1. Keputusan.

27.3K 589 2
                                    

Qayra Haufia

"Pa, apa ni? Qay taknak lah! Qay takkan kahwin dengan abang Nazreen. Muktamad!" Aku bingkas bangun sambil memeluk tubuh menuju ke gazebo yang mempunyai kolam ikan koi kesayanganku tanpa mempedulikan papa yang sedang merenung tajam ke arahku kerana aku bertegas tidak mahukan sebuah perkahwinan yang akan mengubah keseluruhan hidupku.

   Nazreen Fawwaz iaitu anak kepada mak long yang merupakan kakak kepada papaku. Aku akui bahawa dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap perempuan di luar sana. Namun, aku masih terlalu muda dan ingin menikmati usia bujangku tanpa mempunyai apa-apa ikatan yang boleh menghalang aku setelah aku menamatkan pengajianku di Ireland.

   Aku mempunyai lebih kurang setahun untuk menghabiskan pengajianku dalam bidang Civil Engineering sebelum bertugas di syarikat papa untuk mengambil alih tempatnya kerana aku merupakan anak tunggal yang akan mewarisi segala harta papa setelah aku menghabiskan pengajianku dalam peringkat master.

"Papa makin tua Qay. Papa taktau bila papa pergi. Papa nak pergi dengan tenang sebab papa tahu ada orang yang boleh jaga anak papa dengan baik." Aku memandang papa yang turut menyertaiku di gazebo sambil memandangku dengan sayu. Aku menghelakan nafas yang panjang sebelum kembali bersuara.

"Pa, Qay dah besar pa. Qay tahu jaga diri. Besides that, why Nazreen? I've not seen him for a very long time. Kenapa dia pa?" Soalku ingin tahu.

"Dia je yang papa dapat rasakan boleh jaga Qay dengan baik. Why not?" Aku merengus sambil meraup wajah dengan kasar.

"Pa ini soal hidup Qay tau pa. Papa pernah tak tanya Qay apa yang Qay nak dalam hidup? Kalau selama ni Qay asyik ikut kehendak papa. For once pa, Qay nak bagitahu papa. Qay hanya nak freedom and bukan perkahwinan bodoh ni." Aku meluahkan dengan rasa geram. Aku tidak menyangka aku telah mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

"Perkahwinan bodoh Qay cakap?" Soal papa dengan nada yang tinggi. Wajahnya yang merah padam menunjukkan bahawa dia sedang cuba untuk mengawal kemarahannya.

"Yes, perkahwinan bodoh! Kalau tak bodoh takda lah your marriage life with mama ruin macamtu je." Aku menentang pandangan papa. Buat kesekian kalinya papa menghadiahkan aku sebuah tamparan. Aku memegang pipi yang terasa perit sambil cuba mengangkat wajah untuk memandangnya yang kelihatan agak serba salah.

   Papa mengalihkan pandangannya ke arah kolam ikan koi sebelum kembali bersuara. "In 2 weeks Qay akan balik Ireland. So, papa dah decide. By hook or by crook you'll get marry him this weekend. Ini permintaan papa yang terakhir. Qay suka atau tidak, papa berhak untuk tetapkan siapa yang akan jaga Qay." Papa berlalu meninggalkan aku yang termangu. Aku jatuh terjelepuk sambil mengutip sisa-sisa kekuatan yang masih ada untuk aku bangkit.

   Hujung minggu ini bakal mengubah hidupku. Aku merasakan bahawa ini adalah mimpi. Namun ia terlalu realiti untuk menjadi sebuah mimpi. Aku tidak mempercayai sebuah perkahwinan. Setelah penceraian papa dan mama sewaktu aku masih berusia 6 tahun, papa jua lah yang menjagaku dan mama menghilang tanpa dapat aku kesan. Ya, penceraian ini telah memberi impak yang hebat pada diriku apabila mama tidak pernah umur berniat untuk menjengukku walaupun aku sudah berumur 23 tahun. Aku tidak pernah mendengar suara serta melihat wajah mama setelah dia keluar daripada rumah untuk mencari kebahagiaan yang dikejarnya.

   Aku juga tidak berniat untuk berjumpa dengannya setelah dia meninggalkan aku dan papa sewaktu aku masih memerlukan kasih seorang ibu. Aku hanya bergantung hidup dengan papa kerana dia jua lah yang telah bersusah-payah untuk membesarkanku. Jadi, dengan setiap arahan dan permintaannya yang aku turutkan, aku berharap agar aku dapat membalas jasanya.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now