45. Istanbul.

21.4K 485 2
                                    

Nazreen Fawwaz

   Aku telah selamat sampai di Istanbul Ataturk Airport tepat pada pukul 12 tengahari. Keadaan cuaca di sini walaupun agak panas namun masih tetap terasa kesejukannya sehingga ke tulang hitam. Jadi aku mengenakan brown leather jacket dan scarf yang dililit di leher berwarna hitam arang.

   Aku bergerak membawa luggage untuk mencari teksi kerana Hafifi dengan baik hatinya telah memberi aku alamat rumah Afrina. Setelah bergerak di tempat teksi, aku meminta seorang lelaki yang dalam lingkungan 40-an untuk membawa aku ke alamat tersebut yang telah tertera di dalam smartphone. Dia bersetuju dan mengatakan perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari lapangan terbang.

   Sementara bergerak, aku membuat keputusan untuk menghantar mesej kepada umi dan Syahfizi memberitahu mereka bahawa aku yang sudah selamat sampai di Istanbul dan sekarang sedang bergerak ke rumah Afrina. Hanya Allah sahaja yang tahu jantung aku seperti hendak meletup kerana berkobar-kobar untuk berjumpa dengan isteriku yang sentiasa menghantui fikiranku tidak kira siang atau malam.

   Perjalanan aku hanya difokuskan pada wajah Qayra kerana telah lama aku tidak melihat raut polos itu. Sudah hampir seminggu aku tidak dapat melihat dan mendengar suaranya sejak dia balik ke Kuala Lumpur pada malam terakhir kami bersama kerana pergaduhan yang tercetus akibat aku yang menuduhnya tanpa cuba untuk mencari kebenaran. Benar kata Dorra, gambar boleh menipu jadi aku sepatutnya mendengar apa yang Qayra cuba katakan namun aku pula yang memberi kata pedas padanya.

'Tapi aku takkan percaya walau sikit pun sebab betul kata maksu perempuan macam kau ni memang tak guna walau satu sen pun!'

   Ayat itulah yang sentiasa bermain di kotak fikiranku. Betapa bodohnya aku kerana telah melemparkan ayat sedemikian kepada Qayra, orang yang tidak bersalah langsung. Jika aku dapat undurkan semula masa, aku akan memeluk Qayra rapat ke dada kerana aku tidak lagi sanggup untuk kehilangannya disebabkan dia yang hampir saja kemalangan buat kali kedua jika bukan kerana Adam yang menyelamatkannya.

"Sir, we have reach your destination." Kata pemandu teksi itu dengan bahasa asing namun masih ada loghat Istanbul pada lidahnya menghentikan lamunanku.

   Aku melihat di kawasan sekeliling. Rumah seperti rumah kedai kerana mempunyai lima tingkat keseluruhannya. Bangunan itu berwarna putih bersih seperti ala kebaratan sedikit namun inilah jenis rumah di Istanbul. Setelah membuat pembayaran, aku segera masuk ke dalam salah satu bangunan.

   Di dalam bangunan tersebut tidak terdapat receptionist namun masih ada 2 pengawal yang akan mengawal di pintu. Setelah memberikan mereka anggukan hormat aku segera naik ke tingkat 3 menuju ke rumah Afrina. Bangunan ini lebih kepada rumah apartment mewah namun berlainan sedikit dengan apartment di Malaysia.

   Aku sampai di hadapan sebuah rumah yang bernombor 416 iaitu nombor rumah Afrina. Aku cuba mengetuk beberapa kali sambil memberi salam kepada tuan rumah yang menghuni.

"Assalamualaikum." Pada salamku yang ketiga seorang lelaki dengan wajah arab membuka pintu dengan luas sambil berkerut keningnya memandangku. Lelaki tersebut memakai kemeja putih bersama scarf kelabu seperti sedang bersiap untuk ke suatu tempat. "Ahmed Shaddar?" Soalku kepada lelaki tersebut yang aku rasakan sebagai suami kepada Afrina.

"Yes and who are you?" Soalnya masih berkerut kening.

"I'm Qayra husband, Nazreen Fawwaz. You can call me Naz. I'm here for her. Where is she and Afrina?" Shaddar tunduk menekur lantai dengan wajah yang sukar digambarkan.

"Come in." Shaddar tidak menjawab soalan-soalanku namun membuka pintu dengan lebih luas dan memberi aku laluan untuk masuk ke dalam rumahnya.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now