Qayra Haufia
Rutin pagi kami seperti biasa. Sudah 3 hari berlalu dan demam Nazreen semakin berkurangan. Syukur lah dia juga tidak lagi mengeluarkan kata-kata yang menghiris hati aku. Namun sejak akhir-akhir ini dia lebih mudah tersenyum tetapi masih tidak banyak bercakap seperti kebiasaannya. Maksu dan Dayana juga ada melawat, namun aku hanya mengurungkan diri di dalam bilik kerana tidak mahu Nazreen bergaduh dengan mereka. Aku tahu mereka masih berdendam denganku sejak kejadian tempoh hari di mana Nazreen menghalau mereka secara baik untuk keluar dari rumah ini atas sebab Nazreen memerlukan rehat.
Setiap waktu, aku menghitung hari-hari yang masih tinggal untuk bersama dengan Nazreen. Sudah 3 minggu berlalu sejak kami duduk berjauhan daripada umi, babah, Hafifi dan yang lain-lain. Aku hanya ada masa lebih kurang 10 minggu sahaja lagi untuk mengumpul kenangan dengan Nazreen. Aku mengeluh perlahan mengenangkan aku tetap tidak mempunyai harapan memandangkan Nazreen masih tetap dengan pendiriannya.
Aku keluar daripada bilik dan menutup kesemua tingkap rumah memandangkan hari sudah semakin lewat lalu menuju ke bilik Nazreen. Aku mengetuk pintu beberapa kali dan kedengaran suara Nazreen mengizinkan aku untuk masuk ke dalam biliknya. Nazreen sedang duduk bersandar di kepala katil dengan tidak berbaju kerana aku tahu dia juga baru keluar dari bilik air apabila melihat rambutnya yang masih basah itu. Aku sudah terbiasa berlakon bahawa aku tidak mempunyai apa-apa perasaan dengan tubuh tegap Nazreen itu.
"Awak nak apa?" Soal Nazreen lembut namun masih belum mengangkat wajah kerana terlalu memfokuskan perhatiannya terhadap buku.
Aku melangkah setapak demi setapak ke katil Nazreen. "Boleh Qay duduk?" Soalku perlahan. Nazreen mengangkat wajah memandangku hairan. Dia hanya mengangguk lalu memfokuskan semula perhatiannya kepada buku. Aku tahu bahawa dia terlalu menggemari pengarang R.L. Stine. "Abang kenapa tak pakai baju? Belum baik demam lagi kan. Lepastu mandi malam. You're going to get cold. Kita sepatutnya mandi before pukul 8. Kalau tak ..."
"Sayang ni memang suka bebel kan?" Aku tersentak apabila Nazreen memotong kata-kataku. Perkara yang lebih menyentakkan apabila dia menggelarkan aku dengan panggilan sayang. Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan bahagia lalu tersenyum lebar sambil memandangnya.
"Abang panggil Qay apa tadi?" Soalku sambil merenung wajahnya lama.
"Panggil apa?" Soalanku dibalas dengan soalan juga. Nada suara Nazreen terus berubah daripada lembut ke dingin semula. Aku melihat dia menundukkan wajah sambil menggeleng-geleng berulang kali seperti tidak mahu mempercayai dirinya sendiri. Melihat dia dalam keadaan yang tidak tenang dan seperti malu dengan diri sendiri, aku meminta izin untuk keluar sebentar bagi mengambil nasi dan sup sayur panas yang aku masak sebelum menunaikan fardhu Maghrib sebentar tadi.
Tipulah jika dikatakan aku tidak merasakan bahagia namun aku tahu dia juga tidak mahu mengeluarkan perkataan tersebut. Teringat lagi sewaktu kali pertama aku menikmati sarapan selepas tidur semalaman di rumah umi atas sebab kepalaku terasa hampir pecah untuk mengingati kenangan masa lampau pada malam kenduri doa selamat. Pagi itu, aku dan Nazreen bertengkar di belakang rumah. Ayatnya masih segar dalam ingatan.
'Tapi jangan harapkan saya untuk panggil awak sayang or apa-apa panggilan lain. Sorry lah kalau awak ingat saya akan panggil awak macam tu.'
Walaupun setiap hari aku cuba melupakan kata-katanya yang sangat menyakitkan itu, namun tidak dapat dinafikan ia semakin segar dalam ingatan. Aku menghela nafas perlahan dan mengambil dulang makanan lalu dibawa masuk ke dalam bilik tidur Nazreen.
"Qay suap abang makan ya." Kataku tanpa memandang wajahnya. Aku hanya mencedok sup sayur itu ke nasi dan meniup beberapa kali sebelum menyuakan ke bibir Nazreen setelah mendengarnya membaca doa makan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Harapan Tertunda
Teen FictionQayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang...
