34. Tidak Kesampaian.

13.8K 413 8
                                    

Nazreen Fawwaz

"Abang ..." Qayra tersenyum menggoda ke arahku. Aku yang sedang memfokuskan perhatian kepada kerja-kerja pejabat, memandangkan hari ini adalah hujung minggu tergendala melihat dia yang bermain dengan rambut ikalnya itu. Qayra bangun dari duduknya lalu berjalan ke arahku.

   Qayra duduk di atas pahaku apabila melihat aku sudah mula bersandar di sofa dalam bilik. Dia juga turut menyelesakan dirinya lalu memegang kedua-dua belah bahuku. "Qay nak apa?" Soalku sambil mengusap manja pipinya.

"Qay teringin lah nak makan kari kepala ikan." Jawab Qayra lalu melentokkan kepalanya dibahuku. Aku tersenyum senang dengan perlakuannya. "Tapi Qay tak reti masak. Abang buatkan boleh?"

"Boleh sayang." Panggilan sayang itu meleret dari bibirku sehingga membuat dia mengangkat wajah memandangku.

"How I really love it when you called me sayang." Aku mengelak dari renungan matanya kerana perasaan serba salah selama ini tidak menjaganya muncul secara tiba-tiba. Masih banyak yang belum aku ucapkan kepadanya contoh kata maaf atas perbuatan-perbuatanku yang lepas. Namun menjadi Qayra, dia sentiasa bersabar dan melupakan kisah lama seperti tidak pernah terjadi apa-apa langsung antara kami berdua. "Sorry kalau Qay ada silap cakap." Qayra menghentikan lamunanku.

"No it's okay. Sayang siap-siap, kita ajak Johan sekali harini lunch dengan kita. Abang pergi masakkan sekarang jugak tau." Qayra tersenyum riang lantas memagut bibirku sekilas. Namun belum sempat dia ingin memutuskan, aku memeluk erat pinggangnya. Qayra menolak tubuhku sambil memandang anak mataku nakal.

"Sambung nanti." Qayra mengenyitkan matanya lalu bangun menuju ke bilik air. Aku menggeleng kepala melihat tingkahnya yang agak nakal namun ada sifat manja yang terselit itu.

   Selepas membuat pesanan ringkas kepada Johan, aku bergerak keluar untuk ke dapur. Hubungan aku dan Johan juga semakin baik kerana aku sedar bahawa selama ini dia lah orang yang membantu Qayra daripada dimarahi dan terus diherdik oleh maksu. Aku sedar dia telah menunjukkan banyak perubahan dari zaman kecilnya sehingga kini. Johan menjadi lebih matang. Terkadang aku kesian dengan dirinya. Maksu sentiasa mementingkan hidupku berbanding anaknya sendiri namun Johan tidak pernah mengungkit perkara itu di hadapanku.

   Aku memulakan kerja dengan membersihkan ikan dan menyediakan segala bahan yang diperlukan untuk membuat kari kepala ikan merah. Sewaktu aku sedang menggaul masakan di dalam periuk itu, bunyi orang menangis kedengaran. Aku menjengah sedikit kepala dan melihat maksu dan Dayana yang sudah duduk di meja makan. Maksu menyembamkan wajahnya ke lengan manakala Dayana setia mengusap belakang tubuh maksu.

   Aku menuju ke arah mereka kerana pelik dengan scene yang berlaku di hadapan mata setelah menutup api dapur. Wajah maksu sembab dengan air mata dan jelas sekali bahawa Dayana yang terlalu risau dengan keadaan maksu.

"Maksu kenapa ni?" Aku menyoal maksu sambil menarik tangannya dan membawa ke dalam genggaman.

"Paksu Naz ..." Maksu tidak dapat menyambung dan semakin kuat tangisannya itu.

"Paksu nak ceraikan maksu sebab Qayra." Ujar Dayana senafas. Maksu semakin kuat meraung apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Dayana itu. Aku pula menjadi terpempan kerana terlalu terkejut sehingga tidak boleh berbuat apa-apa.

"Qayra punca semua ni Naz. Dia hasut paksu untuk ceraikan maksu." Sambut maksu pula menyokong kata-kata Dayana.

"Apa kena-mengena dengan Qayra?" Soalku runsing memikirkan hubung kait antara Qayra dan paksu.

"Paksu banyak kali call Qayra guna Johan tanpa pengetahuan maksu. Kalau Naz tak percaya, apa kata Naz tanya Qayra. Takpun pergi tanya Johan sendiri!" Maksu menempelak aku lalu menangis semahu-mahunya. Kepalaku terasa berputar mengenangkan sikap Qayra yang berpura-pura membuat baik itu. Aku terkejut dengan berita yang disampaikan oleh maksu dan Dayana.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now