44. Kebaikan Qayra II.

20.1K 513 7
                                    

Nazreen Fawwaz

"Congrats for your wedding." Ucap Hafifi perlahan. Dia mengeluarkan dua keping tiket di dalam beg tangannya lalu dihulurkan di hadapanku di atas meja. Tiket tersebut jelas menunjukkan tiket penerbangan ke Australia. "Qay sponsored honeymoon awak dengan Yana sebagai tanda hadiah. Dia mintak maaf sebab dia tak dapat datang majlis kahwin you guys."

Pertama sekali aku terkejut kerana berfikir bahawa Syahfizi akan memberitahu adiknya namun Hafifi masih tidak tahu perkara sebenar. Yang keduanya apabila Hafifi memberi aku dua tiket ke Australia tajaan Qayra supaya kami dapat berbulan madu. Perlakuannya itu seperti meminta aku untuk teruskan hidup dengan bahagia tanpa dia di sisi. 'Ya Allah ...'

"Saya tak jadi kahwin." Pengakuanku membuatkan Hafifi terlopong lalu dia berdehem beberapa kali mungkin untuk menghilangkan riak yang dia tunjukkan itu.

"Sorry to hear that."

"Don't be." Aku tergelak sinis.

"Look Naz. Keadaan antara kita jadi sangat awkward." Hafifi berdehem lagi beberapa kali. "So saya dah decide, saya maafkan atas apa yang awak buat kat Qay sebab Qay pun taknak simpan dendam. Saya pun nak mintak maaf kalau ada maki or marah awak teruk sangat. And atas panggilan yang berubah 'saya' 'awak' ni sebab saya taknak hilang rasa hormat saya dekat awak memandangkan awak kawan baik abang saya. Cuma saya tak boleh nak panggil awak dengan panggilan abang Naz macam dulu-dulu. Saya truly maafkan awak tapi awak jangan ingat saya akan lupakan semua benda." Aku mengangguk perlahan memberi ruang untuk Hafifi menjelaskan keadaan sebenar.

"Qay sahabat saya. Sesiapa yang ada kat tempat saya pun akan buat benda yang sama. Jadi saya harap awak faham kenapa saya kena berkasar." Aku meneguk air liur yang terasa kesat. "Ada banyak rahsia yang awak taktau sebenarnya ada dekat Qayra. Cuma kami sorokkan sebab dia taknak awak terima dia sebabkan rahsia-rahsia ni."

"Rahsia apa?" Hafifi memandangku sekejap sebelum memperhatikan pasangan bersama anak-anak kecil mereka yang duduk tidak jauh daripada kami.

"Johan balik dari Seattle bukan sebab dia nak teman maksu tapi sebab saya yang cari dia untuk teman Qayra. Qay tak tahu langsung apa yang saya buat ni sebab saya tahu dia akan marah saya habis-habisan bila dia dapat tahu yang saya masuk campur urusan rumahtangga dia dengan awak. Semua yang awak buat dekat Qay saya tahu tanpa Qay perlu bagitahu saya pun. Sebab Johan inform semua benda kat saya." Jelas Hafifi memberi pengakuan membuatkan aku sedikit terkejut.

"Apa lagi yang saya taktau Fi?" Aku semakin tidak sabar untuk tahu mengenai rahsia lain yang disorokkan oleh Qayra dan Hafifi. Hafifi memandangku lama sebelum menghela nafasnya perlahan.

"Saya dah janji nak sorokkan ni daripada awak. Tapi rasanya awak kena tahu jugak perkara ni." Hafifi menyedut air minumannya dahulu sebelum mula bersuara. "Waktu Qay kemalangan haritu, dia mengandungkan anak sulung awak Naz. 4 weeks usia kandungan tu."

Aku terpempan mendengar kenyataan yang keluar dari mulut kawan baik Qayra sendiri. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku ingin menangis pada masa itu juga namun aku tahankan rasa hati kerana aku tidak mahu nampak lemah di hadapan Hafifi kerana Hafifi sudah semestinya akan memberitahu Syahfizi.

"Ya Allah, kejamnya saya sampai taktau wife saya pregnant kan anak kami yang kali kedua dah." Aku menyembamkan wajah di tapak tangan lalu menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Dr.Yin yang rawat dia haritu kata yang dia mungkin akan susah mengandung sebab dia tercampak keluar dari kereta. Keseluruhan badan dia termasuk kepala and rahim dia terhentak kuat. Nasib kita baik Naz sebab kita masih boleh tengok dia bernafas." Hafifi menghela nafasnya perlahan seperti sedang cuba mengawal kesedihannya.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now