24. Hijrah.

12.8K 442 1
                                    

Qayra Haufia

   Kata-kata Nazreen malam semalam masih terngiang-ngiang di telingaku. Keadaanku yang terlalu pening semalam tidak mengizinkanku untuk mendengar amarahnya lebih lama jadi aku perlu masuk ke bilik dengan segera supaya dia tidak melihat aku yang sedang menanggung sakit.

   Aku menghela nafas perlahan sambil menghidangkan French toast di atas meja bersama pancakes dan syrup mapple untuk Nazreen lalu naik ke ruang tamu kerana tidak mahu berlama di dapur. Waktu sebegini Nazreen akan keluar daripada bilik kerana dia akan berangkat ke tempat kerja. Jadi aku hanya membuat keputusan untuk duduk di bilik sahaja.

   Belum sempat aku ingin masuk ke dalam bilik, pintu bilik Nazreen terkuak dan dia memunculkan diri dengan berpakaian pejabat yang lengkap. Aku meneguk air liur yang terasa kesat. Aku cuba tidak mengendahkannya namun dia menarik lenganku lebih lembut daripada malam semalam sehingga membuatkanku terdorong rapat kepadanya.

"Awak mengelak dari saya ke?" Soal Nazreen tegang.

"Tak. Qay cuma taknak abang panjangkan isu semalam. Qay tahu Qay salah and Qay mintak maaf. Lepasni Qay drive sendiri atau jalan kaki je. Qay takkan tumpang dengan Jo or anyone lah." Aku tunduk menekur lantai.

   Nazreen mengangkat daguku menghadapnya menggunakan ibu jari serta jari telunujuknya. "Saya tak balik lewat. Awak masak lah untuk makan malam." Ujar Nazreen mencari anak mataku.

   Aku mengangguk kecil lalu melepaskan genggamannya pada lenganku. Aku tunduk mencium tangannya. Tidak seperti semalam dia yang cepat-cepat menarik tangannya, kali ini aku pula yang mencium sekilas lalu masuk ke bilik tanpa menjawab kata-katanya. Niatku untuk ke bandar pada hari ini membeli barang-barang dapur. Jadi aku menulis senarai barang yang akan aku beli di pasar serta supermarket. Deruman enjin kereta Nazreen kedengaran semakin menjauh di luar rumah selepas 15 minit.

   Setelah siap menyenaraikan barang-barang yang diperlukan, aku membuka laptop dan memulakan kerja-kerja pejabatku yang tergendala.

🌸🌸🌸

"Assalamualaikum." Suara itu amat aku kenali pada pendengaran apabila aku sedang menonton televisyen untuk merehatkan otak dan badan daripada menghadap kerja.

   Aku bingkas bangun lalu membuka pintu utama untuk melihat gerangan orang yang memberi salam pada tengahari ini. "Waalaikumussalam."

"Qayra! Ya Allah rindu kau sangat weh." Ucap Hafifi lalu menerjahku dan memelukku erat.

"Fi. Datang tak bagitahu pun." Ujarku pura-pura marah namun ada senyuman di bibir. Aku memandang lelaki yang berada di belakang Hafifi lalu menegurnya. "Hai abang Fizi."

"Hai Qayra. Qayra sihat?" Soal Syahfizi lalu aku mengangguk kecil.

"Eh jemput masuk." Pelawaku kepada Hafifi dan Syahfizi di luar rumah lalu menarik tangan Hafifi untuk membontotiku duduk di ruang tamu.

"Kitorang lepak sini sampai malam boleh?" Soal Hafifi riang. Syahfizi menjulingkan biji matanya lalu meluku kepala Hafifi. "Sakit lah! Abang ni kenapa?" Marah Hafifi kepada abangnya.

"Sampai petang sudah lah. Jangan kacau privacy orang boleh tak?" Marah Syahfizi pula.

"Suka hati lah. Lagipun abang nak jumpa dengan Naz jugak kan." Jawab Hafifi sambil menyilangkan tangannya ke dada. "Nazreen mana Qay?"

Harapan TertundaWhere stories live. Discover now