1

169 13 2
                                    

Semilir menari,berhembus bersama mentari,waktu kembali berganti,pagi menyambut kini.Pagi ini kurasakan sesuatu yang berbeza dari pagi-pagi yang sebelum ini.Entah apa,entah mengapa.Aku tak dapat meneka.Adakah akan berlaku perkara yang ku tak ingini?Tiba-tiba dada berdebar.Hati tidak tenang.Pelbagai persoalan bermain di kepalaku.Aku tersedar lalu beristighfar supaya perasaan itu hilang.Hati kembali tenang.

Aku bersiap-siap hendak ke sekolah.Aku memakai jam tangan,menyarungkan stoking ke kakiku.Setelah selesai dari tudung hingga ke kaki dan berpuas hati dengan penampilanku di cermin besar dalam bilik lalu aku mencapai beg sandangku yang berjenama ADIDAS.Perlahan-lahan aku menuruni tangga untuk ke meja makan.

Kelihatan papa dan Aisyah,kembar seirasku sudah bersedia untuk bersarapan.Manakala umi dan Mak Som,pembantu rumah yang sudah 10 tahun berkhidmat di rumah kami sedang menghidangkan nasi goreng dan minuman coklat panas di atas meja makan.Sampai sahaja aku memberi salam dan dijawab oleh semua bersama senyuman manis diberikan.

Aku duduk di sebelah Aisyah.Aku mencuit pahanya lembut.Dia berpaling pada aku dan mengangkat kening.Aku mendekatkan wajah aku ke wajahnya lalu berkata

"aku tak sedap hati dari tadi.Aku tak tahu kenapa.Aku rasa ada sesuatu yang buruk akan terjadi."luahku kepada si kembar aku.Dia mengerutkan kening dan berdiam diri beberapa saat sebelum menjawab

"Fikir yang baik-baik Mira.Istighfar banyak-banyak.Syaitan sedang menganggu fikiran kau tu.Baca ayat qursi,semoga Allah melingdungi kau"bisik Aisyah kepadaku agar tidak di dengari oleh papa dan umi yang baru duduk di kerusi berhadapan Aisyah.

Tangan Aisyah mengenggam tangan aku memberi kekuatan kepadaku.Aku memandang dia lalu mengukir senyuman kepadanya.

"Mira,Aisyah!Makan sayang.Nanti lambat ke sekolah."Aku mengangguk manakala Aisyah menjawab

"Ya,umi."

Papa memimpin bacaan doa.Kami bertiga mengaminkannya lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut.Papa memandang anaknya yang kembar itu.Bukan dia tidak dengar perbualan mereka berdua,tapi dia sahaja yang mendiamkan diri tanpa berniat mahu menyampuk perbualan itu.Dia berdoa agar anak kembarnya itu selamat.

Selepas selesai makan,aku dan Aisyah menyalami umi dan memeluknya penuh kasih.Papa menghantar kami berdua hingga ke pagar sekolah.Kami berdua melakukan hal yang sama pada papa sepertimana aku dan Aisyah lakukan pada umi.

Walaupun kami kembar dan umur sebaya,tapi kami tidak sekelas dan tidak sealiran semenjak dari tingkatan 4 lagi.Kami memperoleh keputusan yang cemerlang pada Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) tetapi menginjak ke tingkatan 4,Aisyah mengambil kelas sains tulen memandangkan Aisyah minat berkaitan sains dan eksperimenmanakala aku memilih aliran Prinsip Perakaunan memandangkan aku tidak menggemari subjek sains dan lebih meminati kira-kira.Kami berpisah ketika terdapat dua lorong yang berlainan.Aisyah menggunakan lorong kanan yang menempatkan 5 Akasia manakala aku berjalan ke lorong kiri di mana kelas aku berada iaitu kelas 5 Cemerai.

Kelihatan Maria,Ain dan Ila sedang berkumpul sambil bergelak ketawa.Ketika aku memasuki selangkah ke dalam kelas,mereka bertiga melihat aku seperti ingin memakanku.Aku tidak pedulikan panahan mata mereka malah aku menjelingnya.Aku tersenyum pada rakan-rakanku iaitu Ayu dan Umaira.Ada lagi dua orang rakanku yang belum datang,Anis dan Yana.

Setelah memberi salam dan bertanya khabar,kami berborak kosong sambil menunggu perhimpunan bermula.Aku dapat melihat dari hujung mata aku bahawa Maria and the geng sedang memerhatikanku. Kelihatan beberapa pelajar lelaki sedang ligat menulis bagi menyiapkan kerja sekolah.Kata Ayu,mereka sedang menyiapkan kerja sejarah yang guru kami berikan beberapa hari lepas. Guru sejarah kami sangat garang dan wajahnya sangat menakutkan.Itulah sebab pelajar lelaki tersebut ligat meng'copy' buku rakan mereka dan meng'paste' ke buku mereka pula.

Erh!baru ku teringat!Aku memandang Maria and the geng sekilas lalu mengerutkan kening dan memandang rakan-rakanku dengan pandangan yang pelik.Mereka tertanya-tanya dengan perbuatan aku lalu bertanya.

"Kenapa Mira?"tanya Ayu.

"Aku peliklah kenapa Maria and the geng berada di dalam kelas dan datang awal ke sekolah.Kebiasaannya mereka akan datang lewat ke sekolah dan suka melepak-lepak di koridor kelas atau bertandang ke tandas sekolah terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas bagi meletakkan beg."jawabku panjang lebar kepada rakan-rakanku dengan nada berbisik agar Maria and the geng tidak terdengar.

"oh ye lah kata kau.Baru aku perasan.Sejak aku sampai ke kelas lagi mereka tidak berganjak dari tempat mereka."balas Umai dengan kerutan di dahi.

"tak usah difikir-fikirkan pasal mereka.Buang masa sahaja.Tidak memberi keuntungan kepada kita"sampuk Ayu membantutkan kami untuk lebih berfikir tentang Maria and the geng

"mungkin dia nak cuba angin baru kut"seloroh Umai.Kami ketawa dengan kata-kata itu.Beberapa pelajar lelaki memandang kami tanda menyuruh kami memperlahankan suara agar tidak menganggu mereka menyiapkan kerja sekolah mereka.Aku mengangkat sepuluh jari tanda memohon maaf.

Beberapa minit selepas itu,Anis dan Yana datang lalu memberi salam.Kami menjawab salam itu.Beberapa pelajar lelaki tadi tiba-tiba menjerit"yeay!!!siap!!! bolehlah hidup dengan aman dan damai"jerit mereka dengan gembira.Sudah siap agaknye kerja mereka.Lalu mereka mengemaskan meja mereka dan bergerak kedataran perhimpunan.Mereka juga mengajak kami sekali ke dataran.Kami akur dan membuntuti mereka.Maria and the geng masih tidak berganjak dari tempat mereka.Kami tidak mempedulikan mereke.

Ramai pelajar yang bergesa-gesa ke dataran.Kelihatan beberapa pengawas sedang meronda setiap kelas untuk memastikan semua pelajar bergerak ke dataran.  

Mencari DiriWhere stories live. Discover now