23. Sembunyi Perasaan.

12.1K 429 15
                                    

Nazreen Fawwaz

"Abang jom balik. Dah pukul 6 lah." Rengek Dayana di muka pintu pejabatku. Bilik pejabat ini tidak lah sebesar dan semewah pejabat babah di Immortal Global namun masih selesa apabila berada di sini kerana pekerja-pekerja di sini lebih peramah dan baik hati berbanding pekerja yang bekerja di Kuala Lumpur.

"Jom." Aku menghadiahkan Dayana senyuman sambil menutup laptopku dan fail-fail yang harus aku bawa pulang ke rumah untuk meminta tolong Qayra melihat sekali imbas memandangkan kerja ini berkaitan dengan bidangnya.

"Kita balik rumah pusaka kan bang?" Soal Dayana manja. Aku hanya mengangguk kecil kerana sudah memaklumkan kepada Qayra bahawa aku akan pulang malam kerana akan melepak bersama maksu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Aku tahu bahawa Qayra berkecil hati namun dia pandai menyembunyikannya kerana tidak mahu antara kami akan ada pergaduhan.

   Malam semalam apabila dia mengharapkan aku memberinya peluang untuk bahagia selama 3 bulan, dia duduk di sebelahku terlalu rapat. Aku menahan diri dan cuba mengawal perasaan apabila bau badannya iaitu bau kegemaranku bunga lavender yang terlalu segar membuatkanku resah. Kerana itulah aku dengan segera masuk ke bilik dengan alasan untuk tidur. Namun hal yang sebenarnya adalah untuk mengelakkan diri daripada terbabas ke dalam lembah cinta kami.

   Begitu juga dengan apa yang berlaku pagi tadi, dia yang baru keluar daripada bilik air dengan hanya memakai bathrobe nampak terlalu mempersonakan. Dengan matanya yang masih kecil akibat tidurnya yang terganggu. Rambutnya yang sedikit kusut dan pipinya yang kemerahan akibat daripada sejuk yang datangnya dari aircond di biliknya. Untuk sekali lagi aku hanya berlalu pergi tanpa menunggu lama-lama kerana tidak mahu menunjukkan kepada Qayra bahawa aku masih mencintainya. Dengan apa yang aku telah lakukan kepadanya, sejujurnya aku sangat malu dengan dirinya termasuk lah diriku sendiri.

   Perjalanan setengah jam kami ditemani dengan mulut Dayana yang tidak berhenti berceloteh menceritakan mengenai hal-hal peribadinya. Aku hanya menjawab sekali-sekala ataupun hanya mengangguk kecil bagi menjawab segala pertanyaannya terhadap Qayra. Kadangkala dia juga menyelitkan cerita mengenai Qayra sewaktu sebelum kemalangan. Sejujurnya aku berasa marah, tetapi aku tidak dapat menyatakan perasaan itu.

   Kami tiba di rumah pusaka setengah jam lamanya. Aku melihat pemandangan di sekeliling yang kelihatan semakin gelap kerana matahari sudah mula membenamkan wajah. Rumah pusaka itu terlalu besar, hasil usaha atok melakukan kerja-kerja pejabat yang dibina dari dahulu lagi dan membeli beberapa buah rumah di Johor Bahru, Kuala Lumpur serta Ipoh. Namun rumah-rumah pusaka di Ipoh kami, dijaga kebanyakannya oleh dua pupuku yang lain.

"Nazreen." Ujar maksu sambil menjongket untuk mencium dahiku sekilas. "Jom masuk." Pelawa maksu lalu menarik tanganku dan Dayana.

"Johan mana maksu?" Soalku acuh tak acuh. Niatku bukan untuk bertanya mengenainya namun aku gagahkan juga kerana tidak mahu maksu merasakan aku dan anaknya bermusuh.

"Dia bersiap. Katanya nak pergi surau hujung kampung sebelah. Kampung tempat babah Nazreen beli rumah tu." Balas maksu menjawab pertanyaanku.

   Pada waktu itu, Johan keluar daripada biliknya dengan berpakaian baju melayu dan berkain pelikat. Aku hanya menjelingnya sekilas sebelum memandang ke arah lain.

"Asal kau tak balik rumah kau bro?" Soal Johan pelik.

"Masalah kau ke Jo? Aku nak balik ke taknak ke, takda kena-mengena dengan kau kot." Johan tersenyum sinis sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.

"Bukan prob aku. Tapi kau ada wife bro kat rumah tengah tunggu kau." Maksu yang mendengar pantas memukul kuat lengan Johan. "Mak, sakit lah." Rungut Johan.

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now