lambat laun nanti dia juga akan menyakitiku seperti ahli keluargaku yang lain.

Nazreen turun dan duduk di sebelahku. Cardigan yang aku guna ditanggalkan dan dia dengan segera melilitkan tuala itu ke badanku lalu menarik tanganku perlahan untuk masuk ke dalam rumah. Aku hanya membontotinya di belakang.

"Abang dah sediakan air panas dalam tub. Qay mandi dulu eh, takut demam. Dah Maghrib ni, abang nak mandi and solat dulu. Okay sayang?" Aku hanya mengangguk kecil lalu naik ke atas menuju ke bilikku.

Aku berendam di dalam tub dalam masa yang agak lama sehingga tidak perasan ketukan di pintu bilik air dari Nazreen. Aku bingkas bangun lalu memakai fluffy bathrobe baby blue di tubuh lalu keluar menapak ke katil di sebelah Nazreen. Nazreen berdehem beberapa kali iaitu perbuatannya apabila dia tidak selesa jika aku memakai pakaian yang terlalu terdedah sehingga pipinya kemerah-merahan namun hatiku terlalu sebal untuk kisah akan hal itu.

"Sayang okay?" Aku hanya mengangguk kecil sambil membalas renungannya.

Bunyi dentuman yang kuat menyebabkan aku bingkas bangun lalu terduduk di atas paha Nazreen sehingga tidak menyedari perbuatan kecilku itu menyebabkan Nazreen memandang wajahku dengan serius.

"Sorry tak ss-se-sengaja." Aku cuba untuk bangun dari pahanya namun usahaku sia-sia kerana dia hanya memeluk pinggangku dengan lebih erat. Aku hanya membiarkan dan merenung dalam anak matanya yang seolah-olah terdapat sesuatu. Dalam tidak sedar Nazreen memagut lembut bibirku sekilas. Aku hanya terdiam dengan perlakuannya dan memandang ke arah lain kerana malu dengan tindakannya itu.

Di saat dia cuba untuk meleraikan ikatan bathrobe di tubuhku aku memegang tangannya. "Saya takut." Nazreen merenung wajahku simpati sebelum dia mencium dahiku lama lalu kembali memandang mataku.

"Abang ada kan sayang. Trust me?" Aku hanya mengangguk kecil bagi menjawab pertanyannya lalu dia mencium pipiku sepantas kilat dan meleraikan ikatan bathrobe di tubuhku.

Nazreen membaringkan aku di atas katil dengan senyuman tipis. "Assalamualaikum sayang." Nazreen membaca doa ringkas untuk mengelakkan syaitan daripada mengganggu-gugat hubungan kami berdua yang akan terjalin. Dia menunjukkan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi dengan perbuatan yang cukup lembut tanpa menyakitiku. Dia menjadi selimut hangatku pada malam itu dan aku bersyukur kerana Allah telah memberi peluang untukku bahagia walaupun aku ada terfikir untuk berapa lama kesemua ini mampu bertahan.

🌸🌸🌸

"Awak dah tidur ke?" Aku menyoal Nazreen ketika aku sedang baring di dadanya sambil mengusap lengannya malas dari atas ke bawah berulang kali.

"Belum sayang. Kenapa?" Nazreen menarik comforter sehingga ke paras dadaku untuk menutup badan kami yang kedua-duanya terdedah tanpa seurat benang.

"Awak dengar apa yang saya nak cakap boleh?" Aku mengangkat wajah untuk memandang Nazreen yang sedang menyembamkan mukanya di rambutku. Dia hanya tersenyum tipis lalu mengangguk lemah.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuka suara. "Awak ingat tak awak pernah tanya pil apa yang dekat nightstand saya tu sebelum saya pergi Ireland?" Dia mengangguk kecil lagi bagi menjawab pertanyaanku.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now